Bila berlaku pilihanraya maka terbongkarlah segala baik dan buruk. Perbuatan manusia samaada baik atau buruk; ada yang boleh dilihat dan ada yang tidak boleh dilihat. Yang boleh dilihat umpama jalan, stesyen bas, nyamuk, lalat dan bangunan terbengkalai. Bila adanya bangunan terbengkalai dek kerana kontraktor lari melabon duit projek, maka terciptalah pot baru untuk Mat Pet dan Minah Ranggi mempamerkan karya seni mereka. Disinilah tercipta satu ketamadunan Umat Melayu zaman ICT.
Pembangunan. Satu perkataan yang sama ertinya dengan tahi ayam. Setiap kali pilihanraya maka janji-janji yang biasa diasak ke minda warga adalah pembangunan. Warga kini tidak mahukan pembangunan. Warga mahu harga minyak diturunkan. Tol dihapuskan. Bekalan air dan elektrik dibekalkan di pedalaman. Hutan dipelihara bukan digondolkan. Amalan pembelian senjata berjuta dan berbilion bukan keutamaan. Keutamaan warga adalah dapat untuk hidup cukup pakai, minum dan makan. Warga tidak perlukan projek mega berkoridor untuk kroni berpesta sakan.
Semaju dan sekaya manapun negara kita jika tidak diisi dengan kebaikan, maka hancur jua akhirnya. Dirikanlah bangunan mencakar langit, berlumbalah membina menara bertingkat semacam yang ada di Dubai. Semua itu hanyalah khayalan manusia yang gilakan kuasa dan kekayaan. Binalah pasaraya yang class dan mahal untuk para kapitalis menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Anak-anak muda di Ladang Bradwall sudah pasti tidak akan tahu bahawa Isa Samad pernah menjadikan Negeri Sembilan lebih maju dari Kelantan. Lihatlah Bandar Seremban dan bandingkan dengan Bandar Kota Bharu.
Setidak-tidaknya kita telah memberitahu kepada generasi anak muda bahawa masa depan mereka adalah sangat berharga. Masalah sosial yang hinggap pada anak-anak muda hari ini bukan salah Isa Samad mahupun Mohamad Hasan. Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan bila janin ditemui dalam jamban sebuah sekolah agama. Itu perkara normal dan biasa di zaman moden dan liberal ini. Selepas ini kalau ada masa kita panggil lagi Beyonce atau Mariah Carey untuk buat konsert unplugged di Ladang Atherton. Sudah pasti ini akan meningkatkan lagi nilai akidah dan moral anak-anak muda di Malaysia.
Habis berselirat dan berserabut dengan agenda politik tidak berkesudahan. Yang menjadi mangsa dan hamba adalah kita. Hidup perlu diteruskan walau apa ujian dan musibah yang menimpa. Kita perlu bekerja, bekerja dan bekerja. Kita tidak seperti Isa Samad yang kaya raya. Kita juga tidak ramai kabel untuk jadi kroni buat jalanraya. Kita hanya manusia biasa yang cukup minum teh tarik cicah roti kaya Gardenia.
Akhirnya ku temui jua isteri solehah di Bagan Pinang. Satu masalah timbul tatkala si dia asyik bertanya "Bila abang nak masuk meminang? "
4 comments:
Pinang je la a.hazwan. Umur pn da mkin m'ningkat.
P/S: kalau betul, mg Allah cpatkan jodoh dgn pasangan terbaik m'ikut pndanganNYA. amzb.
btol2 nawarah:)
p/s: tak sabar nak tunggu nasik minyak a.hazwn...
bgus la bukn senang nk cri psgn hidup skrg ni..byk dugaan
Relax dulu abg Wan... Jangan copek bona.. Riki2 la dulu... Kang silap langkah, x leh nk patah balik da... yang ponting, jangan lupo hantar kad bilo da konfim nti yer.. hihi
Post a Comment