prosperous chinese new year


1. Kadangkala saya cemburu dengan orang Cina. Orang Cina meskipun berasal dari Negara China ada di mana-mana. Perhatikan di setiap pelusuk negara maju ada saja orang Cina yang tinggal di tengah kesibukan kota. Chinatown, Petaling Street dan Lubuk Cina adalah pot-pot yang biasa diduduki dan didiami oleh orang Cina. Sebut saja Petaling Street semua kita maklum bahawa ia pusat perdagangan dan persamsengan yang terkenal di tengah Bandaraya KL.

2. Tidak cukup dengan itu, Cina Singapura juga mengambil peluang berniaga di negara kita. Sebelum ini saya pernah coretkan bahawa saya melihat terlalu banyak plat kereta warga Singapura di negara kita. Rutin saya berulang dari Seremban ke Kuala Lumpur diganggu dengan persoalan mengapa terlalu banyak kenderaan Singapura di sebelah kanan lebuhraya. Adakah ini petanda bahawa negara kita semakin maju? Atau ini petanda bahawa ekonomi negara kita dikuasai oleh pihak asing. Di zaman Tun Dr Mahathir kenderaan Singapura tidak sebanyak ini.

3. Satu sikap yang saya suka pada orang Cina ialah mereka suka berusaha. Bangun pagi yang difikirkan kerja dan kerja. Di pejabat saya perhatikan oleh Cina keluar bekerja lebih awal sebelum azan Subuh. Kalau si apek ni Islam tentu terserlah keislamannya dengan semangat bekerja yang tinggi. Sudah tentu solat sunat qabliyah Subuh tidak ada masalah baginya. Orang Islam bangun subuh pukul 7 pagi dan mula kerja jam 10 pagi. Kata bos saya orang Cina ambil semua yang baik pada Islam kecuali tak mengaku Tuhan Allah dan Muhammad Rasulullah. Lagi satu dia tak potong lan**u (itu bos saya kata). Kalau tidak macam mana orang Cina boleh sukses jual produk Islam. Kalau ada produk Buddha mungkin orang Islam juga akan sukses.

4. Hairan melihat anak muda Melayu hari ini terlalu asyik dengan perkara yang tidak penting. Mengapa pada hari ini kita terus miskin dan terhina. Tahun baru Cina ini memperlihatkan kepada kita akan siapa yang terus menguasai ekonomi negara kita. Tanglung merah yang dipasang lampu menerangi malam di bandar Seremban, Tampin dan Bahau. Rasanya kalau Hari Raya Aildilfitri tidak semeriah ini. Kita lupa bahawa siapa yang menguasai ekonomi dialah yang layak menjadi tuan. Menyebut tuan jangan disamakan dengan ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu kini telah hilang di Negeri Selangor dan Perak. haha.

5. Sampai bila anak Muda Melayu ingin terus melihat semua ini saya tidak pasti. Bagi saya ini bukan persoalan kita kaum yang lemah atau bodoh. Soalnya cuma kita malas dan takut gagal. Sebab itulah kita lebih suka kerja gomen dan jadi guru J-Qaf. Kerja 9-5 ini menjadi budaya anak muda Melayu yang menang plilihanraya kampus. Mungkin Preseiden GAMIS boleh fikirkan bagaimana mengatasi masalah menganggur di kalangan siswazah Melayu. Tahun 2009 adalah tahun recession di mana kita menghadapi suasana ekonomi merudum. Ini bukan masalah yang ditimbulkan oleh Kugan tapi ini masalah kesan ekonomi kapitalis. Siapa tidak kenal Kugan sila tanya pada Ustaz Google.

6. Whatever the mind conceive and believe, it can be achieved! Happy Chinese New Year pada semua pembaca mycompletemastery. Tahun ini tahun lembu. Jangan berperangai macam lembu. Jangan juga banyak makan daging lembu masa kenduri kawin.

3 comments:

azrul izwan said...

i'm half chinese. i share the same sentiment. aku tak pro mana2 ethnicity (in fact aku cherish racial intergration).. aku pun pernah terpikir the same issue u brought up (cuma probably not so in depth la).. i'd love to see the day when all is equal.. just my 2cents.

Nur said...

Yeah, but i envy javanese (especially the acheh) people too! they are awesome, and their spirit is unbelievably forceful...

Anonymous said...

salam.

orang melayu sudah terlalu selesa di bumi sendiri sehingga bergantung kepada keringat org lain utk memajukan negara.

dan org lain itu juga bergantung kepada org lain juga. lama-lama, tak ada siapa pun yg bergerak, pada hakikatnya.

tapi, insyaAllah, melayu pasti bangkit sekiranya islam turut sama dilangitkan.

mungkin melayu moden tak setuju jika islam di kait sama. 'bangsa adalah bangsa, agama adalah agama.' kata mereka. padahal, dua-duanya adalah satu.

perlu baca sejarah.

kesultanan melayu dulu gemilang kerana islam terwujud sama.

hingga orang inggeris datang menjajah dan menjauhkan islam dari melayu itu sendiri.

konon-konon, tanah kita banyak lada hitam dan rempah-ratus.

kamu pasti, kerana itu saja?
hebat, sungguh passionate hingga sanggup mengelilingi dunia untuk, errr.. lada hitam dan bunga cengkih?