redifining campus activisme


1. Cara kita merayakan demokrasi di kampus kadangkala persis kaum yang tinggal di Hutan Amazon. Kedangkalan fikrah kita kini menyebabkan kita tiada pilihan melainkan mengikut arus politik di luar kampus. Ini seolah-olah menunjukkan apa yang dilakukan oleh politikus di luar maka itu jugalah yang membayangi anak-anak muda di kampus. Bagi saya politik kampus dan politik kepartaian di luar begitu besar bezanya. Politik kepartaian adalah soal memiliki kuasa dan menjarah kepentingan ekonomi. Sebaliknya politik kampus adalah penghayatan sebuah ideal.

2. Sudah hilangkah idealisme tulen anak muda Malaysia. Tiada lagikah idea dan pendekatan baru yang memanisfestasikan tindakan anak muda di negara kita yang konstruktif. Apa yang pasti obsesif kepartaian PAS, UMNO-BN, PKR dan DAP masih lagi menebal dalam jiwa dan sanubari anak-anak muda di kampus. Kampus tidak lagi menjadi lubuk yang membincangkan soal keilmuan yang boleh mengubah realiti masyarakat. Kampus kini menjadi tipikal dan stereotaip yang suka bermain dengan kepala babi-binatang yang halal dimakan ketika darurat.

3. Aktivisme kampus sering menjadi perhatian mainstream media dari dulu hingga kini. Kampus selain pusat perubahan minda rakyat, juga melahirkan barisan hadapan pimpinan negara masa depan. Sejarah gerakan aktivisme pelajar 70an, 80an membuktikan fakta ini. Kampus adalah medan strategik untuk membina kemahiran dan jalur pemikiran seorang pemimpin. Jika kita membaling batu ketika sidang Parlimen di Dewan Rakyat, saya yakin dan percaya antara mereka yang terkena batu pernah melibatkan diri dengan aktivisme di kampus.

4. Palu dan gendang pilihanraya kampus setiap tahun menjadi signal kepada munculnya idealisme anak-anak muda ini. Selain berperanan memilih Majlis Perwakilan Pelajar, pilihanraya kampus juga satu turning point kepada aktivisme anak muda bagi menonjolkan bakat dan pencerahan kepimpinan mereka.

5. Malangnya pada hari ini kita jarang melihat adanya anak muda yang berani menerjah idea-idea baru seperti menghantar Mat Rempit dan Mat Pet di Penjara Kajang ke Palestin. Selalunya kenyataan dan ucapan dilihat seolah-olah bias kepada parti politik tertentu. Tiada lagi idealisme yang benar-benar tulen lahir daripada pembacaan dan penyelidikan anak muda. Mungkin ada yang tidak pernah tahu apa itu CLR dan VCLT.

6. Kebanyakan mereka yang aktif di kampus pula tidak meneruskan aktivisme mereka selepas tamat belajar. Idealisme di kampus tenggelam dengan gaji 2-3 ribu sebulan di jabatan kerajaan. Menjadi PTD atau guru J-Qaf adalah jalan selamat. Segala idealisme yang diperjuangkan di kampus hilang begitu saja. Jenis tipikal dan stereotaip ini banyak yang kita boleh lihat di kampus-kampus.

7. Generasi tua yang old-tai pula lagi banyak kerenahnya. Sikap patronising generasi tua yang tidak supportif terhadap aktivisme pelajar melambatkan kematangan anak-anak muda di Malaysia. Sehingga ke hari ini saya mencari-cari sebab mengapa isu mansuhkan ISA tidak oleh digunakan sebagai manifesto kempen. Mungkin YB2 dan ahli2 Parlimen hanya dipilih oleh makcik dan pakcik Felda di kampung.

8. Bagi saya mahasiswa yang belajar di dalam negara wajib terlibat dalam aktivisme di kampus. Di sana terdapat advantage yang tidak ada pada mahasiswa yang belajar di luar negara. Kemahiran mengurus dan mencatur perjalanan gerakan di kampus adalah wasilah bagi membina jiwa kritis. Minda kritikal ini perlu sekiranya kita ingin melihat perjalanan Malaysia bagi 5o tahun akan datang.

9. Jarang kita lihat bekas pimpinan siswa yang boleh menjadi CEO pada syarikat multinasional yang dirintis olehnya tanpa bergantung pada kontrek gerombolan. Sekiranya aktivisme kampus dilihat lebih jauh dan lebih mendalam, saya yakin tidak ada istilah menganggur bagi graduan muda. Terlalu banyak peluang dalam perniagaan yang ada di Malaysia. Jika tidak masakan rakyat Singapura berulang-alik ke Kuala Lumpur, Penang dan Genting menjalankan perniagaan mereka. Di Lebuhraya Utara Selatan kini saya lihat banyak kereta yang berplatkan Singapura.

10. Selamat merayakan demokrasi buat semua anak muda Malaysia. Dunia ini sememangnya milik kita.

9 comments:

Insoft said...

takde kat mahasiswa luar negara ke bro...
relek2...
aku bawa DELA mai bandung sat lagi. Ramai masuk ALTIS pastu...
iAllah..

Hazwan Mohd Nor said...

hehe. reverse phsyco.

that's it. improvement!!

Nur said...

since i never study in the local univ, i never have experienced the hot general election. wow, this redefines the meaning of revolt and disgust. i truly dismay with the level they put themselves in order to gain power. perhaps the animals they choose to put in the surau reflect and resemble themselves, be in mental and spiritual and perhaps more, in he habit. Nauzubillah.

Hazwan Mohd Nor said...

kak fakhzan,

thats also shown how really poor they are, playing racial card altogether, resembles so called the 'real political ambitious' in the campus.

Unknown said...

Salam ziarah

Entri yang menarik. Teruskan menulis bro.

danialarief said...

salam akh.

kupasan menarik.tertarik ngan idea berbeza nyer politik mahasiswa berbanding politik kepartaian.
keep up the gud work on redefining the meaning of being the the hope of the society.

AmiE said...

Salam.

Dahulu, masa di Pasum, sangat suka tgk mahasiswa/i nya yg sgt aktif, dan berharap ble jd senior nnt bolehlah join.

Tp rezeki di tmpt lain, dan di sini hy mampu melihat pergolakan politik.

Entry yg menarik ;)

Anonymous said...

hoho menarik~

Bisa Biasa-Biasa said...

emm..nampaknya perkataan PTD tu dah banyak kali higlight..ada nak kenen kat sesapa ke? dulu j-Qaf, la ni PTD pulak..haha..whatever la bro..since u are happy with ur penulisan, ok la..selamat berkarya untuk menelanjangkan lagi kebobrokan sifat manusia..