reading between the lines


1. Agenda boikot-memboikot ini cerita lapuk dan idea lama. Tidak adakah idea dan approach baru dari anak muda untuk melawan agenda halunisasi Yahudi ini? Sungguhpun boikot ini wajar diteruskan, persoalannya sampai bila kita harus jadi bangsa pengguna dan pembeli. Bilakah masanya untuk kita jadi bangsa pengeluar dan penjual. Sepatutnya Yahudi itu guna barang keluaran rakyat kita.

2. Ramai antara kita bagi saya lemah merancang. Untuk masa depan, kita harus kembali kepada bumi. Kembali pada bumi ini bermaksud kita mesti memulakan dan menghasilkan produk dan jenama keluaran tempatan atau tangan kita sendiri. Usahakan tanah terbiar di kampung kita dengan tanaman sayuran dan pokok buah pisang kaki. Kenapa biarkan tanah-tanah kosong di kampung atau Felda terbiar. Jadi kita tidak perlu import pisang kaki dari Israel.

3. Masalahnya pada hari ini kita digesa untuk belajar sungguh-sungguh dan pandai-pandai untuk jadi doktor, lawyer, engineer dan saintis. Ini budaya masyarakat tipikal Melayu. Kita tidak diasuh untuk menjadi usahawan tulen yang boleh mencipta dan mengeluarkan produk sendiri. Kerjaya jadi usahawan ladang atau membuka kilang makanan tidak standard berbanding jadi doktor. Ini kerjaya low-class. Mana standard bagi orang Melayu. Anak-anak muda di kampus setelah tamat pengajian sibuk memohon PTD, J-Qaf atau DPLI.

4. Jangan salahkan Najib Tun Razak dalam hal ini. Salahkan diri sendiri kerana belajar pandai - pandai dan selesa jadi kuli orang lain. Berbangga bergaji 2-3 ribu dan terus jadi bangsa pengguna dan pembeli. Makan McD dan minum Coca-Cola kononnya hidup trendy dan urban. Jika dari dulu kita mengasuh orang Melayu jadi usahawan sudah tentu hari ini kita tak perlu minum Milo keluaran Nestle atau Cappucino Coffee di Starbucks. Duit kita tidak mengalir keluar.

5. Itulah stereotaip dan tipikalnya orang Melayu. Saya membenci budaya Melayu kerana hingga ke hari ini kerana kita suka fikir perkara besar-besar tapi kemampuan kecil. Ada orang kata isu Palestin hanya boleh diubah oleh kuasa besar. Ini pandangan low-class dan letakkan taraf kita di bawah. Kalau tahu kita lemah kenapa tak usaha letakkan agama kita di atas. Apakah orang Yahudi Amerika makan besi dan telan batu sehingga kita tak boleh mengatasi mereka. Di mana kita letakkan minda kita itu yang lebih penting. Kalau pemimpin cakap camtu rakyat biasa apatah pula.

6. Kalau kita fikirkan positif hidup pun pasti akan positif. Saya percaya kuasa subconciuos mind.

3 comments:

Nur said...

Salam,

Ya benar sekali!

Belajar pandai2 , kemudian kerja government, itulah cara paling terbaik untuk MELAYU hidup di BolehLand!

Ah, saudara, mana standard ulam-ulaman dengan Mc'D bukan? Boleh kan disamakan ikan sembilang masak cili dengan KFC? Kopi cap Hang Tuah itu, tidak terlawan dengan ice-capuccino Starbuck!

Aduhai anak bangsa ku, seperti kamu jua saudara, saya benci budaya Melayu zaman ini!

Anonymous said...

btol pndangan anda, bgaimanapun jgn juga salahkan budaya melayu dan mletakkan kbncian ke atasnya, kerana faktor paling lemah generasi skang adalah tidak memahami sejarah,sejarah islam, sejarah melayu, dan tidak btol2 memahami budaya melayu yg sbenar..

orgmlyu skang dah diubah cara bfikir dsebbkan cara hdop dan sistem, teknologi dan globalisasi..
pendek kte, myumbanglah biarpun sdikit, bfikirlah biarpun sesaat,

http://halimelqeat2.blogspot.com

DAMAI said...

salam ziarah buat kamu..

pendapat kamu boleh digunapakai dan boleh dijadikan panduan..

tetapi,jangan disalahkan pada cara mana ilmu itu dicari...saya berkata2 bukan kerana saya seorang pelajar perubatan tetapi kerana percayanya saya pada sesuatu yang dinamakan taqdir Allah...

walau apapun yang kita cuba lakukan,semuanya bergantung kepada niat...ya,memang benar kata kamu yang kebanyakan profesyen yang gaji beribu ini akhirnya akan melahirkan generasi yang seakan2 lupa diri dan memilih untuk hidup selesa ala barat...mungkin kerana sejak dari mula lagi,niat mereka begitu...

tuntutlah ilmu..apa sahaja jenis ilmu kerana ianya pasti memberi manfaat andai digunakan tepat pada yang sepatutnya...

namun,saya setuju pada pendapat kamu yang kadangkala melayu memang lemah...mungkin kerana itulah,Allah tidak menurunkan ujian perang seperti Palestin buat kita...kerana,tahap iman yang sedikit ini boleh2 sahaja gugur dek kaburan mata dengan harta dunia...nauzubillahi min zalik...

teruskan menulis...moga2 memberi manfaat pada yang membaca...insyaAllah...