the revolution is easy - really?


1. Saya meminati politik sejak kecil. Tiada dalam keluarga saya yang menceburi mahupun terlibat dalam parti politik. Ayah saya tidak pernah melanggan Harakah mahupun Suara Keadilan. Bahan bacaan ketika saya masih kecil adalah Utusan Malaysia dan Berita Harian. Itu cerita dulu. Hari ini di rumah hanya ada Akhbar Sinar Harian. Ayah saya sudah bosan. Cerita politik hari ini bukan lagi soal usaha memartabatkan kehidupan dan pembangunan insan. Politik hari ini mendasar kepada perebutan kuasa dan kedudukan.

2. Sewaktu pulang ke kampung beraya Cina baru-baru ini saya berbual dengan jiran. Majoriti mereka bercerita soal masa depan gerombolan. Mereka mahukan anak muda bangkit untuk mempertahankan ketuanan. Saya hanya mendengar dan tersenyum mengiyakan. Bukan bermakna setuju dan tidak juga ingin melawan. Orang tua saya hormati sebagai seorang insan. Saya suka mendengar luahan perasaan. Saya suka kepada mereka yang berani mempertahankan ketuanan. Saya juga pro-perubahan. Politik sifatnya berubah dan bertahan. Ini revolusi. Revolusi seperti mana yang dipelopori Shah Iran di era 70-an. Ini adalah gelombang perubahan. Namun perubahan ini masih perlu diberikan perhatian.

3. Umum mengetahui saya membenci stereotaip dan tipikal. Hari ini orang Melayu sangat takut untuk berubah. Orang Melayu sangat sinonim dengan budaya mengampu dan menongkat. Orang Melayu sangat tipikal dengan idea-idea lapuk dan lama. Pemimpin Melayu suka berbaju batik lengan panjang. Makcik di Felda dan kampung suka dengan gelang tangan berjela. Saya rimas. Anak muda hari ini rimas dengan keadaan ini. Apa yang berlaku di Perak membuatkan saya lebih rimas. Budaya suka melompat ini adalah perangai binatang yang suka melompat.

4. Dikala rakyat menghadapi kesempitan hidup yang begitu memeritkan hari ini, ada pemimpin yang sibuk mengejar kuasa dan jawatan. BN atau PKR bukan persoalan. Akhbar melaporkan ratusan ribu rakyat dijangka kehilangan pekerjaan. Ekonomi merudum. Graduan menganggur. Tambang bas naik. Rakyat asing yang bekerja dalam negara dibuang kerja dan hilang sumber pendapatan. Indeks jenayah meningkat. Rakyat hidup dalam keperitan. Polis hilang sabar lalu membelasah Kugan.

5. Mari kita bermuhasabah dan melihat semula peranan sebenar kita. Baru kita sedar bahawa apa yang terjadi kini berkait rapat dengan soal pemerintahan dan kuasa. Politik bukan sekadar platform untuk mendapat gelaran Dato' atau Tan Sri. Politik adalah soal urus tadbir sosial dan kehidupan. Politik adalah soal penghayatan sebuah kehidupan yang bebas dan aman. Politik bukan lagi soal pemberian sedekah lembu dan kambing untuk menunjukkan betapa tingginya nilai keIslaman. Politik lebih berat kepada soal pendidikan dan perkhidmatan. Mewujudkan kelas dan darjat tertentu dalam masyarakat adalah budaya yang cukup memualkan.

6. Akibatnya pada hari ini kita terdorong untuk menjadi wakil rakyat kerana pangkat dan gelaran. Anak muda sudah muak dan rimas dengan janji manis dan cakap kosong ahli politik. Baik yang memperjuangkan nasib bangsa dan menggunakan retorik agama. Jika dahulu YB2 sinonim dengan kereta mewah dan bergaya, mengapa tidak hari ini para pemimpin merendah diri dengan menaiki kereta biasa. Perlukah ucapan perasmian berjela-jela di majlis rasmi. Perlukan penghormatan terhormat dan karpet merah untuk program bersama rakyat. Munkee ini lupa bahawa rakyat yang memilih mereka. Munkee ini lupa mereka hanya 'wakil' pada rakyat. Bila jadi wakil rakyat maka tempatnya di Dewan Rakyat atau DUN bukan di Pekan.

7. Cukuplah dengan sterotaip yang ada dulu. Kini rakyat mahukan perubahan. Kita tidak mahu lagi melihat pemimpin formal berbaju batik lengan panjang turun ke Felda dan kampung merasmikan majlis. Ini tidak cool dan sempoi. Dalam bahasa lain pemimpin jenis ini dinamakan poyo. Kita tidak mahukan pemimpin poyo baik daripada BN, PKR atau PAS. Pemimpin poyo tidak layak untuk jadi pemimpin. Kalau mahu kontrek dan projek jangan jadi pemimpin Pakatan Rakyat. Sila jumpe Bik Mama atau Dato' Shah Rukh Khan.

8. Kita hanya memilih pemimpin yang selesa berkereta Datsun dan Nissan 60-an. Kita memilih pemimpin yang mementingkan agenda pendidikan untuk membela dan menternak lembu bukan memberi sedekah lembu. Kita hanya memilih pemimpin yang boleh dijumpai di kedai kopi dan masjid tanpa sebarang birokrasi dan sekatan. Kita selesa dengan pemimpin yang tidak boroi dan banyak sangat makan. Kita suka dengan pemimpin yang prihatin dan sedar bahawa rakyat sedang dalam kesusahan. Kita suka pada pemimpin yang membuang tali leher dan jaket tebal yang merimaskan.

9. Every man is the Architect of his own fortune - Sallust . Sekali lagi ini tiada kaitan dengan Kugan.

5 comments:

Nur said...

ya, benar, bagus sekali artikel ini, saya doakan negara kita tidak bergolak seperti indonesia!

Anonymous said...

salam,akh hazwan.

ana sedang exam sekarang.tahun ni akan balik ke terengganu jugak untuk siapkan sepenuhnya lesen kereta.

thums up! nice thought! suka lagi untuk berdiskusi dan bertukar pandangan.

nombor rumah nta,ana dah hilangkan.hanset ana baru tukar kat jepun ni.hanset yang dulu dah patah.kemahiran menyusun data yang masih lemah.lepas ni kene catat semua no perhubungan kat dalam buku dulu.

masih berbaki separuh exam.doakan yang terbaik.bimbang dengan politik tanah air.Jesteru pastinya,terumbang ambinglah nasib 'tanah' dan 'air'.Sumber di salah guna,maka akan mempelawa bencana dari Ilahi.Ku dambakan pipinan yang ikhlas di jalan Allah,dalam memimpin rakyat.Bantulah kami ya Allah,semoga kami terpilih olehMu,menjadi pemimpin bagi orang-orang yang beriman.

salam ukhuwah dari kejauhan.

aasif.

Balqis said...

Seperti kata Kak fakhzan, kamu benar. Saya juga orang muda. Dan itu memang juga suara-suara yang datang dari hati saya. kamu meluahkannya dengan baik. Saya sampai terkesan. Andainya mereka membaca apa yang kamu tulis ini, orang muda... harapnya mereka segera sedar. Ya, kamu membuktikan bahawa sememangnya, rakyat adalah pemerhati politik yang terbaik.

Yang melompat-lompat itulah yang tiada berprinsip, yang tiada berprinsip harus bagaimana pula bisa memimpin rakyat jelata?

Anonymous said...

Yeah... Revolution is easy! But changing isn't for everything..

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!