aduhai Malaysia yang ku chenta

1. Pada hari ini di Malaysia ada satu cara untuk kita memusnahkan karier politik seseorang. Mudah saja. Sebarkan gambar bogel seseorang itu kepada umum kemudian membuat huha dalam media. Sungguh efektif cara ini sehingga akhirnya si mangsa akan dipaksa meletak jawatan atas alasan untuk menjaga nama baik parti atau rakyat yang memilih.

2. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa orang politik tidak ada yang bersih. Dalam banyak segi kita lihat orang yang desperate sanggup lakukan apa sahaja sehingga hal atas katil pun dibincangkan secara umum. Kita simpati terhadap apa yang berlaku pada Kak Eli ADUN Bukit Lanjan. Siapalah yang tidak keruan bila hak privasi menjadi bahan tontonan orang ramai. Saya tidak pasti di zaman apakah yang kita tinggal kini. Saya rasakan sebahagian Yang Berhormat dalam negara kita ini sudah hilang akal.

3. Jika terlalu gilakan kuasa sekalipun janganlah menyerang peribadi seseorang. Apatah lagi dengan perbuatan menyebar gambar ini menjadikan anak-anak muda teruja daripada tak tahu kepada tahu. Ini bukan lagi soal untuk kita melabon ke sana ke mari inginkan kuasa yang telah hilang. Ini soal maruah dan tatasusila kita bersama. Di waktu rakyat tertekan dengan kegawatan ekonomi, hilang pekerjaan dan pendapatan; hari ini ada pula yang buat lawak bodoh sebarkan gambar tak tentu hala.

4. Apapun kita tahu isu ini satu diversion terhadap apa yang berlaku di Perak. Baru hari ini saya sedar bahawa isu-isu lucah, seks dan bogel ini boleh menjadi senjata yang ampuh untuk menutup mata orang ramai terhadap isu yang lebih besar. Sungguh liciknya pihak media untuk membawa minda dan jiwa rakyat pada isu remeh-temeh dan kecil sehingga rakyat terlupa bahawa harga tol akan naik lagi bulan Mac nanti. Maka sebahagian pendapatan saya ditabarru'kan kepada Projek Lebuhraya Utara-Selatan.

5. Pada hemat saya, perbuatan ini melanggar hak asasi dan merendahkan maruah wanita. Saya rasakan orang yang menjadi menjadi dalang menyebarkan gambar ini jika dia lelaki harus disunat semula. Jika dia perempuan maka suka hati-lah nak buat apa. Perbuatan ini lebih teruk daripada binatang yang bernama buaya. Saya rasa si dalang penjenayah ini tidak wajar dipenjara. Patut dia ditangkap dan digantung kaki di atas kepala di bawah dalam keadaan bogel.

6. Kita mengutuk perbuatan durjana yang memalukan ini. Jangan marah kalau anak muda hari ini sebarkan gambar bogel atau tonton video lucah. Bukankah orang tua juga yang mengajar mereka berbudaya begitu. Kita patut menyalahkan diri sendiri dahulu sebelum menuding jari menuduh pihak Barat.

3 comments:

Anonymous said...

malangnya juga orang tak bertindak menurut tuntutan akhlaq, dengan sewenang-wenangnya menyebarkan keaiban orang. naudzhubillah. mudah-mudahan kita tak tergolong dalam golongang seperti itu, insyaAllah. amin ya rab.

turut berdukacita.

Hazwan Mohd Nor said...

fanadodol

ameen.

kalau nak berpolitik pun jgn sebarkan keburukan orang kan.

Daddy said...

Salam...

Pandangan yang cukup bermakna dan bersih dari rasukan politik yang sempit.. Bersatulah demi keimanan dan kemanusiaan demi keamanan di mana sahaja kita berada

Wassalam