perdebatan satu amalan yang sia-sia


1. Dulu di sekolah saya menolak untuk menyertai pasukan debat. Sememangnya saya tidak pandai berdebat dan berhujah. Saya cuma tahu membaca dan berusrah. Pandangan saya terhadap budaya debat dan pidato ini terlalu kuno dan archaic. Bagi saya berdebat dan berpidato hanyalah 'cerita pari-pari' untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan pandai berbicara. Tiada tujuan untuk memperbaiki kerosakan yang ada. Ini perbuatan sia-sia. Masih banyak cara untuk kita mencari kebenaran. Jangan gunakan hujah intelektual dan akademik dalam soal ini. Ini samalah dengan menghalalkan menonton video lucah semata-mata untuk mencari ilmu atau teknik terbaru.

2. Hari ini saya melihat budaya di Malaysia apabila timbul satu isu kita suka berdebat. Sikit-sikit debat. Sikit-sikit debat. Isu rampas kerajaan kita berdebat. Isu mengajar maths dan sains bahasa Inglish kita berdebat. Isu sebar gambar bogel kita berdebat. Isu lembu pun berdebat. Orang Malaysia nampaknya suka berdebat. Laporan akhbar Kosmo hari ini menyiarkan ramai perempuan di Malaysia tidak puas dalam menikmati hubungan seks. Ini fakta. Tak percaya sila baca muka depan akhbar kosmo hari ini (Rabu 25 Februari 2009).

3. Ahli-ahli politik melabon untuk mencari kuasa politik yang hilang. Lulusan Ox-ford yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri sebelum usia 40 tahun. Mahasiswa yang obses menjadi Yang Berhormat selepas menamatkan ijazah pengajian Islam usuluddin. Kontraktor kelas F terpaksa turun berdemo sebab tiada projek. Ini contoh munkee yang suka berdebat dan berlabon dalam debat. Selepas debat keadaan jadi seperti biasa dan tidak memberi apa-apa kesan. Kita semua pulang dengan kepuasan nafsu seolah-olah kita menang dan satu pihak lagi kalah. Ada Melayu menang ada Melayu kalah. Yang menang adalah Cina sebab berjaya pakai Maserati terbaru. Anak muda Melayu berpuas hati memakai kancil dan proton WAJA.

4. Hari ini jalur pemikiran politik saya berubah 360 darjah. Saya tidak lagi mempercayai ahli politik yang suka berdebat dan berpencak silat di atas pentas. Hanya pandai bercakap tapi meninggalkan anak muda menjadi miskin dan merempat adalah perangai pemimpin kuno. Lembut gigi daripada lidah. Kalau sekadar bercakap maka burung kakak tua pun pandai bercakap. Berdebat dan berhujah tanpa tindakan adalah drama paling lucah di abad ini. Jalur politik baru sepatutnya mengharamkan budaya debat kosong. Pemikiran politik baru sepatutnya membina akademi melatih usahawan dan ahli perniagaan bukan PTD atau J-Qaf.

5. Rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang sangat tinggi. Pemimpin sibuk dengan membariskan Rolls Royce dan Toyota Camry di lama rumah. Jikalau sibuk berdebat dan berpolitik maka kita semua akan hanyut dibuai mimpi. Ingin kesejahteraan dan keamanan tetapi lupa untuk membangunkan diri. Sekali lagi diingatkan orang baik jangan terlibat dengan politik yang ada kepentingan peribadi. Orang baik sepatutnya duduk di surau atau masjid berusrah.

6. Believe in a thing that you can see and touch is not believe at all, but believe in unseen is a triumph and blessing.

5 comments:

Anonymous said...

"Pemikiran politik baru sepatutnya membina akademi melatih usahawan dan ahli perniagaan bukan PTD atau J-Qaf"

Maaf, izinkan saya bertanya adakah J-Qaf itu tidak berupaya membangunkan negara?

Sewajarnya ayat di atas

"Pemikiran politik baru sepatutnya membina akademi melatih usahawan dan ahli perniagaan DI SAMPING PTD atau J-Qaf"

Nur said...

Saya ini tahu berusrah...wah, hebat, saya ni, usrah pon malas nak g, debat apatah lagi, lagi la menyampah, dulu pernah jadi hakim debat, terasa macam...ehmm? debat kah ini? fakta pon takder, takder evidence nak support your theories.

kalau nak serious berdebat, ilmu mesti ada, bukan sekadar nak tunjuk anda pandai bercakap, kan?

:D...banyak nyer bahasa 18sx dalam blog ni..mengapa? adakah ini sindiran untuk masyarakat yang dah takder common sense seperti saifulislam marahkan?

Hazwan Mohd Nor said...

anonymous,

J-Qaf itu berupaya dalam membangunkan negara

namun keusahawanan itu lebih berupaya dalam membangunkan negara

Kak Fakhzan,

debat ni syok dalam majlis je. luar majlis jadi macam biasa balik.

N.A.T.O (No Action Talk Only)

mane ade bahasa 18sx

24sx ader la

adik2 tutup telinga!!!!

hahaha

Nafsah Dulajis said...

Assalamualaikum wbt...

saya bekas pendebat (yang tidak berbakat) dan saya sukakan perbahasan yang SIHAT DAN ADA DISIPLINNYA.

saya tidak memandang kosong pada perdebatan dan perbahasan, kerana hasil akhirnya sebenarnya ada, ANDAI ADA TINDAKAN SUSULAN selepas itu. hatta fakta yang didengar oleh penonton pun akan mempengaruhi mereka sedikit sebanyak.

"Berdebat dan berhujah tanpa tindakan adalah drama paling lucah di abad ini. Jalur politik baru sepatutnya mengharamkan budaya debat kosong."

saya rasa dgn kenyataan itu saudara setuju bahawa debat bukan USELESS, kecuali kalau org2 yg berdebat itu mmg USELESS. in fact ulama'2 silam bnyk berdebat dalam mengutarakan hujah mereka kerana jalan itu dilihat paling relevan utk merungkai sesuatu permasalahan dalam FIKIRAN sebelum ia ditukar menjadi TINDAKAN.

maaf komen panjang. syukran dan tahniah atas perkongsian...

Hazwan Mohd Nor said...

khairaummah,

terima kasih =)

nanti ada masa kita berdebat ye

tajuknya;

"100 cara menawan hati bos"