1. Bermula ahad ini maka seluar saya terlondeh lagi hingga nampak spender. Ini kerana sebahagian pendapatan saya terpaksa ditabbaru'kan kepada towkey Projek Lebuhraya Utara Selatan. Seperti yang saya katakan sebelum ini kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ini kerana kita ada pemimpin gerombolan yang terlalu bijak menandatangani perjanjian konsesi projek lebuhraya sehingga tahun 2038. Ini bermakna sehingga saya mati pun saya masih perlu membayar tol. Anak cucu saya nanti juga perlu membayar tol.
2. Dari manakah datangnya idea tol ini? Bagi saya tak perlu kita terpekik terlolong meminta harga tol ini diturunkan. Perbuatan demonstrasi atau debat untuk menunjukkan perasaan tak puas hati samalah seperti lembu bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar Selangor. AMARAN. Jangan mempolitikkan lembu kerana lembu itu binatang dan makhluk tuhan. Jangan cuba merekrut lembu dalam hal ini. Isu tol ini tiada kena mengena dengan isu gambar bogel Kak Eli.
3. Bagi saya tidak apa untuk membiarkan kroni-kroni menjadi kaya. Memang adat dunia jika kita miskin kita akan ditindas dan dizalimi. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin bertambah miskin. Pemimpin hidup mewah dapat toll free dan melalui lane Smart Tag dengan lajunya. Rakyat menderita dan sakit menanggung beban. Anak muda mengelak untuk pulang ke kampung menjenguk ibunda kerana save bajet. Suami mengelak untuk menyentuh isteri kerana duit banyak ditabarru'kan kepada PLUS. Isteri tidak puas menikmati hubungan ranjang. bersama suami yang nazak mencari nafkah. Ini semua salah siapa? Salah lembu ke?
4. Dato' Mohamed Zin Menteri Kerja Raya dengan sekonyong-konyongnya berkata; " kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan alternatif di kawasan berkenaan. Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar" . Haha. Inilah ayat paling lucah yang saya pernah dengar seumur hidup. Kelucahan ini melonjak-lonjak seminggu dua ini.
5. Tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan rakyat hidup selesa dengan kemudahan awam terbaik. Membina jalanraya adalah tanggungjawab kerajaan bukan bisnes kerajaan. Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai 1001 cukai dan tax sana sini. Cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai pintu, cukai kerajaan, parking fees, toll, bayar itu dan ini. Kalau kita tinggal di Kuala Lumpur bayangkan sebahagian hidup dihabiskan dalam kereta terperangkap dalam jam dan mengayakan lagi kroni konsesi lebuhraya. Jika pemimpin kita bijak maka tidak perlu membayar jutaan ringgit kepada konsesi. Sepatutnya pihak kerajaan yang menguruskan semua lebuhraya seluruh negara bukannya diberikan kepada konsesi.
6. Cukuplah. Tiada lagi ooh dan aahh dalam soal ini. Bukan tidak ada pemimpin yang bijak yang boleh berfikir hal ini. Tapi semuanya berkepentingan dan lebih memelihara kantung dan poket sendiri. Tiada guna berdebat dan terus berdebat sedangkan saya terus membayar harga tol yang tinggi setiap kali pulang ke Seremban. Saya pasti selepas ini akan berlaku banyak kes penceraian dan jenayah. Pandangan saya bila rakyat terbeban dalam kesusahan maka kehidupan akan jadi lebih huru hara. Emosi terganggu ini mengundang kepada kehidupan yang tidak selesa dan bahagia.
7. Terpulang kepada kita semua. Kita yang memilih mereka sebagai pemimpin. Tak guna nak kaji semula. Baik kita fikirkan semula kewajaran kita memilih mereka. Setiap keputusan terletak di tangan kita. Kalau tak boleh buat perubahan maka lebih baik jadi lembu atau ungka.

6 comments:
Assalamualaikum...sy bersetuju dgn pandangan saudara tu...ader ker patut..minyak dah turun, tiba2 plak tol pulak naik..apa kes? camne nak dapat kasih sayang rakyat, kalau dah hari2 duk rancang benda yg menyusahkan rakyat dan perlu keluarkan duit..MENTERI2 boleh lah cakap, diorang bukan bayar toll pun...lalu pun kat smart tag jer...erm, sama-samalh kita renungkan..pemimpin dari pihak mana kita nak sokong! LU PIKIRLAH SENDIRI
p/s- awas, penggunaan kalimah yg MENERJAH.
taufiq,
isunya bukan smart tag. isunya harga tol naik.
kalau PAS perintah Malaysia bole hapuskan tol ke?
maner ada kalimah yang MENERJAH
ade kalimah yang MENCUCUK je.
adik2 tutup hidung cepat!!!
hahahahahahahahahahahhahahahah
oppps...maaap ler yer, i normally see the funny side before i move to the serious side, aper nih, kecik2 tulis ayat2 SX18! :D
how to comment? malas, i dont want to get a heart attack right now, thus i choose to ignore it due to my heart safety.
du'a jer, du'a moga2 msia ini tidak dibanjiri darah, setakat berdemo ok jua, kalau dah takmo dengar, pastilah darah pula jadi taruhan!
kak fakhzan,
yela teruk la. kecik2 dah tulis 'ayat2 cinta' kan.
besar2 tak tau la ape jadi.
haha
Salam...
AKU rasa cerita gempar Tol naik ni saja jer.. sebab lepas tu orang yang sama juga cuba jadi hero nak halang kenaikan tol itu sebab semua pasal isu tol ni dalam tangan orang yang sama... boleh dimanipulasikan menjadi berita untuk menujukkan mereka bagus dan prihatin bila kononnya dapat tangguhkan kenaikan tol..
really great opinion AKU.
strategi lapuk untuk meraih simpati rakyat
cukuplah bodohkan orang Melayu
orang Melayu tak rela diperbodohkan lagi
Post a Comment