bagaimana anak muda ini melihat dunia


1. Ada kalanya saya terkenang akan masa silam. Saat di mana saya berada dalam keadaan sangat naif dan hina. Saat di mana saya seorang yang cuba mencari apakah erti dan makna bagi kehidupan ini. Saya ketika saya cuba mengerti apakah makna cinta dan kasih sayang. Melalui saat dan detik bagaikan rantai yang meragut leher setiap masa. Masalah dan ujian datang bertimbun dan menimpa. Kegagalan demi kegagalan. Kesalahan demi kesalahan. Kekalutan demi kekalutan. Gelak tawa bersama rakan dan taulan menjadi teman. Semua itu memori yang tidak mungkin dapat dilupakan. Setiap masa setiap ketika saya melayan perasaaan.

2. Sekali-sekala pulang ke kampung di pedalaman terasa sayu di hati. Saya rasakan saya meninggalkan mereka terlalu jauh ke belakang. Saya rasakan saya seorang yang pentingkan diri dan kejayaan peribadi. Mesyuarat Program Kejiranan Felda Pasoh Dua di masjid Al Huda malam itu terlalu sepi. Saya teringat asal usul saya. Teringat kata-kata tanggungjawab itu lebih banyak daripada waktu yang kita ada. Saya rasakan bahawa saya bukan sebahagian daripada mereka. Namun saya lebih pentingkan kehidupan di dunia penuh dosa dan noda. Khayalan dan impian.

3. Saya seorang anak felda. Hilang keliru. Saya dibesarkan penuh kasih sayang oleh bonda dan ayahanda yang tercinta. Keluarga middle class ini sedang berusaha untuk menjadi upper class. Bagaimana mungkin meletakkan kejayaan peribadi tanpa masyarakat di sekeliling juga maju. Saya memegang jawatan Exco Agama di Persatuan Belia. Ini tidaklah bermakna saya seorang ustaz atau lebai muda. Tapi saya suka kepada aktiviti kerohanian dan pembangunan insan. Di sekolah dulu saya memegang jawatan Ketua Musolla yang garang. Itu juga tidak bermakna bahawa saya tiada nafsu terhadap wanita. Saya rasa saya ingin mencari isteri muda.

4. Jika kedua kekanda saya begitu bersungguh memajukan masyarakat di sekelilingnya mengapa tidak saya. Adakah UMNO dan PAS itu menjadi penghalang untuk kita menyumbang bakti kepada kejiranan kita. Pak Ngah jiran saya Ketua Cawangan UMNO sejak 32 tahun dahulu. Beliau juga seorang nazir masjid. Beliau agak liat untuk melepaskan jawatan yang dipegang sejak sekian lama. Kekanda berkata beliau jadi macam Che Det yang gila kuasa. Sejauhmana benar kata kekanda tidaklah dapat dipastikannya. Benar bila hilang jawatan hilang penghormatan. Diri seolah tidak dihiraukan. Kalau boleh ingin jadi Ketua Cawangan sampai tua.

5. Masalah di Felda masih lagi menjadi stigma. Anak-anak muda dikorupkan minda dan budaya hidup. Dadah, bohsia, bohjan, mat rempit sangat sinonim dengan budaya anak muda di kawasan ini. Berhenti. Jangan salahkan Pak Lah dalam soal ini. Sebelum menuding jari kepada Najib lihat 4 jari yang menuding pada diri. Berapa kali kita turun ke kawasan ini untuk berdakwah dan berusrah. Berapa kali kita menyelami hati anak-anak kecil yang perlukan bimbingan dan motivasi. Isu PPSMI mungkin relevan dalam soal ini. Kak Fakhzan berkata ini polisi yang paling gila. Kak, orang tua itu bukannya gila cuma nyanyuk sahaja.

6. Kembalilah hazwan ke kampung halamanmu. Sejauhmana kau mendaki ke puncak ingat tanah mula-mula kau menjejakkan kaki dahulu. Sehebat mana gagasan perniagaan yang kau usahakan itu adalah dorongan suasana kau dilahirkan dan dibesarkan. Berbaktilah hazwan kepada mereka di usia mudamu. Bila kau kahwin nanti akan sibuk dengan anak isterimu. Isterimu pasti merungut kerana kau sentiasa sibuk tanpa ada masa menyentuhnya. Bukankah BMW itu lebih kau sayangi daripada segala-segalanya. Inikah dunia.

7. Begitukah cara anak muda ini melihat dunia. Ya begitulah. Penuh imaginasi tidak berguna dan sia-sia. Lebih baik mati berkali-kali daripada tidak melakukan apa-apa.

5 comments:

Ahmad Taufiq Redzuan said...

Assalamualaikum..

sy setuju dgn pandngan saudara..bagaimana kita nak mencapai kejayaan yg lebih besar di peringkat LUARAN sedangkan di peringkat DALAMAN, kita masih bnyak kekurangannya..

tapi x salah sebenarnyer kalau kita nak capai kejayaan di LUAR n then once bila dah dapat kejayaan, kita sumnbangkan tenaga dan kelebihan kita di peringkat DALAMAN, terserah kpd pelaksana..

Sekadar pandangan..wallahu a'lam

Nur said...

:D

Ya, saya tidak bilang dia gila, saya bilang polisi itu paling gila. Pelbagai kajian sudah dilakukan , mengatakan ketidak keberkesanan dalam perlaksanaan polisi itu.

Dalam economics, jikalau sudah dibuktikan satu polisi itu benar2 tidak membawa man'afaat, ayuh! buang sahaja, laksanakan program yang benar2 membawa kebahagian kepada rakyat. Kami jua ada the economic of happiness, acuan polisi negara perlu berteraskan rakyat, bukan dalam mengejar globalisasi.

Bukan kah France dan Japan sudah di nobatkan sebagai negara2 maju? Dalam kumpulan G-7 lagi (atau mungkin G-8, tidak pasti). Dan bahasa bisnesnya? Masih lagi menggunakan bahasa ibunda.

Pemimpin, mengertilah bahawa polisi adalah untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri.

Wah, mau berkahwin isteri muda kah, ini sudah mahu melangkah ke gerbang kah? bila? jangan lupa dijemput. Mahu melangkah ke Felda N.9 pula.

Hazwan Mohd Nor said...

waalaikumsalam...

taufiq,

asyik setuju je. cube la tak bersetuju skali skala.

nak tgu aku jadi Ketua Pemuda UMNO baru nak kata tak setuju ke? haha

kakakku,..chewaahh2x

okla. polisi tu yang gila. orang yang founded tu tak gila.

btol2. kembalikan bahasa ibunda. me spik no inglish.

silap post tu kak. bukan isteri muda. tapi nombor dua. haha.

melangkah ke gerbang? melangkah ke pintu gerbang adalah. =)

Ahmad Taufiq Redzuan said...

assalamualaikum abg hazwan,
insyaAllah, post len kali xy x stuju plak..huhu...lek ar bang, kalau ia pun nak futur jgn lah masuk UMNO, masuk JIM ker, ISMA ker, leh terima lagi..tp xyah lah...hehe..sape nak tengok2 kan ofis nanti..

Hazwan Mohd Nor said...

aah kan sape nak tengokkn ofis nanti

tak jadi la camtu.

sekali lagi bermimpi dan berimaginasi.

haha