Dahulu saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Ibu berkata jadi doktor bagus sebab boleh tolong orang. Saya bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor. Selepas keputusan PMR diumumkan saya beria-ia ingin mengambil kelas Sains. Selepas ujian kumulatif personaliti saya dinasihatkan cikgu Faizal mengambil bidang Sastera. Cikgu Faizal berkata berdasarkan score personaliti saya tidak sesuai dalam bidang sains. Ini kerana saya lebih cenderung kepada bidang sastera. Saya mengikut saja apa kata cikgu. Seorang innocence yang tidak pandai dan naif. Tidak seperti Kak Fakhzan dan Abang Ikmal yang bijak tujuh petala langit tujuh petala bumi.
Pernah seorang ustaz mengingatkan saya jika ingin menjadi peguam mesti hati kering. Lebih lagi jika terlibat dalam politik mesti hati jadi lebih kering. Hati kering ini bukan bermaksud hati yang tidak basah dengan air. Hati kering ini mungkin maksudnya tidak mempunyai perasaan lemah lembut, kasih sayang atau caring. Jika menjadi pendakwaraya mesti hati kering mensabitkan tertuduh sebagai si pembunuh. Menjadi peguambela mesti hati kering melepaskan si perogol yang merogol anak gadis sendiri. Menjadi ahli politik mesti hati kering meng-C4-kan cik mek molek dari Mongolia. haha. Ini fitrah dunia. Jangan cuba merekrut ayat suci atau al hadis dalam soal ini. Dunia ini sememangnya kejam dan tidak pernah adil kepada sesiapa.
Jika saya bersikap kasar atau lucah dalam pandangan saya maka bagaimana pula dengan kelucahan yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Hari ini warga daulah turun ke jalanraya kerna tidak tahan dengan kelucahan dasar mengajar Sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris. Kelucahan sang penguasa menghalang anggota dewan undangan negeri Perak menggunakan dewan sidang sehingga terpaksa bersidang di bawah pokok. Kelucahan mengedar gambar bogel seseorang yang tengah tidur atas tujuan pemusnahan karier politik. Bagi saya ini lagi lucah. Pada waktu warga yang bercakap soal kebebasan dan kebenaran, sia-sia saja jika tidak tahu Artikel 10 Perlembagaan. Lebih baik kita bakar sahaja sijil-sijil yang ada kemudian pergi memohon PTD di Putrajaya.
Kebanyakan kita mungkin mempunyai kepentingan peribadi terhadap sesuatu. Jika kita tidak mengubah cara kita berfikir hari ini maka keadaan kita orang Melayu tetap akan sama seperti dulu. Kita tipikal, stereotaip, statik, stagnant dan selesa dengan apa yang kita ada. Hakikatnya dulu kita sama-sama berjuang di medan dakwah. Sibuk bertamrin dan berusrah. Tetapi selepas kerja di Putrajaya semuanya hilang. Ukhwah dan tarbiah dibakulsampahkan kerana kita selesa. Tidak perlu fikir apa yang orang lain difikirkan. Lebih baik fikir bagaimana memiliki isteri cantik, berumah besar dan berkereta WAJA. Ini tiada kena mengapa dengan yang hidup atau mati.
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Buat apa kita bercerita tentang politik sekiranya kita boleh hidup selesa. Peduli apa dengan rasuah, pecah amanah atau kes rogol yang berlaku setiap 2.5 jam dalam negara kita. Itu semua masalah orang lain bukan masalah kita. Lebih baik kita bercerita tentang kek, alat solek atau bagaimana solekan model yang terkini. Akhirnya saya sedar bahawa dunia kita berbeza. Perbezaan ini tidaklah sampai memutuskan ukhuwah yang telah kita bina. Hakikatnya kita manusia sama-sama insan yang lemah lagi hina.
Bercerita begini pasti terkenang saat keseorangan di tepi tasik Putrajaya. Saat di mana azam itu dipulihkan kembali. Saat di mana semangat dan iltizam perlu dipugar dan diadun untuk menjadi kuat, dominan dan berkuasa. Bercerita lucah bukan bermaksud seseorang itu suka menonton filem lucah. Lupa bahawa dulu bukan bersekolah agama. Jika tidak hari ini mungkin akan kekal berkopiah dan berbaju raihan sambil memegang buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam".
Terima kasih atas kritikan. Teruskan usaha dan cita-cita kita. Anak-anak muda yang berwawasan, far sighted berpandangan jauh. Sukakan kekayaan, bercita-cita tinggi, ideal dan trendy. Mempunyai banyak idea, berani berkali-kali gagal, tidak takut dikatakan gila dan selalu berangan-angan. Pedulikan apa orang lain kata kerna yang membuatnya adalah kita.

7 comments:
c'mon hazwan.....:)
Semoga baik2 jua untuk anda,
aduh kamu ini, selalu benar letak nama ku...hahahahha...i'm just a normal human being ya, struggling every day, every second to be a better person...ngga pandai, ngga hebat...anda lagi hebat, keupayaan menghafal beribu2 cases itu bukan main2, sangat hebat, dan dalam menjalankan tugas sebagai peguam itu jua bukan main2...
Apa, anda terasakah dengan entri saya? Ia bukan specifically untuk anda, ia general, dan Kalam Tuhan itu perlu disandarkan semasa dalam pmemberi peringatan, bukan meng'quote' mana2 pemikiran prof....tugas saya paling utama didunia ini adalah untuk memberi peringatan...and being an elder, i would never want u to be stumble along your way...like i used to before...
like this entry, terus kan perjuangan anda, dan saya doa, kamu ini punya hati yang benar2 lembut untuk orang2 islam, tapinya kasar untuk orang2 kafir, seperti Saidina Umar r.a.
Dan lagi, kalau nya kebanyakan orang ini 'lucah', banyak 'merogol' - harta kekayaan bumi, bahasa, culture dan custom, tapinya mengapa kita mau turut serta bersama mereka ?
bukan kah anda sangat benci orang2 yang typical, stagnant and always love to be in the comfort zone?
anda lain, pastinya anda tidak akan terpedaya dan terpengaruh. Bahasa itu menunjukkan akhlak. Pandangan manusia itu tidak akan lansung berkudis pada kita, hazwan, tapi pandangan Allah itu maha penting untuk kita.
:D
wallahualam...saya ini insan hina dina...sila beri tunjuk ajar...
abes tu nape suke sgt sebut psl Jqaf, and PTD. anti PTD ke?
" Sahabat saya meninggal di Pulau Langkawi malam kemarin"
"Pulau Langkawi! cantik pantai di sana"
Manusia membaca apa yang mereka mahu.
Mendengar apa yang mereka mahu dengar.
Hingga terlupa perkara penting yang ingin disampaikan.
I like the way you think! :)
Salam.
Dan kita terbalik.
Suatu masa dahulu, ingin menjadi peguam, dan kini mengambil jurusan kedoktoran.
*Dan bukankah Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kamu?*
Teruskan menulis cerita anak watan juga politik tanah air.
Post a Comment