1. Jika pokok menjadi orang sudah pasti pokok akan menangis melihat apa yang berlaku di Perak kini. Bila manusia sudah hilang pedoman dan panduan, ini menjadikan mereka hilang kemuliaan sebagai insan. Dikurniakan akal fikiran, ilmu pengetahuan dan hati perasaan tapi buta dan tuli melihat dan mengerti sebuah realiti kehidupan. Dunia melihat apa yang mereka lakukan.
2. Manusia itu sememangnya sentiasa alpa dan lupa, bahawa kuasa pemerintahan itu bukan milik mutlak mereka. Mereka yang hilang kuasa sepatutnya bermuhasabah dan sedar bahawa suatu hari nanti pokok ini akan menjadi saksi betapa rakus dan gilanya perangai manusia. Mereka yang diberi kuasa patut insaf bahawa segala yang diamanahkan atas di soal kelak. Semuanya berkisar kepada satu maudhu' sahaja iaitu - KUASA.
3. Kita di sini hanya mampu memerhatikan dan berdoa akan adanya pengakhiran bagi drama ini. Siapakah yang memulakan drama ini sebenarnya. Apa yang diinginkan sangat sebenarnya. Tidak cukupkah dengan harta dan kuasa yang ada sehingga mahu berbantah dan bergaduh soal ini. Undang-undang seolah-olah tiada makna lagi dan diletak ketepi.
4. Mahkamah menjadi tempat untuk mencari sebuah keadilan. Soalnya apakah ada lagi keadilan dan kesaksamaan pada badan kehakiman. Wujudkah lagi kejujuran dan profesionalisme seperti yang diuar-uarkan; atau semua itu sudah lama dikafankan.
5. Keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan.
6. Jika suatu hari nanti saya besar saya akan menggamit semula peristiwa bersejarah ini. Tragedi 03 Mac 2009 yang menguji kematangan dan kedewasaan politik negaraku yang tercinta- Malaysia. Pokok yang menjadi saksi terhadap segala kecelaruan dan kekalutan. Pokok ini akan digelar pokok kesedihan. Kesedihan melihat apa yang berlaku di depan mata kita semua.
0 comments:
Post a Comment