tentang kesabaran dan ketabahan


Sesuatu usaha itu memakan masa lebih kurang 3 tahun sebelum benar-benar berjaya. Saya percaya prinsip utama seorang usahawan tulen yang mahukan kejayaan dalam perniagaan adalah kesabaran. Kesabaran adalah satu kayu ukur samaada kita boleh bertahan atau tidak dalam menempuh rintangan dan halangan. Dunia perniagaan sememangnya penuh dengan kesusahan dan keperitan. Kemanisan hanya muncul selepas kita melalui semua itu. Kejayaan akan dikecapi apabila kita berjaya menempuh halangan dan rintangan itu.

Kita mesti bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bersedia untuk menjadi miskin dan papa kedana. Bersedia untuk ditipu rakan kongsi. Bersedia untuk ditikam dari belakang. Bersedia untuk ditinggalkan orang yang dicintai. Semua itu adalah lumrah orang yang ingin mencabar diri dan menjauhi suasana tipikal. Meletakkan kepercayaan kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat.

Adakalanya saya berasa sebak dan kecewa melihat lot-lot kedai di bandar dikuasai dan terus dimiliki oleh kaum bukan Islam. Sebenak persoalan timbul di minda dimanakah anak-anak muda Melayu Islam yang berani dan yakin diri menceburi bidang keusahawanan. Saya terlupa bahawa anak muda Melayu Islam hari ini terlalu sibuk dan asyik mengejar PTD dan J-Qaf. Saya lupa bahawa anak muda Melayu takut dan jelek pada risiko perniagaan. Mereka mahukan keselesaan yang secepat mungkin supaya boleh membuat loan kereta Waja baru. Mereka mahu kahwin sebegitu awal supaya dapat membuat anak sebanyak mungkin.

Kekecewaan itu disembunyikan dengan merelakan kaum lain terus menguasai kek ekonomi dalam negara. Sekali lagi saya terlupa bahawa anak-anak muda Melayu Islam sibuk bertamrin dan berusrah. Saya lupa juga bahawa anak-anak muda asyik dengan politik dengan niat untuk menjadi wakil rakyat yang tak pernah menyusun rakyat. Saya mungkin terlupa bahawa anak-anak muda terlalu asyik untuk menjadi Presiden GAMIS. Saya juga lupa bahawa alam selepas kampus adalah alam untuk memikirkan soal beristeri cantik, chic, trendy, manja dan hot.

Jika saya diizinkan untuk lahir semula ke dunia ini saya tidak minta untuk dilahirkan di Malaysia. Ini mungkin kerana suasana Malaysia tidak membangun pemikiran anak muda untuk berdiri di atas kaki sendiri, teguh mendepani cabaran juga bersedia menerima kegagalan sebagai asas kepada kejayaan. Jika diizinkan saya tidak akan membesarkan anak-anak saya di bumi Malaysia. Ini kerana Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Kenapa tidak anak-anak saya nanti diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Jepun, Korea atau Perancis?

Saya lupa bahawa segalanya terletak pada tangan dan kaki ahli politik. Ahli politik yang menentukan masa depan kita semua. Ahli politik yang membawa kemajuan kepada negara. Ahli politik juga yang memporak-perandakan sistem pendidikan kita dengan mengajar Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ahli politik bersidang di bawah pokok. Pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak mungkin masih ada yang belajar di dalam kelas beratapkan daun pokok. Tiada bezanya antara dua kerana masing-masing bergantung dan berteduh di bawah pokok. Pokok adalah sumber ilham dan keuntungan. Sebab itu tidak hairan apabila orang Cina meletakkan tokong merah di tepi pokok.

Bersabarlah. Mahu cepat ini nak kemana. Mungkin akan sampai masanya kita akan memakan daging kawan kita sendiri. Ini kerana sikap dan perangai mahu cepat, pancut awal atau Mee Segera. Mahu cepat mencapai klimaks. Mahu cepat ke destinasi sedang asas belum lagi kukuh. Jika mahukan kejayaan sifat kesabaran ini perlu dipupuk. Mahu cepat mungkin menjadikan kita lelaki yang tidak budiman; atau perempuan yang hanya mengetahui tarikh jualan murah di IKEA dan JUSCO.

5 comments:

Anonymous said...

Ya barangkali kita sudah hilang dan ketandusan generasi yang 'susah-berjaya' berbanding generasi sekarang 'senang-berjaya.'

Betullah kita akan lebih menghargai terhadap sesuatu yang sukar untuk kita perolehi berbanding dengan senang mendapatkannya.

Lantas, kekurangan ilmu dan pengalaman menjadi sandaran mengapa kita semakin ketandusan dan berdepan dengan konflik yang semakin menuntut kesabaran dan kecekalan dalam menghadapinya.

Suka atau tidak suka hanya kemahuan berubah ke arah lebih baik menerusi kefahaman ilmu harus dijana kembali. Dengan itu kita akan lebih sabar dan tekad menuju kejayaan :)

Bisa Biasa-Biasa said...

Salam..Pancut awal? Mengejar PTD dan J-Qaf?? Apa ni?? Hina sangat ke?..

Plez la...

Bisa Biasa-Biasa said...

Ok la hazwan..Harap nta keluar la jadi peguam..xyah berlatih dalam kamar ke, dalam bilik mandi ke..Fokus je la study..So? Kenapa nak kerja jugak dengan firma sekarang..Kenapa nak buat sambil2..hehe..maybe i antara orang yang terkesan dengan u pnya artikel..macam salah sangat makan gaji..apa u ingat bagus sangat ke u buat macam ni..apa pon i anggap u cakap ni sebagai cabaran..i take this as a challenge..ok wan.tq la sedarkan kami orang yang makan gaji ni jenis pancut cepat, klimaks awal dan orang yang berniaga ni orang yang klimaks lambat dan lambat pancut..so what? sekarang kan dah banyak ubat tenaga..so beli je la..apa susah..ni i pon dah terguna bahasa yang "menerkam" like u..maaf la jika bahasa i ni bahasa orang terpancut awal..maybe i fikir pon bahasa u pon jenis bahasa bukan setakat pancut awal, tapi pancut cepat punya..kenapa nak guna sangat bahasa pancut memancut ni..kan saya dah terikut..ha amik kau...

Bisa Biasa-Biasa said...

so what? biar la kami yang makan gaji(baca: pancut awal) ni nak cari bini lawa, seksi, hot dan sensasi..kenapa? apa masalah? dah tu? apa kehei la statement macam bebudak ni hazwan oii..plezz la..nasihat la pakai bahasa yang bagus sikit, ni x abis2 pakai bahasa yang pancut-memancut ni..udah2 le tu kutuk2 orang yang makan gaji ni..jangan idok sedar yang mike pon sama juge makan gaji jadi lawyer lagi..dah tu kenapa x gune contoh lawyer??

So isu ni x kan berkesudahan bile mike dok bawak isu orang yang makan gaji ni lembap..bahkan mike akan menjatuhkan orang yang mencari rezki halal untuk keluarga walaupon makan gaji

Mike ingat orang yang makan gaji ni xda perancangan ke? apa la pemikiran mike ni..mula2 ni nak hidup kena la cari modal..hehe

Jangan marah ye hazwan..!!!!!!!!!

Anonymous said...

"Kita mesti bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bersedia untuk menjadi miskin dan papa kedana. Bersedia untuk ditipu rakan kongsi. Bersedia untuk ditikam dari belakang. Bersedia untuk ditinggalkan orang yang dicintai. Semua itu adalah lumrah orang yang ingin mencabar diri dan menjauhi suasana tipikal. Meletakkan kepercayaan kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat."

Izinkan saya menjawab bagi pihak saudara Hazwan.

Samada ia menjadi isu bahasa atau tidak, itu personaliti, luar cerita. Bahkan, ia terpulang kepada blogger mycompletemastery. Ini haknya. Tak ada siapa yang perlu datang sini, "kau jangan buat ni kau jangan buat tu".

Halnya sangat kecil. Selalunya hal kecil inilah yang selalu disalaherti.

Penulisan mycompletemastery telah sedia terpampang dengan penuh argumentatif dan agak kontroversi. Itu hanya gaya penulisan, pandangan. Tak perlu nak gaduh-gaduh.

Makan gaji-bisnes, bukan soalnya. Ia adalah soal tipikalisme dan stereotaipisme. Pada pandangan mycompletemastery, makan gaji bersahaja agak tipikal sedangkan orang bukan Islam jauh terkedepan dengan mendominasi pelbagai sektor.

Jap, saya pun nak argue jugak. Haha. Saudara Hazwan, bila dah terlalu lain sangat, kawin awal ni tak semestinya nak anak ramai. Tipikalnya orang nak kawin lambat sebab mementingkan kerjaya kan?

Sebab, orang yang ingin berkahwin awal ada destiny yang tak mampu dibuat berseorangan. One is too small to achieve greatness! Jadi, sebab tu lah saya nak kahwin awal..

Ops.. Kantoi..

Hehe..