Setiap kali keputusan SPM diumumkan saya akan tersenyum. Kita dihidangkan dengan berita kejayaan pelajar yang berjaya mendapat berbaris-baris A. Ini ditambah lagi dengan kenyataan menteri atau ketua pengarah pelajaran yang senyum ke telinga sambil berkata "keputusan tahun ini meningkat". Stereotaip ini dapat kita lihat saban tahun dalam negara. Cerita pelajar yang dapat berbaris-baris A dijadikan modal kejayaan sistem pendidikan negara ibarat menjaja goreng pisang panas. Statistik graduan menganggur sehingga terpaksa diberi subsidi kerja terus menjadi stigma anak Muda Malaysia. Masa depan anak muda Malaysia pada tongkat kerajaan.
Kadangkala kita hairan ke mana perginya pelajar yang cerdik pandai ini di alam kerjaya. Kita keliru melihat apa yang ada di dada akhbar dengan realiti sebenarnya. Kita menganggap bahawa kejayaan dalam hidup ini ditentukan dengan berapa banyak A yang kita mahukan daripada anak-anak muda. Drama ini lebih jelik lagi selepas keputusan diumumkan maka terpampanglah muka ahli-ahli politik memberi anugerah itu dan ini. Sekali lagi kita keliru dengan majlis pemberian hadiah kepada pelajar cemerlang ini.
Secara faktanya pendapatan purata isi rumah pada statistik RMK-9 ialah Melayu RM2,400, India RM 2,800 dan Cina RM 5,600. Tidaklah saya ingin membuat perbandingan pendapatan kaum mana yang lebih banyak. Cuma common sense berkata di mana halatuju pendidikan orang Melayu sekiranya kita hanya berbangga dengan fakta banyak A tapi tidak dengan pendapatan di atas 5K. Semua warga harus sedar akan hakikat ini walaupun kita ingin melahirkan cerdik dan ilmuwan pandai tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Kaum bumiputera yang mengaku memiliki ketuanan ini masih terbelakang dan mundur pemikiran.
Soalnya lagi dimana perginya cerdik pandai ini dalam membangunkan negara? Kita hairan sehingga ke hari ini kita masih banyak bergantung kepakaran dan sumber dari negara Barat. Kapal Selam Scorpene kita beli daripada Perancis. Jet Pejuang Second Hand kita beli daripada Russia. Kereta Kabal kita beli daripada US. Di mana perginya saintis dan teknokrat kita di bidang persenjataan dan ketenteraan. Adakah semuanya berkumpul di Wilayah Jengka. Atau masing-masing masih menyembunyikan diri di MSC Cyberjaya. Jika para pembaca ada fakta ini sila kongsikan dengan saya.
Memperoleh berbaris-baris A bukan noktah dan pengakhiran bagi sebuah cerita. Masih banyak pengalaman dan kemahiran hidup yang perlu diteroka. Sehingga hari ini kita masih kalah pada Singapura. Mengapa sehingga ke hari ini kita tidak melahirkan lebih ramai peneroka. Bukan peneroka Felda tapi peneroka idea. Sekali lagi saya terlupa bahawa tidak ramai anak muda yang berminat untuk menjadi Sang Pemula. Lebih baik memilih J-Qaf atau PTD di Putrajaya.

6 comments:
politik-mungkin sebagai tiket halalkan PPSMI kot.menonjolkan dasar PPSMI tidak menjejas kecemerlangan.Dalam satu majlis mkn malam bekas timbalan menteri pendidikan menyatakan kerajaan pernah mengubah keputusan pelajar asrama penuh dengan menurunkan graf markah. 65 sudah A1.
pendidikan-kepincangan sistem pedidikan. exam oriented melampau. pelajar tidak diajar cara untuk belajar.sebaliknya diajar menjawab soalan2 trial dan thn2 lepas.
sikap org melayu-malu tak bertempat. kurang curiosity."takpelah..."
mungkin la...
salam'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,akh.
bercakap tentang ramainya bilangan pelajar yang memperolehi berjela-jela senarai A di dalam slip keputusan tetapi kurang kualitinya dari segi praktikal ilmu, mungkin kita boleh kritik bahawa sistem pendidikan sekarang ini yang nampaknya agak memaksa pelajar untuk lebih cenderung menjadi penghafal daripada menjadi orang yang faham akan apa yang mereka pelajari. maka jadilah mereka sebagai orang yang "belajar hanya untuk periksa".
andai tidak keterlaluan, saya persoalkan - mungkinkah tidak ada keberkatan dalam sistem yang digunapakai sekarang?
WaLLAHuta'ala a'lam.
pe kehei PTD dan J-Qaf menjadi serangan hang ni hazwan??
kalo gtu para academician pun kene gakla?
Ya hazwan abang ada mengulas tentang perkara sebegini dalam blog abg berasakan pengalaman abg yg sedikit mengajar ini.
Pabila abg tanya kenapa hendak mengambil perubatan saja bagi pelajar cemerlang, kenapa tidak ambil fizik (alhamdulillah ada juga,pertanian, syariah, undang-undang malahan sejarah sekalipun, apa mereka katakan, tiada biasiswa, bidang tak glamer dan tak dipandang oleh orang ramai.
Tapi mereka tidak memahami apakah itu kesusahan dalam menmpelajari perubatan, sanggupkah mereka berhadapan dengan 'on call' yang tidak menentu dan silap2 boleh membunuh emosi mereka.
Negara maju memerlukan semua kepakaran tidak terhad pada sesuatu bidang yg glamour seperti perubatan, undang2, kejuruteraan dsb, kita perlukan pakar sejarah, pakar pengurusan taman atau tandas sekalipun!
Jadi pabila kawan abg 'macam orang nak mati' moyoknya bila gagal menyertai PTD abang faham akan 'kebergantungan' sebegitu. Terlalu stereotype barangkali, complacent, itulah realitinya. Jadi siapa nak dipersalahkan atas kelalaian kita BERFIKIR jauh dan menilai apa yang berlaku di sekeliling kita.
Terlalu 'klise' dan stereotype barangkali masyarakat kita bukan?
Res ipsa loquitor
mycompletemastery.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading mycompletemastery.blogspot.com every day.
payday loan
payday loans
Post a Comment