whither priority and accountability?


Mahu atau tidak kita perlu mempelajari dan memahami garis politik. Politik bagi saya bukan soal kepartaian dan kuasa semata-mata, politik adalah ilmu kenegaraan yang berkaitan dengan hal ehwal semasa yang mempengaruhi sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Kadangkala saya berasa hairan dengan sikap 'ignorance & arrogant' sesetengah anak muda Melayu yang menutup sebelah mata dalam hal ehwal yang berlaku di sekeliling mereka.

Mungkin pada mereka kehidupan ini hanya untuk berfoya-foya atau lebih memualkan lagi cukup berpuas hati dengan keasyikan menjadi ahli persatuan itu dan ini, wala' pada pemimpin stereotaip lagi tenggelam dalam idea-idea lapuk dan bodoh. Pada saya jalur pemikiran generasi baru hari ini perlu diubah agar tidak terlalu buta politik dan bengap untuk berfikiran jauh. Cuba tanya berapa ramai yang pernah baca SUARAM Human Rights Report. Tentu ramai yang terpinga-pinga dan menyangka itu jenama biskut terbaru.

Pengumuman kerajaan memberi lampu hijau kepada syarikat gergasi Sime Darby dan Air Asia untuk membina lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan baru-baru ini meruntun jiwa saya. Bagi saya ini cadangan ini memang dinanti-nantikan oleh semua. Kita sungguh bertuah mempunyai pemimpin yang bijak lagi cerdik serta obsesif membina lapangan terbang dan membeli helikopter. Harapan kita dengan terbinanya LCCT baru ini maka makcik Odah dan Pakcik Leman di Kampung Ulu Gadong, Labu itu akan lebih mudah cepat dan pantas untuk ke kebun. Selepas ini basikal dan motor kapcai penduduk kampung Labu juga boleh dijual oleh kerana sudah ada pengangkutan awam yang baru - Boeing 747 Air Asia!

Tidak perlu menjadi MT AMK Keadilan untuk membicarakan isu ini kerana common sense atau di mata umum ternyata projek mega ini memang bermanfaat. Persoalan penting yang timbul di sini ialah adakah lapangan terbang yang bernilai RM 1.7 billion ini menjadi keutamaan. Apakah penduduk Negeri Sembilan semakin ramai menjadi ekspatriat ke luar negara sehingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membina lapangan terbang sendiri. Sedangkan Terminal LCCT sedia ada berhampiran KLIA di Sepang sudah ada dan sedang ditingkatkan keupayaannya dengan renovation membesarkan lagi terminal berkenaan telahpun siap.

Mengikut sumber kerja-kerja pembesaran bernilai RM160 juta di LCCT Sepang itu yang kini telahpun siap boleh menyaksikan LCCT terbabit meningkatkan jumlah keupayaannya sebanyak 50 peratus kemampuannya mengendalikan penumpang. Ini bermaksud ia mencukupi untuk warga daulah. Sekali lagi dipersoalkan mengapa membina satu lagi LCCT menjadi keutamaan sedangkan lokasi pembinaan LCCT di Labu itu tidak sesuai dan terlalu hampir dengan terminal sedia ada. Keadaan ini juga pasti menimbulkan masalah kepada pengawal lalu lintas di Sepang.

Persoalan kos dan lokasi terminal baru ini juga menjadi persoalan. Mengapa tidak memilih kawasan contohnya di Jempol atau Bandar Baru Serting yang ini secara tidak langsung boleh membantu merangsang ekonomi di daerah terpinggir seperti Bahau, Muadzam Shah dan Gemas. Saya pasti kini ramai di antara anak watan yang bekerja mahupun belajar di luar negara - setidak-tidaknya di Sabah dan Sarawak yang lebih memerlukan LCCT daripada terpaksa bergegas ke Labu untuk menggunakan perkhidmatan itu. Saya pasti jika ini berlaku pakcik dan makcik di Felda Pasoh dan Palong pasti melonjak gembira.

Alangkah baiknya jikalau RM1.7 billion ini digunakan sebagai dana bagi siswazah Melayu seperti saya dan rakan-rakan yang lain memulakan perniagaan SME di lot-lot kedai sekitar Seremban, Senawang dan Ampangan. Jadi tidak perlulah anak-anak muda di Negeri Sembilan memohon menjadi guru J-Qaf ataupun KAFA. Juga tidak perlulah kita menyewa kedai kepunyaan Tokey Cina dari Singapura walaupun ini tanah air dan bumi Melayu kita. Rasanya Ketua UMNO Bahagian Seremban lupa memperjuangkan atau tidak pernah terfikir sampai ke situ. Lebih baik berfikir soal kontrek atau projek besar dengan kroni Khairy Jamaludin di Parlimen Rembau..

Sungguh malang menjadi anak muda yang tinggal di bumi Malaysia hari ini. Jika boleh memohon sebelum dilahirkan dulu saya akan meminta untuk tidak dilahirkan sebagai anak muda Melayu yang tinggal di Malaysia. Ini kerana menjadi Melayu hari ini sinonim dengan tipikal, stereotaip, stagnant dan hanya sibuk menghunus keris kononnya membela hak Melayu dan ketuanan Melayu, tetapi mengapa bangunan kedai di Terminal 2 Seremban terus dikuasai dan dimiliki bangsa lain. Anak muda Melayu graduan universiti pula sibuk memohon PTD dan menjadi guru J-Qaf.

Jika diizinkan suatu hari nanti saya tidak akan tinggal di Malaysia dan takkan mengizinkan anak-anak saya membesar di bumi Malaysia. Lebih baik merantau dan bermusafir berjuang di bumi lain yang lebih positif dan pro-anak muda, pro-perubahan dan suka kepada kegagalan.

go ahead beyond boundaries


Kita ketepikan soal politik kerana saya nampak ramai yang tidak berminat. Mari kita tumpukan soal pembangunan diri dan organisasi kita. Hari ini kita tidak lagi boleh menggunakan pendekatan yang agak keras dan ekstrim. Kita perlu melihat semula apakah pendekatan kita hari ini bersesuaian dengan generasi hari ini. Generasi yang lebih peka, bijak dan cerdik dengan isu semasa. Mereka cukup sensitif dan mahukan lebih perhatian untuk mereka. Mereka generasi berjiwa mudah lentur dan mudah melantun. Mereka mahukan kita lebih friendly, caring dan concern dengan mereka.

Melihat keadaan ini maka kita akui bahawa kita perlu mengubah pendekatan kita. Kita tidak lagi statik dengan cara terdahulu. Kita tidak boleh lagi hanya bercakap soal muka tapi yang lebih penting ialah isi. Kita tidak lagi menerangkan menggunakan pendekatan lama tapi generasi baru perlukan pendekatan baru - empati - kita bersama dan menyelami hati mereka!

Meskipun terlalu banyak kekurangan dalam Makes Camp di Port Dickson baru-baru, saya akui dan menerima dengan hati terbuka. Saya tidak pernah salahkan sesiapa akan kelemahan itu. Saya berpegang dengan prinsip bahawa untuk berjaya kita tidak akan selalu berjaya di peringkat awalnya. Kegagalan itu adalah anak tangga kejayaan. Kelemahan dan kekurangan itu juga adalah sebahagian daripada pengalaman. Hidup anak muda tidak lepas daripada kesalahan dan melakukan kesilapan. Generasi tua juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Di waktu mendatang kita mengharapkan agar idealisme anak muda ini tidak dihalang. Biarkan anak muda bereksperimen untuk mencapai matlamat hidup mereka. Bantulah mereka untuk mereka mengenali erti kematangan hidup. Anak-anak muda di Palestin pada waktu ini sedang berjihad mempertahankan tanah air dan aqidah mereka. Samakah penderitaan mereka dengan kesusahan yang kita hadapi dalam program. Ternyata kita terlalu selesa tidur di katil empuk.

Bercerita tentang rakyat Palestin yang diganyang ketika ini oleh Zionis Israel membuatkan saya berfikir dan termenung jauh. Kesedihan ini lebih pedih daripada pemergian Tuanku Jaafar Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan baru-baru ini. Selalu saya sebut kepada rakan-rakan sekiranya Yahudi merancang 100 tahun dahulu untuk menduduki tanah Palestin hari ini mengapa tidak kita sama merancang! Berterusan stereotaip dengan wacana, dialog dan forum yang tiada tindakan dan penyelesaian. Apabila pulang kita kembali kepada suasana yang sama. Kertas kerja dan resolusi dalam forum disimpan dalam laci untuk tatapan tikus dan lipas.

Mengapa tidak anak-anak muda Islam samaada di Malaysia atau Palestin membina gagasan ekonomi untuk melawan dinasti perniagaan Zionis yang menyumbang kepada jentera dan mesin yang membunuh rakyat Palestin hari ini. Hari ini jaringan kita semakin dekat. Tidak cukup sekadar memboikot, kita mesti menawarkan alternatif untuk membina kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Bukan membeli kapal selam tapi berpangkalan di pelabuhan Singapura.

Bertindaklah anak muda. Sekarang masa untuk merancang dan bertindak dengan kekuatan dan persaudaraan kita. Tiada yang mustahil di dunia ini bagi mereka yang mahu. Mulakan dengan diri kita. Boikot barangan keluaran Israel dan semua yang menyokong kezaliman Israel. Mulakan hari ini meskipun kita tidak ramai dan kita kuat dengan kualiti anak muda berani.

the tussle of two political animals


Tidak kisahlah samaada khairy atau dato' husam yang menang bicara dalam Siri Wacana Perdana di Balai Islam Londang Kota Bharu baru-baru ini, yang penting apakah outcome atau resolusi yang orang Melayu dapat daripada forum tersebut. Bagi saya tiada lagi situasi win-win dalam soal ini. Ternyata hasil wacana tersebut menjadikan masa depan umat Melayu Islam lebih kabur lagi berserabut. Masing-masing pada saya hanya passionate dan obsesif pada kepentingan parti politik masing-masing dan bukan untuk kepentingan ummah.

Masa Depan Politik Melayu-Islam

Tidak dinafikan khairy adalah 'the shining star' dalam UMNO yang petah dan bijak berbicara sehinggakan hadirin terpesona dengan persembahannya. Soal hudud dijadikan 'time bomb' untuk memerangkap dato' husam selaku Naib Presiden PAS lantas menjadi gula-gula menjelang pilihanraya Kuala Terengganu Januari ini. Mungkin terlalu ghairah untuk menjawab satu soalan khairy maka dato' husam terpaksa berterus terang bahawa hudud 'kita akan laksanakan'. Sungguh dato' husam terlupa bahawa perjanjian antara Pakatan Rakyat telah termeterai terlebih dahulu bahawa sesuatu keputusan mesti dibuat secara multilateral. Media mainstream tidak menunggu lama untuk mengalunkan lagu berjudul 'hudud oh hudud' ini.

PAS dalam dilema

Dilema antara melaksanakan perintah wahyu Ilahi atau menjaga kepentingan tahaluf siasi. Itulah persoalan yang menjadi dilema parti mainstream Islam PAS kini. Semua antara kita jelas bahawa menegakkan hukum Allah itu adalah mandatori bagi pemerintah. Tidak dapat tidak kewajipan ini mesti dilaksanakan kerana ini adalah haq-qullah (hak2 Allah yang mesti dilaksanakan) dan bukan haq-qul-adami (hak manusia yang boleh diberi pilihan). Namun situasi kini tidak berpihak kepada kefahaman masyarakat kita tentang pentingnya pelaksanaan perintah ini kerana diserabutkan dengan agenda politik pihak berkepentingan.

Terlalu banyak rasanya yang perlu didahulukan kefahaman dan pemahaman sebelum kita berbincang soal hukum hadd ini. Sememangnya dari soal dasar atau prinsip tidak menjadi masalah, tapi soal pelaksanaan dan sejauhmana kita dan mereka yang memahami perjuangan Islam ini boleh menerangkan kepada masyarakat Islam yang masih jahil mahupun non-muslim yang masih sangsi dan berprasangka dalam soal hukum keterbatasan ini.

Satu analogi yang suka saya bawa disini ialah sekiranya kereta Mercedes Benz E24o kita yang baru dibeli cash berharga RM350,ooo itu dicuri, dan kita dapat menangkap si pencuri itu yang berada di depan mata kita, apakah tindakan yang ingin kita lakukan kepada si pencuri? Jawapan kepada persoalan ini mudah kerana sudah pasti kita selaku pemilik kereta akan merasa marah, geram, tension, rasa nak sepak terajang atau plengkit je si pencuri tu (belum masuk sumpah seranah dan carutan). Malah mungkin kalau dicadangkan untuk memotong tangan pencuri tu immediately saya yakin si pemilik kereta (kita) akan terus bersetuju.

Yalah mana tak bengang kalau kita kerja jadi peguam contohnya, naik turun mahkamah, failkan notis tuntutan itu ini, bergasak dalam court dengan pendakwaraya atau hakim, tinggal anak bini kat rumah, balik lewat malam penat, terlepas masa bermesra dengan keluarga kat rumah semata-mata mencari rezeki kehidupan, senang-senang orang curi kereta Mercz E240 yang baru kita beli. Pada waktu ini soal apakah pegangan agama si pemilik tu tak lagi jadi persoalan. Orang Melayu UMNO, Cina PAS malah India DAP sekalipun akan rasa perasaan yang sama-seolah-olah rasa macam nak bunuh je si pencuri. Itulah bukti Tuhan lebih mengetahui tentang keadaan makhluk yang diciptakanNya. Jangan lawan hukum Tuhan.

DAP yang berserabut dan ultra-racist

Jadi apa masalahnya Lim Guan Eng dan Karpal Singh tentang hukum keterbatasan ini. Mungkin salah kita juga tidak terangkan kepada mereka yang sebenarnya. Jika diberi mahu saja saya menyertai DAP untuk mengetuk kepala masing-masing yang bengap berfikir dan stereotaip. Kata saja pemikiran membangun dan moden tapi soal Islam sangat prejudis dan penuh hasad dan jahat. Soal khairy lulusan Oxford atau bijak berbicara tidak timbul dalam hal ini. Khairy cuma aktor atau political animal yang hanya menjaga kepentingannya dalam ECM Libra dan Temasek Holding. Cuma kita orang Melayu perlu lebih berani untuk bertindak balas dengan lebih cerdik dan bijak. Jangan sampai sebab orang itu lulusan itu ini maka kita rasa rendah diri dan takut untuk menyoal balas.

Bagi saya kita tidak perlu selalu berforum sebegini kerana ini hanya mencetuskan suasana yang tidak membangunkan masa depan umat Melayu Islam. Bergaduh soal sesuatu yang belum pasti dan masih kelabu pelaksanaannya. Soalnya hari ini kita ketinggalan di belakang kaum lain dalam soal pegangan ekonomi makro khususnya di sektor swasta dan korporat. Anak muda Melayu middle class sepatutnya lebih celik dalam soal ini dan diberi peluang untuk maju dengan saksama dan adil. Anak muda Melayu sepatutnya tidak hanya dididik dengan politik stereotaip seperti kebanyakan siswa-siswi kampus hari ini, tetapi perlu diajar mereka soal bagaimana memulakan perniagaan sendiri dengan idea kreatif dan inovatif.

Lupakan dan pedulikan soal dato' husam dan khairy. Mari kita tumpukan soal pembangunan peluang, pendidikan dan teknologi untuk generasi baru yang berpotensi untuk terus hidup dan menjadi manusia berguna. Menggerakkan entiti mikro yang tersusun, progresif dan terkehadapan dalam soal idea dan strategi. Sesungguhnya Husam dan Khairy tidak memberikan apa-apa merit kepada kita anak-anak muda teknokrat.

the story of makes camp

Pada mulanya agak keberatan untuk saya menerima taklifan sebagai Ketua Unit Modul bagi Kem Motivasi Anak Kembali ke Sekolah 2008 (MAKES Camp '08) ini. Namun saya tabahkan hati dan niatkan semuanya untuk membantu agama Ilahi. Kebiasaannya pada waktu begini orang akan pergi bercuti atau sibuk memikirkan kerjaya sendiri. Saya tetap cuba melakukan sedaya upaya dan mahukan yang terbaik untuk program kali ini. Stesen Penyelidikan Sains Marin UPM Port Dickson menjadi venue utama bagi program kali ini.

Memang kalau difikirkan menganjur dan menjalankan program motivasi satu perkara yang cukup meletihkan. Bekerja di bahagian modul dan pengisian, tentu banyak menggunakan otak untuk berfikir dan tenaga untuk bergerak. Terasa seperti hendak collapse di malam pertama, kerana di sebelah siangnya terkejar ke sana ke mari untuk menyiapkan dokumentasi peserta dan fasilitator, ditambah dengan tugas di meja pendaftaran pun abang kena buat juga. Nak buat macamana dapat adik-adik yang manja dan baru berjinak-jinak dengan dunia motivasi ini.

Meskipun terlalu banyak kekurangan dan kelemahan dalam sesuatu program itu, saya tetap optimis dan berjiwa besar. Saya tahu dan sedar kelemahan itu tetap ada, namun apa yang lebih penting adalah tindakan untuk membaiki dan menambah nilai sesuatu kekurangan itu. Saya bersyukur kerana arena ini mendidik saya menjadi seorang yang positif, mesra dengan orang lain, tahan cabaran dan ujian di samping mampu untuk empati-memahami hati budi dan masalah masyarakat kita hari ini terutama remaja. Saya menganggap mereka seperti adik saya.

Mungkin agak kekesalan melihat tidak ramai senior yang telah bekerja untuk turun membantu dan memberi sokongan terhadap aktiviti pembangunan remaja sebegini. Al maklumlah sibuk dengan kerjaya atau anak isteri. Tapi saya melihat para ustaz yang terlibat dalam jamaah dan persatuan Islam ini seolah-olah sudah biasa dan tiada masalah untuk berbuat begitu. Bahkan ada yang membawa anak sendiri menjadi peserta program atau sekurang-kurangnya berada di sisi untuk membantu pelaksanaan program. Di wajah mereka kita nampak sinar yang inginkan kebaikan bagi anak-anak remaja masa kini.

Jikalau diizinkan sebelum melelapkan mata nanti saya ingin membina sebuah akademi latihan untuk aktiviti, program pembangunan insan, motivasi dan kemahiran belajar. Di bawah payung organisasi ini saya akan kumpulkan para profesional dan teknokrat untuk menjadi shareholder bagi akademi ini. Jikalau Lim Kok Wing boleh buat mengapa anak Melayu Islam tak boleh buat. Adakah Lim Kok Wing makan besi dan kita semua anak Melayu Islam hanya makan nasi?

Jangan menutup pemikiran kita dan terus berfikir secara stereotaip. Jika kita ingin berbakti pada masyarakat maka janganlah banyak sangat berkira. Apa sangat yang kita inginkan dalam hidup ini sehinggakan tidak mahu menyumbang satu sen pun kepada pembangunan dan konstruk sosial remaja kita hari ini. Siapa kata menjadi profesional tidak boleh menyumbang kepada tanggungjawab sosial. Sejak dulu lagi saya berazam untuk memecah tembok tipikal itu.

Tidak payah menunggu untuk mendapat liputan media untuk anugerah CSR atau Tanggungjawab Sosial Korporat seperti yang kita dapat lihat pada konglomerat2 hari ini. Sewaktu di sekolah, universiti bahkan menjadi houseman sekalipun kita boleh melaksanakan dan menggerakan usaha itu. Mengapa tunggu menjadi YB baru berfikir hendak berbakti kepada rakyat. Mengapa bila menjadi YB kita perlu berikan penghormatan kelas pertama sedangkan kita sama-sama manusia berusaha untuk membangunkan rakyat. Inilah yang kita katakan bercita-cita menjadi wakil rakyat tapi tidak pernah menyusun rakyat!

Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi untuk masa seterusnya. Saya percaya suatu hari nanti Allah akan mengabulkan cita-cita saya. Menubuhkan sebuah akademi latihan sendiri atas nama Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS) untuk manfaat generasi harapan akan datang. Semoga generasi baru terus berjaya dan gemilang seiring dengan kemajuan yang kita kecapi hari ini. Kita takkan berhenti dari impian ini kerana ini adalah cita-cita kita bersama.

speech of the president ; full text


Terima kasih Tuan Pengerusi Tetap. Yang dihormati lagi dikasihi tetamu kehormat, para perwakilan persidangan, rakan saf kepimpinan seterusnya hadirin-hadirat muslimin dan muslimat sekalian. Didoakan agar kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan keampunan Allah SWT. Marilah sama-sama kta berselawat dan mengucapkan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat Baginda yang setia, Ahlul Bait, seterusnya buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia samaada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Seinfiniti kesyukuran kita panjatkan kepada Ilahi kerana pada hari ini kita dapat berkumpul untuk sidang Muktamar Sanawi kali yang ke-10. Ketenangan dalam dewan kuliah ini bakal menjadi satu sejarah baru bagi persidangan muktamar kita. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua di atas jasa baik dan kerjasama yang dihulurkan untuk menjalankan program ini. Bertepatan dengan tema persidangan kali ini iaitu "Solidarity and Brotherhood' maka acara kita bermula pada malam ini akan menjadi satu titik permualaan ke arah perpaduan dan hubungan yang lebih akrab selepas ini.

Pejam celik usia kita telah menjangkau lebih 10 tahun. Sejak tahun 1997 sehingga kini, dalam tempoh tersebut telah melalui satu proses transisi atau perubahan yang cukup pantas. Kita telah melakkan beberapa penyesuaian yang antara lain kita telah cuba untuk merapatkan jurang antara ahli dan Alumni. Usaha yang sedang kita lakukan adalah dengan memperbaharui pendekatan dengan kita berpayung di bawah satu komuniti yang kita namakan sebagai Komuniti. Di bawah Community Sdn Bhd, kita bakal menjadi satu komuniti sosial yang berdaftar, dinamik serta mempunyai sistem pengurusan yang tersusun. Kita berharap dengan penjenamaan semula ini akan menjadikan kita lebih vibrant, progresif, dinamik dan mampu merealisasikan visi dan misi dalam membina fasiliti dan infrastruktur di masa hadapan.

Muktamar kali ke 10 ini bertemakan "Solidarity and Brotherhood", sesuai dengan imej sebagai kumpulan anak muda yang progresif, terbuka dari segi pemikiran, perancangan dan tindakan, mempunyai latar belakang agama yang kukuh, kerjaya profesional yang seimbang pantas langkahnya, moderate pendekatannya, rasional dalam bertindak serta mempunyai wawasan masa depan yang jelas. Pada muktamar kali ini juga kita ingin menekankan satu dasar baru iaitu Dasar Profesional (DPS) sebagai satu benchmark untuk menjana kemajuan dan pembangunan 10 tahun akan datang. Jesteru mulai saat ini marilah kita bersama-sama menjadikan sebagai kolam yang melahirkan profesional yang bakal menyumbang bakti dan kepakaran untuk pembangunan masyarakat di Negeri Sembilan. Telah tiba masanya kita menjadikan sebagai kilang orang cerdik yang ghairah dengan ilmu dan pengalaman.

Pada hari ini marilah kita lupakan apa yang telah berlalu. Lupakan kegagalan. Lupakan segalanya kecuali apa yang perlu kita laksanakan sekarang dan laksanakannya. Kita mestilah positif dan sentiasa memilih kawan yang positif. perlu optimis dan tidak boleh mencontohi kemalapan dan kelembapan generasi terdahulu. Apa yang telah berlaku telah menjadi sejarah yang tidak penting bagi kita. Yang lebih penting bagi kita yang hadir di dewan yang mulia ini ialah penentuan masa depan kita sendiri yang masih jauh. mesti berdiri di atas kaki sendiri, berani mencetuskan idea-idea baru serta bebas dalam tindakan. mesti belajar mempunyai pendirian terhadap sesuatu isu penting.

Keadaan ekonomi negara yang merudum di saat ini serba sedikit memberi kesan kepada kita. Ia sekaligus melibatkan kita sebagai mahasiswa-mahasiswi. Kesusahan mencari pekerjaan menjadi dilema bagi para graduan tidak terkecuali ahli. Sampai masanya kita berfikir jauh untuk mencari jalan bagi mewujudkan peluang pekerjaan. Dasar Profesional (DPS) dirancang untuk menjana makro ekonomi dengan penyediaan dana yang kukuh. Sebagai kumpulan profesional kita mestilah bersedia menjana pendapatan per-kapita melangkaui rakyat biasa. mesti bersedia untuk menghadapi cabaran krisis ekonomi ini dengan pelan strategik.

Dari aspek siasah, kita telah melakukan sentuhan pertama pada kempen Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu di DUN. Malangnya kekuatan masih belum cukup ampuh. Kita perlukan 100 lagi untuk menggegar Negeri Sembilan. Saya yakin rakan-rakan mempunyai semangat yang luar biasa untuk menjana perubahan yang berkesan. Kekuatan perlu dijanakan lagi agar gerak kerja siasah lebih sistematik dan berkesan menjana perubahan. Ukhuwah dan kesefahaman sesama kita, para petugas, pengurus perlu dijalin erat untuk menjamin kelancaran tugas dan gerak kerja. Engagement kita dengan akar umbi adalah satu medan latihan yang unik membuktikan bahawa kita tidak buta politik dan selalu bengap berfikir.

Penjenamaan semulabukanlah atas niat kita cuba berbangga dan poyo. boleh menjadi model sebuah gerakan pelajar Islam tulen yang masih di usia muda dan mampu memberikan sumbangan berkesan kepada pembangunan masyarakat. harus menghindarkan diri daripada dicucuk hidung oleh individu berkepentingan. adalah wadah dinamik dan futurustik. Estim diri yang positif dan semangat berani mencuba mesti menjadi budaya ahli. Kita bersyukur kerana kita kini telah mempunyai sebuah web portal www.community.com untuk merancakkan lagi agenda dakwah kita dalam era ICT. Media bertanggungjawab untuk terus memantau dan membangunkan laman portal ini sebagai tempat rujukan dan perkongsian maklumat semasa.

Ingin juga saya menyentuh di sini tentang pergerakan muslimat. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya katakan muslimat hari ini tiada nilai tambah. Muslimat juga sinonim dengan agenda bermain perasaan, mudah terasa hati dan hanya tahu mengikut agenda muslimin. Selain suka merungut, muslimat juga sering dilihat ketandusan idea-idea baru untuk membawa gerakan muslimat lebih ke hadapan. Imej stereotaip dan sinikal ini tidak memungkinkan muslimat kita untuk pergi lebih jauh. Muslimat mesti lari dari imej J-Qaf dan muslimat ceruk dapur. Muslimat harus menceburi bidang perniagaan yang lebih luas.

Dasar Profesional (DPS) adalah dasar yang mementingkan agenda pendidikan. Kita tidak usah berpuas hati dengan memiliki segulung diploma atau ijazah sarjana muda. mesti menghayati dan beramal dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Ahli mesti memiliki azam untuk belajar sehingga ke tahap paling tertinggi. Kita mensasarkan menjelang tahun 2015 kita mempunyai 5 orang ahli pemegang ijazah PhD. Ingatlah hanya dengan pendidikan dan pencapaian kita boleh memimpin perubahan. Sudah sampai masanya kita menyusun barisan profesional yang boleh meraih keyakinan rakyat dan masyarakat. Kita tidak akan mampu memimpin perubahan dengan mengajar J-Qaf dan KAFA per se.

Faktor penting lain dalam dasar baru ini ialah tentang jaringan dan hubungan luar. perlu meluaskan lagi hubungan dengan pelbagai pihak untuk terus maju ke hadapan. Kita mesti mempunyai keterikatan dengan semua sekolah di Negeri Sembilan samaada sekolah harian, sekolah berasrama penuh SBP SMKA dan MRSM. Selain itu, hubungan dengan para pentadbir, pegawai kanan di badan kerajaan, swasta dan korporat perlu dirintis untuk memudahkan dan melicinkan lagi sistem penyampaian, pentadbiran dan pengurusan akan datang. Peluang yang ada di bawah konsultan Tinta Strategi (TS) perlu digunakan sepenuhnya bagi tujuan tersebut. mesti lari dari imej pelajar yang berjiwa kecil kepada imej berjiwa besar.

Satu perkara lain yang ingin saya tegaskan di sini ialah kepentingan kita untuk menguasai Bahasa Inggeris. Kenyataan ini sekali lagi agak stereotaip dan stagnant. Namun tidak dapat tidak kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa fasih bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris adalah satu kemestian bagi gerakan kita. Selain menambah nilai kemahiran dan kualiti gerakan, kita bakal berdepan dengan satu cabaran globalisasi yang rata-rata menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian. Kita harus sedar bahawa untuk bergerak lebih jauh dan memimpin perubahan kita mesti mempunyai kualiti extra berbanding masyarakat biasa. Alangkah hebatnya sekiranya kita dapat keluar dari kerangka tipikal bahasa dan kaum dengan kita menguasai bahasa-bahasa asing khususnya Bahasa Mandarin, Hokkein. India dan Perancis. Dewan-dewan kuliah bagi kursus profesional seperti CICA, MBA, CFP dan sebagainya yang ditawarkan di universiti awan dan kolej swasta mestilah diisi oleh ahli2.

Usrah di sekolah ibarat menyemai benih di tanaman. Pelajar sekolah mestilah diisi dengan persediaan dengan memberitahu mereka isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini. Statistik menunjukkan seramai 187,324 anak luar nikah di Malaysia. Bagaimana kita ingin menghadapi masa depan dengan hidup dalam keadaaan masyarakat yang hilang nilai moral dan akhlak. Generasi pelajar mesti didedahkan dengan fakta ini agar pemikiran generasi muda tidak hanya pada material dan hiburan yang melalaikan. mesti bertindak membina perancang, penggerak dan pemimpin. Generasi adalah manifestasi untuk mencapai hasrat ini. Kita akan terus membangunkan teknokrat muda yang lebih baik. Dasar ini akan membawa kepada lahirnya DELA - Doctor, Engineeer, Lawyer, Architect muda!

Cita-cita membina generasi baru telah terpendam sejak sekian lama. Kita tidak boleh menunggu lama lagi untuk merealisasikan cita-cita ini. mestilah berjiwa besar, bijaksana dalam merancang dan melaksanakan rancangan dengan penuh strategi. Engagement dan networking dengan semua pihak perlulah dijaga agar menjadi kumpulan yang disegani, dihormati dan diiktiraf sumbangannya oleh semua lapisan masyarakat. Keluarkan diri daripada sentimen politik sempit dan bergeraklah menuju dakwah yang lebih luas dan kontemporari urban. InsyaAllah kita berazam suatu hari nanti bakal menjadi sebuah komuniti contoh yang ideal, terlibat secara aktif dan proaktif dalam aktiviti pendidikan, kebajikan dan dakwah di Negeri Sembilan.

Terpulanglah kepada kita semua untuk menentukan masa depan kita. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri bertindak mengubahnya. Masa tidak akan menunggu kita sekiranya kita terus berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kaum lain akan terus menguasai pegangan ekuiti negara kita sedangkan kita terjajah di bumi sendiri. Renungkanlah kata Za'aba "Adapun kemiskinan orang Melayu itu bukan hanya miskin pada wang ringgit dan harta benda, tapi lebih dahsyat dari itu, miskin pada lemah impian dan cita-cita, miskin pada pelajaran, miskin pada alat-alat kelengkapan otak, miskin pada mempunyai cita-cita yang tinggi dan miskin syarat-syarat untuk menjadi maju".

Ayuh kita keluar dari zon selesa ini. Kita akan terus mundur selagi kita tidak mengubah sikap dan cara berfikir kita. Akhirnya marilah ita merenung kata-kata As Syahid Sayyid Qutb "Setiap perjuangan itu ada masa meningkat dan ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermuala daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah".

Marilah kita mula mengorak langkah membina wawasan baru, impian baru bermula di sini dan hari ini. Kamu adalah anak-anak muda yang mempunyai banyak idea, berani mencuba pendekatan baru, berani berkali-kali gagal, tidak takut dikatakan gila dan berani memecah tembok stereotaip!

my last presidency speech


Selesai sudah Annual General Meeting (AGM) SPINS kali ke-10 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini. Suasana kali ini lebih meriah dan begitu mesra dengan kehadiran ahli pelbagai peringkat dan muka-muka baru untuk menyertai SPINS Community. Hasrat kami untuk menubuhkan sebuah komuniti berdaftar disambut baik oleh semua perwakilan pada persidangan kali ini. Kali ini tiada lagi istilah mementingkan diri sendiri. Kita mula merintis projek untuk membangunkan fasiliti dan infrastuktur di masa hadapan. Kali ini kita akan menumpukan untuk penjanaan dana, aset bernilai di samping penguasaan ekuiti dalam sektor hartanah dan korporat.

Sewaktu pembentangan ucapan dasar itu saya telah meluahkan segala rasa isi hati saya. Saya rasa begitu tenang selepas itu kerana usaha untuk memecah tembok stereotaip telah bermula. Setuju atau tidak dengan sesuatu perkara itu bukan persoalannya. Yang paling penting ialah kita berani menyatakan pandangan pendirian without fear and favour. Selama ini saya dilatih untuk berkata yang benar dan baik sekalipun pahit. Cukuplah sindrom 'elegantly silent' selama ini. Baru hari ini saya sedar bahawa untuk bergerak ke hadapan mulut kena rajin, tangan kena rajin dan kaki kena panjang melangkah.

Usaha untuk mengembangkan pemikiran melangkaui rakyat biasa perlu dilatih dan dikembangkan bermula sekarang. Kita tidak hidup di zaman batu. Kita hidup di zaman teknologi maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat akan menguasai keadaaan. Sesiapa yang menguasai keadaan maka dia layak untuk menjadi teknokrat tulen. Menjadi teknokrat tulen bukan untuk berbangga sebaliknya untuk berbakti kepada ummah dan masyarakat umum.

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada perjuangan ini. Teruskan usaha kita. Jangan takut dan jangan putus asa. Jika tidak sanggup menjadi pohon besar yang tetap teguh dan kukuh menahan angin maka jadilah rumput di jalanan yang terus dipijak orang. Kita takkan berjaya dalam kehidupan sekiranya tidak sanggup menahan ujian dan dugaan. Kita takkan jadi kaya kalau asyik beralasan dan mudah kalah dengan dugaan dalam dunia perniagaan. Beri peluang untuk diri belajar dan ambillah masa untuk mengenali dan memahami diri kita sendiri.

Whatever the mind conceive dan believe, it can be achieved!

celebrating 24th anniversary


Esok genap umur saya 24 tahun. Menjalani kehidupan sebagai seorang anak muda yang tinggal di bumi Malaysia. Di usia ini saya telah memenuhi beberapa impian, manakala sebahagian lagi masih dalam proses pembangunan.

Terkenang di waktu kecil dahulu seorang makcik mengatakan bahawa antara anak-anak mak sayalah yang paling cantik. Orang kampung-cantik itu mungkin maksudnya paling smart. Bukanlah berniat untuk masuk bakul angkat sendiri, tetapi kata-kata sebegitu memang memberikan estim diri yang baik kepada diri saya sehingga ke hari ini.

Hari ini saya semakin meningkat dewasa. Rakan-rakan sebaya sudah selamat mendirikan rumah tangga dan memikul tanggung jawab sebagai suami. Saya masih di sini merancang dan berfikir tentang masa depan anak-anak muda di sekeliling saya.

Ketika ini saya masih lagi berfikir usaha untuk membangunkan lagi ekonomi kumpulan Tinta Strategi di samping kerjaya saya sebagai seorang peguam. Niat saya cuma ingin membuktikan bahawa anak-anak muda Melayu tidak takut bersaing dan boleh berjaya dengan hebat.

Saya ingin buktikan bahawa kejayaan bukan hanya semata-mata bergantung kepada kroni dan ketuanan Melayu, tetapi dengan usaha dan kesungguhan. Saya ingin buktikan bahawa kegagalan itu adalah asas untuk membina kejayaan yang lebih besar dan mengagumkan.

Baru hari ini saya sedar bahawa kita perlu memilih kawan-kawan yang positif di sekeliling kita untuk memastikan diri kita sentiasa positif. Berkawan dengan manusia sakit akan turut membuatkan kita menjadi sakit. Berkawan dengan peminat bola akan membuatkan kita menjadi peminat bola. Adakah Tiger Wood berkawan dengan Leonardo De Caprio untuk menjadi pemain golf ternama lagi tersohor?

Walau apa jua yang kita alami kita harus tabah dan sabar menghadapi semua dugaan itu. Tiada manusia berjaya dengan jalan yang mudah kecuali menjadi kroni daulah. Hakikatnya seseorang itu perlukan masa paling kurang 3 tahun untuk membuktikan dia benar-benar berjaya. Dalam tempoh itu dia akan lalui banyak pengalaman untuk membuktikan dia seorang teknokrat tulen.

Jika hari ini saya mati saya tidak menyesal kerana saya niatkan semua ini kerana Allah dan demi membantu perjuangan agamaNya. Malah saya merasa tenang dengan memiliki semangat perancangan dan sedikit ilmu untuk menyusun masa dan kehidupan seterusnya. Setiap hari saya bermuhasabah dan sedar bahawa kita tidak boleh selamanya bergantung pada orang lain.

Teruskan perjalanan ini Hazwan. Cita-cita menjadi teknokrat tulen menanti di sana. Jangan berhenti Hazwan walau apapun orang kata. Adios.

beyond all typical means


Hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation amat meluas. Hegemoni budaya yang selama 50 tahun ini telah meresapi ke dalam semua jalur falsafah dan cara pemikiran warga Malaysia. Hegemoni ini telah memaksa kita semua melihat diri kita bukan sebagai warga Malaysia – anak semua bangsa - tetapi melihat kewujudan kita sebagai orang berbangsa Melayu, Cina atau India atau bangsa-bangsa lain.

Dalam identiti diri yang luas ini, kita telah gagal untuk melihat diri kita sebagai warga negara bangsa dalam satu kesatuan. Jauh sekali untuk melihat diri kita sebagai warga dunia.Tekanan hegemoni ini telah memaksa semua warga berfikir dengan menggunakan pendekatan, kayu ukur dan kaedah gerombolan United Malays National Organisation berfikir.

Hegemoni ini memaksa kita melupakan meritokrasi. Meritokrasi boleh kita hayati dengan memahami bahawa:

1 – Berasas keupayaan individu, bukan kerana kelas, derajat, seksualiti atau kekayaan

2 - Individu dianugerah kerana keupayaan dan ketrampilannya untuk mencapai anugerah itu

3– Memajukan individu berdasarkan ketrampilan individu. Konsep meritokrasi ini tidak memasukkan bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Konsep ini mengajukan keupayaan individu. Konsep meritokrasi ini mengajukan ketrampilan fikrah individu tanpa mengira bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender.

Jika individu itu memiliki berkeupayaan terunggul, maka individu itulah yang akan dipilih. Jika susuk itu bijak berilmu, maka susuk itulah yang diangkat untuk dinobatkan sebagai profesor – bukan kerana dia Melayu atau kerana dia ketua cawangan atau kerana dia saudara kepada menteri pelajaran.

Meritokrasi ini agak senang dihayati kerana ia sedang diamalkan dengan terbaik dalam arena sukan. Jika seorang Mamat pelari 100 meter itu deras berlari, maka dia akan menjadi jaguh. Tidak ada huh tidak ada hah di sini. Jika Minah Cun itu cekap berenang, maka Minah Cun ini akan mendapat pingat emas di Sukan Olimpik. Yang terbaik adalah asas meritokrasi. Terbukti jelas dalam arena sukan, meritokrasi telah diamalkan.

Justeru sukan dilihat sebagai satu aktiviti yang adil, telus dan jujur. Terlalu susah untuk rasuah masuk dalam budaya sukan yang mementingkan merit individu. Jika ada percubaan untuk mengangkat seorang pelari 100 meter kelas kedua untuk ke kelas pertama kerana dia saudara menteri sukan atau kerana ayahnya dulu jaguh negara, lambat-laun akan terlihat juga oleh orang ramai. Ahli sukan kelas kedua ini akan tetap di kelas kedua apabila diduga.

Yang bukan jaguh tetap bukan jaguh. Justeru, konsep meritokrasi ini amat berguna untuk sesebuah tamadun mara maju ke hadapan. Apa yang menghalang meritokrasi dirayakan dan dinobatkan dalam sesebuah masyarakat ialah nilai feudal. Nilai feudal akan menghalang meritokrasi dari berkembang. Dalam negara kita, budaya feudal ini yang masih menebal terutama dalam masyarakat Melayu.

Budaya ini telah digunakan sebaik mungkin oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk dijadikan sebahagian dari proses politik mengaut penyokong. Nilai budaya fuedal gagasan gerombolan United Malays National Organisation ini gagal melihat kejaguhan dan keupayaan individu tetapi melihat susuk berbangsa apa, kelas apa, adakah dia memiliki derajat atau harta kekayaan. Di sinilah lemahnya nilai budaya feudal.

Kalau buah fikiran itu kurang baik tetapi ia wajib diterima pakai kerana tuan empunya pandangan itu seorang yang berderajat tinggi, berharta atau berpangkat atau kerana bangsanya. Akhirnya kita sebagai warga dipaksa melakukan sesuatu yang bodoh kerana idea bodoh ini datangnya dari seorang yang berderajat tinggi. Jika budaya feudal jadi amalan pasti tamadun itu tidak akan berkembang. Gerombolan United Malays National Organisation telah mengamalkan konsep Ketuanan Melayu.

Konsep dan falsafah Ketuanan Melayu ini melanggar dan menghancurkan nilai meritokrasi. Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu, Universiti Malaya antara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia. Hari ini ia telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu. Susuk-susuk yang berilmu tidak dapat mencari ruang untuk mengembang potensi keilmuan jika susuk-susuk ini bukan orang Melayu. Atau jika pakar keilmuan ini tidak menelan Ketuanan Melayu.

Masa demi masa budaya keilmuan semakin merosot maka akhirnya orang bodoh akan menjadi guru untuk mengajar orang yang lebih bodoh. Orang yang lebih bodoh ini akan juga menjadi tenaga pengajar untuk orang yang lagi banyak bodoh. Ini terjadi di semua gedung keilmuan dalam negara ini. Hasilnya universiti dan gedung keilmuan kita hanya sanggup mengeluar graduan-graduan yang bodoh-bodoh dan tidak memiliki pemikiran kritikal tetapi mereka Melayu. Inilah satu contoh teragung betapa bodohnya konsep Ketuanan Melayu yang menjadi paksi budaya gerombolan United Malays National Organisation.

Sayugia disedari gerombolan United Malays National Organisation telah berkuasa 50 tahun lebih, maka hegemoni budaya feudal yang antimeritokrasi telah menyerap dalam mempengaruhi semua jalur pemikiran warga. Akhir-akhir ini kita telah melihat bagaimana hegemoni budaya ini tanpa disedari telah juga digunakan dalam hujah yang diguna pakai oleh ahli-ahli dan simpatisan Pakatan Rakyat. Contoh terbaik apabila kedengaran tuntutan agar diwujudkan timbalan perdana menteri kedua yang bukan Melayu.

Persoalan timbul - apakah jika yang bukan Melayu ini akan menjamin seorang yang itu hebat pimpinannya, hebat jiwa juangnya, berhati rakyat atau hebat pemikirannya? Susuk bukan Melayu tidak menjamin apa-apa. Hujah ini tidak ada bezanya dengan tuntutan agar perdana menteri itu mesti seorang Islam. Menjadi Islam sahaja tidak akan menjamin ketrampilan fikrah seseorang itu. Menjadi Islam sahaja tidak menjamin kualiti kepemimpinan.

Terbukti dengan jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa yang Islam juga amat bijak berasuah. Yang Islam juga cukup hebat dan bijak melakukan kezaliman dan keganasan. Kezaliman bukan sahaja kepada yang tidak seagama, malah yang seagama pun dilibas sama. Apakah kita lupa bahawa ahli-ahli dan pucuk pimpinan gerombolan United Malays National Organisation semuanya penganut Islam. Ramai antara gerombolan ini telah berpuluh kali berumrah, berbelas kali naik haji. Tetapi lihat hasilnya - tarak. Kita wajib menobatkan mereka yang berilmu. Kita wajib menobatkan mereka yang jaguh. Dalam semua bidang, yang bijak fikrahnya wajib di hadapan. Anak semua bangsa kita wajib merayakan meritokrasi yang berasaskan pencapaian, keupayaan bukan ketuanan. ~ HR

in respect of Obama


Dein-seorang rakan saya menghantar sms menyatakan Obama sudah menang. Saya tersenyum membaca sms berkenaan dan kembali menyambung bacaan Dua Wajah di pejabat Abah. Kemenangan Obama pada hemat saya adalah tanda rakyat Amerika yang sudah muak dan bosan dengan corak pentadbiran Bush yang pro-Zionis dan pro-imperialisme selama ini.

Ini juga bagi saya membuktikan bahawa rakyat Amerika semakin matang dan berani memilih untuk berubah. Saya membayangkan alangkah baiknya sekiranya Perdana Menteri Malaysia juga dipilih melalui pilihanraya Presiden. Ini bagi membolehkan rakyat menilai kualiti dan kelayakan Perdana Menteri yang memimpin negara dinilai secara individu dan empirikal. Saya pasti jika ini berlaku maka tidak akan wujud masalah Perdana Menteri ikut cakap menantu.

Sungguhpun implikasi Perlembagaan itu tetap ada, namun tiada yang mustahil pada yang mahu. Sekiranya rakyat ingin berubah maka tiada siapa yang boleh menghalang. Kemenangan Obama benar-benar membuktikan kuasa rakyat adalah penentu kepada masa depan sesebuah negara. Masa depan kita bukan ditentukan oleh pemimpin yang hanya tahu membeli kapal selam dan jet perang yang tidak digunakan. Bukan juga pada Bik Mama yang suka pada intan berlian.

Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini di tahap yang semakin jelik dan pelik. Belanjawan ad-hoc RM7 billion yang dibentang di Parlimen diisytihar tidak sah kerana melanggar prosedur. asas pembentangan. Penahanan blogger di bawah ISA diputuskan oleh hakim sebagai tidak sah. dan berniat jahat. Peguam Negara dan Ketua Polis terlibat dalam konspirasi kes liwat. bekas TPM. Malah Ahli Parlimen kini boleh bercakap 'bastard' di dalam dewan Parlimen yang mulia.

Ini semua tanda apa sebenarnya. Ini tanda pemimpin-pemimpin yang kita ada hari ini tiada kualiti dan hanya tahu memekak dan mencarut dalam Parlimen. Kita memberi undi kepada mereka untuk membela hak nasib rakyat dan bukan untuk mencarut di dalam Parlimen. Pemimpin sebegini patut dinilai kembali kedudukannya sebagai ahli Parlimen. Lebih baik kita hantar mereka ini ke Pulau Batam supaya di sana mereka boleh mencarut sepuas2 nya.

Hari ini tiba masanya untuk kita kembali berfikir ke mana halatuju kita dan negara kita. Anak-anak muda mestilah menjauhi stereotype yang ada pada generasi tua hari ini. Fikrah idealisme mesti digilap dan dibentuk mulai sekarang supaya pemikiran anak muda tidak hanya pada memiliki isteri cantik dan kereta Myvi. Kita hairan melihat mereka yang baru bergraduan sibuk mengejar kad kredit dan membuat personal loan. Terpedaya dengan dunia palsu akan membuatkan kita terkejar-kejar ke arah kepalsuan erti hidup.

Barack Obama 13 tahun dahulu sewaktu belajar di kolej pernah berkata bahawa beliau ingin menjadi Presiden US. Hari ini cita-cita dan impian beliau benar-benar menjadi kenyataan. Tetapi apa pula kiranya jika saya pada hari ini menyatakan bahawa saya ingin menjadi CEO kepada sebuah syarikat multinasional berpangkalan di luar negara, adakah cita-cita ini akan menjadi kenyataan?

expressing own feelings


Ketika saya memulakan karier sebagai consultant dahulu saya berfikir bagaimana untuk berbakti kepada ummah dengan lebih terkehadapan. Saya mengharapkan agar di sana ada sekumpulan anak muda yang bercita-cita tinggi dan bermotivasi untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat ini. Minggu ini sahaja saya mendapat beberapa tawaran daripada firma berlainan. Keputusan itu di tangan saya. Saya memilih untuk menentukan masa depan saya. Saya yang bertanggungjawab di atas segala keputusan itu. Saya adalah diri saya sendiri.

Adakalanya melihat apa yang berlaku pada kisah masyarakat kita hari ini saya menganggap bahawa dunia yang kita duduki hari ini tidak pernah berlaku adil. Mereka yang berkuasa, bertakhta dan berjawatan boleh melakukan apa sahaja. Sebarang keputusan boleh diaturkan mengikut selera, pandangan dan pendapat mereka. Saya tidak berkata sistem perundangan kita punyai hari ini hopeless tidak ada harapan, tetapi yang nyata adalah nyata. Sistem kehakiman dan perundangan hari ini seolah-olah boleh dibeli dan tiada integriti!

Sekiranya kita berhujah mengatakan bahawa kita wajib menerima saja segala keputusan itu bagi saya kita wajib menampar muka sendiri. Kita wajar mencari apakah motif, tanda dan makna di sebalik sesuatu peristiwa. Mengapa manusia membunuh, siapa yang membunuh, atas niat apa dan apakah motif sebenar di sebalik pembunuhan itu. Mustahil bagi si mangsa tiba-tiba terbunuh atau membunuh diri sendiri oleh sebab tidak sanggup menerima hakikat komisyen sudah lari. Mustahil juga bagi seseorang membunuh diri kerana terlalu gembira selepas mendapat habuan kapal selam.

Berfikir dan berfikir. Itulah yang saya lakukan setiap hari dan setiap ketika. Perasaan tidak senang itu wujud kerana ia datang daripada naluri. Saya pasti semua orang yang waras merasai perasaan yang sama. Perasaan risau dan ragu dengan masa depan. Apakah ada masa depan untuk tanah air Malaysia sekiranya dipimpin oleh pemimpin yang diragui dan hilang kredibiliti dan integriti. Bolehkah kita menuju negara maju menjelang 2020 sekiranya negara ini dipenuhi oleh 145,723 anak luar nikah seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini.

Malaysia Boleh. Dan kita semua juga boleh sebab terus menerus membiarkan keadaan yang berlaku pada hari ini. Anak-anak muda berterusan leka dengan dunia hiburan mereka. Pedulikan soal pendidikan dan pembangunan insan, yang penting adalah enjoy dan terus enjoy menghabiskan hasil mahsul ibu dan ayah kita. Soal halal dan haram tak payah kira, lebih baik fikirkan tentang awek dan balak. Melayan chatting dan sms lebih baik dari melayan isu semasa.

Berkata begini menyebabkan orang melabel saya negatif. Ini bukan negatif. Ini realiti yang kita semua harus melihat di sekeliling. Cukuplah stereotype yang ada selama ini yang cuma mahu saya ke hulu ke hilir dengan meeting2 yang membosankan dan tidak mengghairahkan. Kita mahukan satu jalan perubahan yang boleh memberi impak perubahan yang berkesan. Tambah nilai ini harus dimulakan dan mesti diisi dengan keyakinan penuh keazaman. Jangan mengalah.

Berkatalah apa sahaja. Tidak komited. Tidak jaga ukhuwah. Tidak wala' dan siqah. Semua itu memeningkan cita-cita anak muda ingin melihat dirinya berjaya di atas usaha, daya juang dan daya saing. Tinggalkan skeptikal dan stereotype ini adalah penyelesaian yang paling afdal. Berfikir menggunakan kepala Melayu hari ini sudah tidak lagi relevan. Perkataan Melayu ini juga sungguh memualkan kerana bagi saya jangan sesekali mengaku Melayu sekiranya kita ingin unggul di hadapan. Menjadi Melayu hari ini tidak akan membawa kita ke mana-mana.

amidst of two generation


Seringkali kita berdepan dengan dilema antara dua. Mengikut kata hati atau menurut kata orang lain. Kata hati adalah apa yang kita percaya akan berlakunya sesuatu impian di masa depan. Kata orang pula adalah kata mengikut keadaan dan persepsi biasa, stereotype, statik dan sinikal.

Antara dua kata ini biasanya kita tenggalam dalam dilema. Dilema untuk memilih samaada kata hati atau kata orang. Tambahan pula kata orang itu ialah orang yang dekat dan penting buat kita. Kata hati juga dekat dengan kita. Malahan ia semestinya berada di dalam diri kita.

Kadangkala terfikir mengapa keadaan hari ini begitu memualkan dan menjijikkan. Akal yang waras berfikir, hati yang sedar berbisik, jiwa yang lunak memberontak memberitahu betapa tipikal dan stagnantnya keadaan hari ini. Generasi tua biasa mempersalahkan generasi muda. Generasi tua pula berfikir dengan cara lama. Generasi tua mengatakan mereka betul dan perlu diikut. Generasi muda membalas bahawa idea itu sudah ketinggalan. terkebelakang, out dated, tidak relevan dan jauh dari ciri wawasan masa depan.

Memberikan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan itu tidak mengapa kerana jasanya mempromosikan Melaka. Generasi tua berfikir bahawa itu usaha mulia. Itu nak hargai jasa dia pada negara. Generasi muda melihat itu memualkan dan lebih memualkan daripada menjilat muntah sendiri.

Siapakah Khalil Yaakob dan apa jasanya kepada rakyat jelata pun rakyat tidak tahu. Apakah Shah Rukh Khan telah membuka peluang pekerjaan kepada graduan menganggur di negara kita. Apakah Shah Rukh Khan telah berjaya menurunkan harga barang keperluan suri rumah tangga. Apakah Shah Rukh Khan telah berjaya membina minda bangsa kelas pertama. Apakah Shah Rukh Khan berjaya kurangkan kes jenayah berleluasa.

Berkata begini generasi tua cepat mengecop generasi muda kurang ajar. Generasi muda pula kata generasi tua tidak mahu belajar. Persepsi ini berterusan hingga ke satu peringkat kita berasa berdiam diri lebih baik daripada berkata. Kalau berkata dan kritikal nanti kena ISA. Kalau berhujah bertentangan nanti dikatakan tak kenang jasa. Kalau tidak kerja kerajaan nanti dikatakan tidak mahu hidup senang. Kalau sibuk sana sini dikatakan abaikan study. Kalau kawan dengan perempuan dikatakan mahu mencari publisiti. Kalau sibuk belajar dikatakan penting diri sendiri. Kalau sibuk nak cari harta dikatakan abai tanggugjawab pada family.

Tuduhan demi tuduhan terus dilemparkan kepada anak-anak muda. Anak muda baru hendak membina erti hidup. Baru nak mengenal erti sebuah perjuangan. Baru nak menjadi orang dewasa memikul tanggungjawab. Generasi tua memandang rendah anak muda. Anak muda dituduh itu dan ini. Tiada sokongan tiada motivasi.

Yang disokong dan diberi anugerah artis Bollywood keturunan Hindi. Maklumlah atas pentas boleh peluk sentuh2 pipi. Nanti naik la saham Bik Mama lagi.

Sampai satu tahap tak tahu nak kata apa lagi. Mungkin satu masa tinggal di Malaysia tidak ada maknanya lagi.

embarking new dreams


Petang tadi saya memperbaharui akaun semasa untuk Tinta Strategi Management. Setelah agak sekian lama shut down, saya berazam untuk menggerakkan semula TS untuk tahun 2009 dengan idea, approach dan personaliti yang baru. Sekian lama saya berfikir untuk menggerakkan semula private consultant yang saya ilhamkan sejak tahun 2005 ini.

Masa yang silih berganti dan terus berlari. Pelbagai pahit manis telah ditempuhi dan di lalui. Bagi saya TS telah cukup dewasa untuk mengorak langkah dan berdiri sendiri. Tidak perlu rasanya untuk mengenang memori silam dan mengingati mereka yang telah pergi. Bagi saya kehidupan dan cita-cita perlu diteruskan.

"It doesn't matter how you start, as only the ending is counted"

Jika SMKA SHAMS tidak menerima TS sekalipun, TS boleh pergi menjelajah ke sekolah lain di seluruh negara. Bahkan TS akan membuka sister company yang baru yang dikenali sebagai TS International tak lama lagi sebagai satu inisiatif bagi meluaskan networking dan venture di luar negara. Peluang perniagaan ini bukan hanya dalam negara dan tak payah la nak berlagak poyo.

"Amidst of difficulties, lies opportunities"

Iklim politik negara hari ini membuatkan saya berfikir dan terus berfikir bagaimana untuk mengubah minda pemikiran Melayu hari ini. Hari ini saya terbaca temubual dengan Salehuddin Saidin, seorang peguam tentang hak istimewa orang Melayu. Secara umumnya beliau mengingatkan bahawa hak istimewa orang Melayu sentiasa terpelihara di bawah perlembagaan negara di mana Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya.

Memang benar orang Melayu ada hak istimewa itu. Tetapi yang dipertikaikan adalah penyalahgunaan kuasa, korupsi dan kelahiran bangsawan Melayu yang rakus dan tamak menyalahgunakan 'hak istimewa' mereka. Golongan ini menggunakan terma 'hak istimewa' ini untuk menggondol segala kekayaan dalam negara untuk anak, isteri, menantu dan kroni mereka. Formula 'hak istimewa' ini telah menyebabkan penindasan kepada satu kaum yang lain.

Kadangkala terfikir sampai bila orang Melayu akan bergantung pada 'hak istimewa' ini. Masih poyo dengan sikap bergantung harap pada orang lain walau sepatutnya diri sendiri patut berusaha lebih kuat untuk memajukan ekonomi sendiri. Tak perlu nak bersastera tentang ketuanan atau privileges jika persepsi diri masih kekal di takuk lama. Mengharapkan simpati dan belas ihsan orang lain sedang Tuhan telah berikan akal dan kesihatan tubuh yang sempurna.

Jika saya diberi pilihan sebelum lahir ke dunia ini untuk memilih, maka saya akan memilih untuk tidak dilahirkan sebagai Melayu. Ini kerana kemualan saya melihat sikap dan perangai kebanyakan orang Melayu hari ini. Tidak payah pergi terlalu jauh. Cukup sekadar melihat anak-anak muda seusia dan sebaya di kampus universiti. Masih stereotype dengan idea dan teori lapuk yang tidak mampu untuk membawa perubahan makro ekonomi orang Melayu.

Apa kejadahnya membuat resume untuk meminta kerja dengan bos Cina atau India bagi mengkayakan lagi mereka, sedangkan di sana ada bidang lapangan dan industri yang menuntut kita bersaing dan memperolehi pendapatan melebihi CEO sebuah syarikat Mesdaq di Papan Kedua. Hanya keyakinan, keberanian dan semangat diperlukan demi mengubah stereotype Melayu yang hanya tahu menuntut hak, tetapi malas untuk mengisi dan membangunkan hak yang sedia ada. Sibuk untuk menjadi wakil rakyat tapi tidak pernah berusaha menyusun rakyat!

Jikalau berpuas hati dengan mempunyai kelas tuisyen atau kedai photostat tidak payahlah bercakap soal perjuangan untuk memajukan ummah dan bangsa Melayu. Malah lebih teruk lagi apabila berbangga dengan title dan jawatan, sedangkan semua itu tidak membawa negara dan bangsa ke mana-mana. Lebih baik duduk di rumah menonton tv daripada bercakap soal membangunkan negara yang diri sendiri ketandusan idea mahu membawa negara ini ke mana.

He who is a bankrupt is not the one who does not have a single cent in his pocket, but the person who does not have a new dream!

the happening eid mubarak

bermula dari dua insan

lahirlah sebuah keluarga kelas pertama

berdiri dari kanan : kak long & raudhah, saya, abg mat, abg min, angah, along, adik hanis
duduk tengah dari kanan : kak teh, kak lang & amsyar, mama, abah & alyaa, kak ngah
duduk depan dari kanan : fawwaz nazmi, atef nadhirah, damia qistina

generasi ke-3 ; damia & atef

anak lelaki yang paling kaya ; i luv u mum

pengantin baru ; kak teh & abg min

kakak ipar yang ceria; kak ngah & kak long

dan tak lupa; my kembar cousins..heh =)

a moment with duang

duang [berbaju merah tengah]


panorama indah

kalam suci

salam perkenalan duang, semoga bertemu kembali di medan kejayaan!

celebrating hari raya


Sambutan perayaan Aidilfitri kali ini merupakan yang pertama bagi blog ini. Saya pohon kemaafan kerana kegagalan meng'update' blog ini sepertimana rakan-rakan blogger yang lain. Kesibukan melayan tetamu dan meraikan ahli keluarga tercinta menyebabkan saya tidak punya banyak masa untuk mencoret serba sedikit dalam mycompletemastery ini.

Perayaan bagi saya adalah event yang berulang kali setiap tahun. Cuma persoalannya apakah kita benar-benar menghayati sesuatu perayaan yang kita sambut itu. Aidilfitri contohnya adalah hari kemenangan dan kesyukuran selepas sebulan menahan lapar di siang hari. Ia juga adalah manifestasi kejayaan mengekang nafsu dan kejahatan di bulan keberkatan yang merupakan bulan melatih diri merasai lapar dan susah.

Kita dilatih untuk susah dan payah demi untuk kejayaan di masa depan. Kita didoktrin dalam bulan Ramadhan supaya bersabar dan bersabar kerana hasil daripada kesabaran itu ada di hadapan, iaitu kemenangan. Itulah Ramadhan, bulan yang mendidik kita agar tidak cepat putus asa dan mengalah dengan ujian kelaparan dan kehausan. Point motivasinya di sini ialah jika kita hendak berjaya kita mesti sabar dan kebal dengan ujian.

Oleh itu marilah sama-sama kita teruskan kehidupan ini selepas menghadapi medan latihan sebulan ini. Janganlah kerana beraya sakan maka kita lupa core business kita iaitu membangunkan diri dalam segenap aspek- ilmu dan kemahiran. Cukupkah kita berpuas hati sekadar menjadi Research Assistant (RA) kepada pensyarah di universiti kita. Apakah nilai kita hanya RM800.00 dari elaun yang diberikan oleh majikan kita? Lu fikirlah sendiri bak kata Raja Lawak Nabil.

Generasi muda Melayu mesti keluar daripada stereotype dan skeptikal yang diwarisi oleh generasi senior terdahulu yang hanya melihat dari sudut yang begitu sempit dan terkebelakang. Anak muda Melayu mesti buktikan yang mereka juga boleh bersaing di pentas global hari ini. Inilah sepatutnya semangat atau burning desire yang terbit dalam pada kita menyambut hari kemenangan di bulan Syawal penuh kemuliaan ini.

Success is yours. Go out and enjoy it!

internal security act 1960


s.73. Power to detain suspected persons

(1) Any police officer may without warrant of arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe :-

(a) that there are grounds which would justify his detention under section 81 ; and

(b) that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or to the economic life thereof.

Akta ini pada asalnya bertujuan untuk menahan para pengganas komunis yang mengancam keselamatan negara 48 tahun dahulu.

Namun selepas keganasan komunis berakhir, akta ini digunakan pula untuk menahan sesiapa sahaja yang boleh mendatangkan kekacauan atau prejudis kepada keselamatan negara.

Akta ini sangat berkuasa kerana seksyen 73 (7) memperuntukkan mana-mana polis dan menteri boleh menahan sesiapa sahaja tanpa bicara di mahkamah dan boleh ditahan di mana-mana tempat samaada di dalam penjara, di balai polis mahupun ditempat yang serupa dengan diakui oleh menteri.

Sekiranya menteri berpuas hati dengan pandangan bahawa penahanan itu mampu menghalang perbuatan yang prejudis pada keselamatan Malaysia, di tertuduh boleh ditahan sehingga jangka waktu tidak lebih dari 2 tahun.

Akta ini mendapat kritikan dan kecaman ramai pihak kerana ianya bertentangan dengan perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kebebasan individu untuk dibicarakan mengikut lunas undang-undang di mahkamah.

Ia juga bertentangan dengan prinsip undang-undang "someone is innocent until proven guilty" Seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah di hadapan hakim. Ironinya si tertuduh mesti dibicarakan di dalam mahkamah. Jika tidak para peguam takde kerja lah kan.

Yang pasti sehingga ke hari ini boleh dikatakan ratusan aktivis dan para pejuang demokrasi telah ditahan dan dipenjara di bawah akta ini. Akta ini telah melahirkan ramai pejuang yang berani dan tidak takut menghadapi cabaran dan ancaman. Akta ini juga berjaya melahirkan anak-anak muda yang membenci kerajaan. Akta ini berjaya melahirkan generasi mithali.

Sungguhpun mahkamah dalam kes Abdul Malek Hussin telah memutuskan bahawa penahanan perayu di bawah akta ini adalah 'ultra vires' atau melampaui undang-undang sedia ada, namun ia masih menjadi shield yang begitu ampuh dan utuh untuk pihak establishment mengukuh dan mempertahankan kekuasaan mereka.

Hakikatnya di sebalik sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Namun yang pasti kebenaran tetap akan menjadi kebenaran. Kekalahan hari ini bukan bermakna tewas tetapi mungkin pengorbanan seketika untuk mendapatkan keadilan pada sinar fajar keesokan harinya.

Buat akhirnya marilah sama-sama kita renungi kata-kata ini;-

"Law and order are the medicine of the body politic and when body politic gets sick, medicine must be administered..."

- B.R Ambedkar

their future is at stake


Tersentuh hati apabila membaca berita dalam NST hari Ahad 07/09/08 yang lepas, berkenaan isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini. Professor Datuk Dr Isahak Haron, pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris menyatakan bahawa pertukaran dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Inggeris ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab (irresponsible move) dan ramai pelajar telah tercicir akibat daripada pelaksanaan polisi ini.

Beliau kemudian mengesyorkan agar kembali berbalik kepada dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia.

Secara umumnya pandangan ini adalah satu pandangan yang baik jika fakta yang dibentangkan adalah berdasarkan kajian soal selidik. Namun jauh di sudut hati bagi saya jika 4 tahun dulu kita berkata sedemikian mungkin kita tidak perlu membuang masa dan tenaga membincangkan isu ini.

Tidak perlu juga salahkan Tun Dr Mahathir kerana beliau pun belum tentu lagi tinggal lama di Malaysia. Meletakkan kesalahan pada seseorang yang melaksanakan satu dasar yang telah pun dilaksanakan selama 5 tahun dan selepas wang pembayar cukai dihabiskan sebanyak RM5 bilion umpama ahli parlimen membuat lawatan sambil belajar ke Tadika Kemas Kg. Kepis Ulu. Tiada faedahnya!

Persoalan penting yang ingin saya kongsi disini ialah mengapa hari ini kita terlalu stereotype dan melihat pada satu jalur pemikiran sahaja. Apabila sesuatu dasar kita laksanakan dengan berabis sakan duit rakyat jelata maka kita mula meragui kemampuan kita-berfikir kemudian berpaling semula ke belakang untuk kembali pada yang asal.

Sikap ragu-ragu dan tidak yakin dengan sesuatu keputusan yang telah dilaksanakan inilah yang menyebabkan kita bukan menuju ke arah kemajuan dan pembangunan, tetapi kita menjadi bangsa yang mundur dan terkebelakang hanya kerana tidak yakin pada kemampuan diri dan yang paling malang sekali ialah kita tidak berani gagal!

Sekian lama saya perhatikan sikap pemimpin dan kebanyakan kita yang cukup skeptikal apabila membincangkan soal pendidikan ini. Pendidikan yang sempurna adalah pencarian ilmu berdasarkan kepada pengalaman. Untuk mendapat pengalaman ini ialah dengan memupuk semangat dan sikap berani mencuba dan terus mencuba. Menjadi orang berilmu ini bukan dinilai dengan semahal mana blazer atau setebal mana tali leher yang kita pakai!

Memang benar nasib generasi adik-adik di sekolah rendah telah diperjudikan hasil daripada pelaksanaan dasar ini, namun kita tidak harus berpaling semula ke belakang semata-mata kita gagal pada 5 tahun yang pertama. Sepatutnya para intelektual, ahli akademik, pentadbir sekolah dan guru-guru meningkatkan lagi usaha dan kemahiran untuk memastikan kejayaan dasar ini.


Jangan dilemahkan semangat anak-anak kecil ini hanya kerana kita merasakan kita tidak mampu dan takut sekiranya mereka akan gagal. Sikap takut dengan gagal ini bagi saya adalah satu yang amat salah kerana sumber pengalaman dan kemahiran itu diperolehi daripada kegagalan. Tanyalah Thomas Alva Edison yang telah gagal 2000 kali sebelum menemui teori mentolnya itu.

Apa salahnya diteruskan dasar ini dengan menginovasikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kedua-dua bahasa itu. Berilah bimbingan kepada mereka dengan penuh kreatif supaya mereka mahir dalam Bahasa Inggeris dari segala segi. Semasa peperiksaan nanti berikanlah pilihan kepada mereka untuk menjawab dalam bahasa yang mereka minati. Cara pengajaran yang menarik dan interaktif, menekankan soal pengukuhan tatabahasa sudah pasti akan mengayakan perbendaharaan kata dan membiasakan mereka dengan Bahasa Inggeris!

Yang pasti kita jangan membazirkan buku teks Sains dan Matematik yang melibatkan peruntukan bernilai bukan juta tapi bilion semata-mata untuk kembali kepada dasar yang lama .Cubalah bayangkan betapa nasib buku teks tersebut sekiranya diletakkan dalam stor dimakan tikus dan lipas. Itu semua adalah hasil titik peluh keringat usaha kebanyakan rakyat Malaysia!

Fikirlah masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan yang bakal menentukan masa depan anak bangsa kita. Jika benar anak-anak Melayu lemah, marilah sama-sama kita bergandingan tangan membantu mereka supaya 10 tahun nanti mereka boleh bercakap bahasa Inggeris seperti Mahadzir Lokman!

Sepatutnya inilah tugas anak muda siswa di universiti untuk menyumbang kepada anak bangsa di tanah air tercinta. Bukannya sibuk aktif berpolitik demi cita-cita untuk menjadi seorang ahli politik yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa, sedangkan adik-adik kita di bangku persekolahan ketinggalan jauh dan bakal menderita!