Mahu atau tidak kita perlu mempelajari dan memahami garis politik. Politik bagi saya bukan soal kepartaian dan kuasa semata-mata, politik adalah ilmu kenegaraan yang berkaitan dengan hal ehwal semasa yang mempengaruhi sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Kadangkala saya berasa hairan dengan sikap 'ignorance & arrogant' sesetengah anak muda Melayu yang menutup sebelah mata dalam hal ehwal yang berlaku di sekeliling mereka.
Mungkin pada mereka kehidupan ini hanya untuk berfoya-foya atau lebih memualkan lagi cukup berpuas hati dengan keasyikan menjadi ahli persatuan itu dan ini, wala' pada pemimpin stereotaip lagi tenggelam dalam idea-idea lapuk dan bodoh. Pada saya jalur pemikiran generasi baru hari ini perlu diubah agar tidak terlalu buta politik dan bengap untuk berfikiran jauh. Cuba tanya berapa ramai yang pernah baca SUARAM Human Rights Report. Tentu ramai yang terpinga-pinga dan menyangka itu jenama biskut terbaru.
Pengumuman kerajaan memberi lampu hijau kepada syarikat gergasi Sime Darby dan Air Asia untuk membina lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan baru-baru ini meruntun jiwa saya. Bagi saya ini cadangan ini memang dinanti-nantikan oleh semua. Kita sungguh bertuah mempunyai pemimpin yang bijak lagi cerdik serta obsesif membina lapangan terbang dan membeli helikopter. Harapan kita dengan terbinanya LCCT baru ini maka makcik Odah dan Pakcik Leman di Kampung Ulu Gadong, Labu itu akan lebih mudah cepat dan pantas untuk ke kebun. Selepas ini basikal dan motor kapcai penduduk kampung Labu juga boleh dijual oleh kerana sudah ada pengangkutan awam yang baru - Boeing 747 Air Asia!
Tidak perlu menjadi MT AMK Keadilan untuk membicarakan isu ini kerana common sense atau di mata umum ternyata projek mega ini memang bermanfaat. Persoalan penting yang timbul di sini ialah adakah lapangan terbang yang bernilai RM 1.7 billion ini menjadi keutamaan. Apakah penduduk Negeri Sembilan semakin ramai menjadi ekspatriat ke luar negara sehingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membina lapangan terbang sendiri. Sedangkan Terminal LCCT sedia ada berhampiran KLIA di Sepang sudah ada dan sedang ditingkatkan keupayaannya dengan renovation membesarkan lagi terminal berkenaan telahpun siap.
Mengikut sumber kerja-kerja pembesaran bernilai RM160 juta di LCCT Sepang itu yang kini telahpun siap boleh menyaksikan LCCT terbabit meningkatkan jumlah keupayaannya sebanyak 50 peratus kemampuannya mengendalikan penumpang. Ini bermaksud ia mencukupi untuk warga daulah. Sekali lagi dipersoalkan mengapa membina satu lagi LCCT menjadi keutamaan sedangkan lokasi pembinaan LCCT di Labu itu tidak sesuai dan terlalu hampir dengan terminal sedia ada. Keadaan ini juga pasti menimbulkan masalah kepada pengawal lalu lintas di Sepang.
Persoalan kos dan lokasi terminal baru ini juga menjadi persoalan. Mengapa tidak memilih kawasan contohnya di Jempol atau Bandar Baru Serting yang ini secara tidak langsung boleh membantu merangsang ekonomi di daerah terpinggir seperti Bahau, Muadzam Shah dan Gemas. Saya pasti kini ramai di antara anak watan yang bekerja mahupun belajar di luar negara - setidak-tidaknya di Sabah dan Sarawak yang lebih memerlukan LCCT daripada terpaksa bergegas ke Labu untuk menggunakan perkhidmatan itu. Saya pasti jika ini berlaku pakcik dan makcik di Felda Pasoh dan Palong pasti melonjak gembira.
Alangkah baiknya jikalau RM1.7 billion ini digunakan sebagai dana bagi siswazah Melayu seperti saya dan rakan-rakan yang lain memulakan perniagaan SME di lot-lot kedai sekitar Seremban, Senawang dan Ampangan. Jadi tidak perlulah anak-anak muda di Negeri Sembilan memohon menjadi guru J-Qaf ataupun KAFA. Juga tidak perlulah kita menyewa kedai kepunyaan Tokey Cina dari Singapura walaupun ini tanah air dan bumi Melayu kita. Rasanya Ketua UMNO Bahagian Seremban lupa memperjuangkan atau tidak pernah terfikir sampai ke situ. Lebih baik berfikir soal kontrek atau projek besar dengan kroni Khairy Jamaludin di Parlimen Rembau..
Sungguh malang menjadi anak muda yang tinggal di bumi Malaysia hari ini. Jika boleh memohon sebelum dilahirkan dulu saya akan meminta untuk tidak dilahirkan sebagai anak muda Melayu yang tinggal di Malaysia. Ini kerana menjadi Melayu hari ini sinonim dengan tipikal, stereotaip, stagnant dan hanya sibuk menghunus keris kononnya membela hak Melayu dan ketuanan Melayu, tetapi mengapa bangunan kedai di Terminal 2 Seremban terus dikuasai dan dimiliki bangsa lain. Anak muda Melayu graduan universiti pula sibuk memohon PTD dan menjadi guru J-Qaf.
Jika diizinkan suatu hari nanti saya tidak akan tinggal di Malaysia dan takkan mengizinkan anak-anak saya membesar di bumi Malaysia. Lebih baik merantau dan bermusafir berjuang di bumi lain yang lebih positif dan pro-anak muda, pro-perubahan dan suka kepada kegagalan.

4 comments:
Politik adalah something yang cukup rumit. Rasanya, manusia yang merumitkan perkara tersebut, padahal, is boleh dilakukan dengan mudah.
Manusia inginkan perubahan, inginkan pembaharuan, tetapi terlalu rakus. Padahnya menanti, tanda telah ditunjuk, tapi adakah mereka sedar?
Aduhai~
salam saudara.Saya melihat isu ini mungkin permulaan kepada matlamat pada masa depan ISLAM dan MELAYU di negara kita.Barakallahufik saudara.
Suka untuk saya menyentuh sedikit penulisan saudara pada akhirnya.Mahu membawa anak-anak hidup di luar negara.Seumpama sudah berputus asa dengan kehidupan di Malaysia ini.
Mungkin pada hemat saya, lebih baik kita membina generasi muda hari ini, untuk natijah pada masa akan datang.Saya yakin orang macam saudara mempunyai satu pemikiran yang optimis untuk meneruskan visi dan misi ISLAM ini khususnya.
Terima kasih saudara=D
"pemimpin stereotaip lagi tenggelam dalam idea-idea lapuk dan bodoh"
Bapak kelakar..
Entri kali ni memang best, pedas, tapi janganlah selalu sangat pedas. Sejuk-sejuk la sikit bang Hazwan =)
zara,
politik hanya alat bukan matlamat. yang penting yg menjalankan mesti sedar dan insaf.
ekramhakim,
terima kasih. bukan berputus asa. cuma perancangan. saya masih sayang Malaysia.
hakim,
kalau x pedas takde perisa waktu makan. org nogori mesti makan pedas tau.
Post a Comment