embarking new dreams


Petang tadi saya memperbaharui akaun semasa untuk Tinta Strategi Management. Setelah agak sekian lama shut down, saya berazam untuk menggerakkan semula TS untuk tahun 2009 dengan idea, approach dan personaliti yang baru. Sekian lama saya berfikir untuk menggerakkan semula private consultant yang saya ilhamkan sejak tahun 2005 ini.

Masa yang silih berganti dan terus berlari. Pelbagai pahit manis telah ditempuhi dan di lalui. Bagi saya TS telah cukup dewasa untuk mengorak langkah dan berdiri sendiri. Tidak perlu rasanya untuk mengenang memori silam dan mengingati mereka yang telah pergi. Bagi saya kehidupan dan cita-cita perlu diteruskan.

"It doesn't matter how you start, as only the ending is counted"

Jika SMKA SHAMS tidak menerima TS sekalipun, TS boleh pergi menjelajah ke sekolah lain di seluruh negara. Bahkan TS akan membuka sister company yang baru yang dikenali sebagai TS International tak lama lagi sebagai satu inisiatif bagi meluaskan networking dan venture di luar negara. Peluang perniagaan ini bukan hanya dalam negara dan tak payah la nak berlagak poyo.

"Amidst of difficulties, lies opportunities"

Iklim politik negara hari ini membuatkan saya berfikir dan terus berfikir bagaimana untuk mengubah minda pemikiran Melayu hari ini. Hari ini saya terbaca temubual dengan Salehuddin Saidin, seorang peguam tentang hak istimewa orang Melayu. Secara umumnya beliau mengingatkan bahawa hak istimewa orang Melayu sentiasa terpelihara di bawah perlembagaan negara di mana Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya.

Memang benar orang Melayu ada hak istimewa itu. Tetapi yang dipertikaikan adalah penyalahgunaan kuasa, korupsi dan kelahiran bangsawan Melayu yang rakus dan tamak menyalahgunakan 'hak istimewa' mereka. Golongan ini menggunakan terma 'hak istimewa' ini untuk menggondol segala kekayaan dalam negara untuk anak, isteri, menantu dan kroni mereka. Formula 'hak istimewa' ini telah menyebabkan penindasan kepada satu kaum yang lain.

Kadangkala terfikir sampai bila orang Melayu akan bergantung pada 'hak istimewa' ini. Masih poyo dengan sikap bergantung harap pada orang lain walau sepatutnya diri sendiri patut berusaha lebih kuat untuk memajukan ekonomi sendiri. Tak perlu nak bersastera tentang ketuanan atau privileges jika persepsi diri masih kekal di takuk lama. Mengharapkan simpati dan belas ihsan orang lain sedang Tuhan telah berikan akal dan kesihatan tubuh yang sempurna.

Jika saya diberi pilihan sebelum lahir ke dunia ini untuk memilih, maka saya akan memilih untuk tidak dilahirkan sebagai Melayu. Ini kerana kemualan saya melihat sikap dan perangai kebanyakan orang Melayu hari ini. Tidak payah pergi terlalu jauh. Cukup sekadar melihat anak-anak muda seusia dan sebaya di kampus universiti. Masih stereotype dengan idea dan teori lapuk yang tidak mampu untuk membawa perubahan makro ekonomi orang Melayu.

Apa kejadahnya membuat resume untuk meminta kerja dengan bos Cina atau India bagi mengkayakan lagi mereka, sedangkan di sana ada bidang lapangan dan industri yang menuntut kita bersaing dan memperolehi pendapatan melebihi CEO sebuah syarikat Mesdaq di Papan Kedua. Hanya keyakinan, keberanian dan semangat diperlukan demi mengubah stereotype Melayu yang hanya tahu menuntut hak, tetapi malas untuk mengisi dan membangunkan hak yang sedia ada. Sibuk untuk menjadi wakil rakyat tapi tidak pernah berusaha menyusun rakyat!

Jikalau berpuas hati dengan mempunyai kelas tuisyen atau kedai photostat tidak payahlah bercakap soal perjuangan untuk memajukan ummah dan bangsa Melayu. Malah lebih teruk lagi apabila berbangga dengan title dan jawatan, sedangkan semua itu tidak membawa negara dan bangsa ke mana-mana. Lebih baik duduk di rumah menonton tv daripada bercakap soal membangunkan negara yang diri sendiri ketandusan idea mahu membawa negara ini ke mana.

He who is a bankrupt is not the one who does not have a single cent in his pocket, but the person who does not have a new dream!

4 comments:

caliphkaai said...

salam perkenalan juga.

wah. pedasla.
sungguh pedas.
mesti ramai yang benci baca tulisan ni.
haha.

Hazwan Mohd Nor said...

terima kasih caliphkaai.

biar org benci takpe. yang penting itu kenyataan.

gunakan duit EPF (KWSP) untuk bail out syarikat kroni adalah bukti bagaimana ketuanan Melayu digunakan untuk kepentingan tertentu.

berkatalah benar sekalipun pahit.

Anonymous said...

Melayu sesungguhnya telah dibuktikan dalam sejarah sebagai bangsa yang cukup kuat. Lihat sahaja kerajaan Champa, Kedah tua dan sebagainya telah dapat menggambarkan kita bahawa dahulunya Melayu mempunyai sistem yang sangat kuat.

Orang Melayu juga dahulunya terkenal sebagai pakar dalam bidang perkapalan, nelayan dan sebagainya. Malah orang yang pertama mengelilingi dunia adalah daripada orang Melayu sendiri, Panglima Awang sebagai menyambung pelayaran bersama Christopher Colombus.

Kemerdekaan Melayu 1957 juga datang dari kekuatan orang Melayu yang MENCETUS lantaran ketika itu ramai orang Melayu hanya menerima dan menunggu-nunggu orang lain datang menyelamatkan mereka.

Soal Melayu ini, secara sosiologi memang stereotaip, itu adalah satu kelebihan. Tetapi kalau orang melayu kita gagal melihat sejarah mereka sendiri, ini menandakan mereka tidak akan berubah. Hanya orang yang selalu kekal dengan sejarah akan mengubah atau MENCETUS.

Pemikiran yang sama bukanlah perlu kita perdebatkan, cuma mungkin mereka belum sampai pada tahap apa yang perlu difikirkan. Tetapi yang menjadi masalahnya, ramai diantara orang melayu degil dan ego.

Lama sudah orang-orang memberikan solusi, tetapi orang-orang kita pula berbeza, makin lama makin ghairah dengan perubahan kearah budaya kuning.

Generasi kita adalah kunci atau jalan terakhir kearah perubahan yang diimpi-impikan itu. Hati-hati dengan pasca perang minda dunia.

Shazwani Mazuki said...

salam..
emm,input br ttg ketuanan Melayu dan kontrak sosial..
dlm kuliah mmg bnyk dbincangkn isu ni,tp,kata2 saudara agak buat sy tkejut.stand saudara sbg lawyer mjadikan smua hujah saudara dpt diterima..
apepn,teruskan pjuangan saudara..
moga Islam terus mekar di bumi Malaysia,dan Melayu yang terpesong kembali berpegang pd jalan dan ajaran yg benar;Islam.
wallahualam.