Agak menarik mengikuti perkembangan negara baru-baru ini. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar telah bersumpah dengan Kitab Suci Al-Qur'an di Masjid Wilayah Persekutuan dengan disaksikan oleh pegawai masjid, orang awam dan para petugas media.
Mengikuti perkembangan kes ini sejak ia bermula menimbulkan banyak persoalan dalam diri saya. Bagaimana seorang anak muda yang mempunyai masa depan yang cerah telah menjerumuskan diri dalam lembah kehinaan dan menjadi buah mulut bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan masyarakat dunia. Saiful sememangnya anak muda yang berani. Berani mendapatkan keadilan buat dirinya dan berani juga untuk dicemuh oleh sebahagian manusia yang sangsi dan ragu dengan pengakuan yang dibuat oleh dirinya.
Saya tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Saiful. Saya cuma ingin tegaskan di sini bahawa sumpah yang dibuat oleh Saiful baru-baru ini adalah satu tragedi memilukan bagi sistem keadilan dan perundangan di Malaysia.
Bersumpah menggunakan Al-Qur'an seperti yang dinyatakan oleh majoriti ulama' sememangnya tidak wujud dalam ajaran Islam. Tidak tahu daripada mana masyarakat Islam khususnya di Malaysia memperolehi sumber tentang ajaran bersumpah dengan Al-Qur'an ini. Mungkin terikut-ikut dengan cara Ustazah Rafidah Aziz bersumpah satu ketika dahulu ketika mana beliau menafikan terlibat dalam skandal AP beribu-ribu melibatkan anak menantu.
Bahkan ingin ditegaskan juga bahawa di dalam prosedur pembuktian Islam , sumpah hanya dibuat oleh pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Ini diterangkan dalam prinsip "Al-Bayyinah a'la al-muddaa'ii wal Yamiinu a'la man Ankara' yang bermaksud "Beban BUKTI adalah pada yang menuduh dan SUMPAH pula adalah pada yang dituduh".
Ini bermaksud dalam kes ini yang perlu bersumpah adalah Datuk Seri Anwar sendiri dan bukan nya Saiful. Saiful hanya perlu membuktikan dengan pembuktian bahawa dirinya benar-benar telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Malahan pembuktian itu mestilah dilakukan di dalam mahkamah dan bukannya di tempat awam seperti mana yang dilakukan baru-baru ini.
Perbuatan Saiful bersumpah sedemikian sangatlah memalukan dan terang-terangan menjatuhkan kredibiliti sistem keadilan Malaysia di mata dunia. Bahkan baru-baru ini ketika saya membaca sebuah akhbar harian seorang pembaca menyatakan bahawa sekiranya SUMPAH adalah satu cara untuk memutuskan samaada seseorang itu bersalah atau tidak maka apa gunanya lagi kita mempunyai pendakwaraya, peguam dan mahkamah! Lebih baik seseorang penjenayah itu bersumpah sahaja untuk membuktikan dirinya bersalah atau tidak!
Situasi ini sangat mengelirukan dan mula dijadikan bahan mainan dan pojokan (mockery). Masyarakat umumnya telah hilang kepercayaan kepada sistem keadilan dan lebih menyedihkan lagi ia menjadi bahan ketawa dan permainan. Di manakah semangat 'keluhuran perlembagaan' dan 'kedaulatan undang-undang' seperti mana yang tercatat dalam Rukun Negara itu berada pada hari ini. Adakah kita hanya melihat keindahan pelaksanaannya pada bahagian belakang buku latihan budak Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja!
Di manakah pula suara para pencinta dan pengamal undang-undang khususnya para hakim dan peguam untuk mempertahankan integriti dan kredibiliti sistem keadilan negara kita yang kini berada di tahap ICU? Apakah makna kita membina 'Istana Kehakiman' di Putrajaya dan "Kompleks Mahkamah" di Jalan Duta yang begitu gah dan tersergam indah sekiranya masyarakat hari ini mula hilang kepercayaan dan ragu-ragu terhadap sistem keadilan di negara kita.
Hanya kerana Saiful Bukhari dan juak-juak di belakangnya maka impian kita untuk melihat pembaharuan dalam sistem keadilan dari kehakiman dan perundangan seperti yang diusahakan sesetengah pihak hancur lebur. Ini diburukkan lagi dengan faktor sosio-ekonomi semasa yang menunjukkan bahawa Malaysia bukan menuju kepada Wawasan 2020 tetapi Wawasan 2-2-0 (dua-dua kosong), dunia - akhirat 2-2 kosong!
Jangan kata-kata seorang teman rapat saya ini benar-benar menjadi kenyataan;

Singapore future is technology,
Indonesia future is economy,
Malaysia future is SODOMY!!!
Indonesia future is economy,
Malaysia future is SODOMY!!!
1 comments:
yeap..so true...aku harap mereka ni bertaubat lah sebelum terlambat
Post a Comment