food for thoughts (1)


Jika anak itu hidup dengan kritikan
Ia belajar untuk mencela

Jika anak itu hidup dengan kekasaran
Ia belajar untuk menentang

Jika anak itu hidup dengan belaian kasih
Ia belajar untuk merendah diri

Jika anak itu hidup dalam suasana yang iri hati
Ia belajar untuk merasa bersalah

Jika anak itu hidup dengan toleransi
Ia belajar untuk bersabar

Jika anak itu hidup dengan galakan
Ia belajar untuk berkeyakinan

Jika anak itu hidup dengan pujian
Ia belajar untuk menghargai

Jika anak itu hidup dengan saksama
Ia belajar untuk berlaku adil

Jika anak itu hidup dengan kerelaan
Ia belajar menyayangi

Jika anak itu hidup dalam restu
Ia belajar menyukai dirinya

Jika anak itu hidup dengan penghargaan
Ia belajar mempunyai matlamat

Jika anak itu hidup dengan kejujuran
Ia belajar apa itu keadilan

Jika anak itu hidup dalam keikhlasan
Ia belajar apa itu kebenaran

Jika anak itu hidup dalam keselamatan
Ia belajar yakin diri dengan orang di sekelilingnya

Jika anak itu hidup dalam keramah-tamahan
Ia belajar bahawa dunia ialah

Tempat yang baik untuk hidup

Sayangilah mereka
Kerana pada suatu masa nanti

Perjuangan ini akan diteruskan oleh mereka
Dunia ini akan diwarisi oleh mereka...

1 comments:

Rizza said...

bagus ayat2 di atas ni...