Ihsan : Ikatan Pelajar Islam Jepun (ipij.com) Walau apa jua pandangan terhadap Rang Undang-Undang Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pindaan 2008 yang sedang dibahaskan di parlimen ketika ini, saya tetap mempertahankan bahawa Akta yang digazetkan pada tahun 1971 ini perlu dihapuskan. Jika Allahyarham Tun Hussein Onn masih hidup saya yakin beliau akan bersetuju dengan saya.
Sungguhpun
'the intention of the framer' pada ketika itu adalah untuk mengawal hak bersuara dan membuang autonomi urus tadbir universiti agar semua itu disekat, AUKU pada pandangan anak muda hari ini tidak lebih sekadar satu dokumen yang tanpa makna
lagi melawakkan 'meaningless and ridicolous'. Bayangkan anak muda siswa tidak boleh menunjukkan apa-apa simpati kepada mana-mana pihak di luar universiti, sedangkan kehidupan mereka sebelum dan selepas universiti adalah di luar sana.
Dialog Rang Undang-Undang AUKU (Pindaan) 2008 di Dewan Auditorium UIAM baru-baru ini adalah signal betapa AUKU yang menjadi hantu kepada anak-anak siswa sejak 30 tahun dahulu sewajarnya dibakul sampahkan. Kehadiran ramai anak muda memenuhkan dewan pada malam itu satu indikator pada perubahan - sama seperti tarikh keramat yang ditunggu pada 16 September nanti.
Para panelis pada malam itu, yang mewakili 3 parti berlainan - YB Salahuddin (PAS-Kubang Kerian), YB Yusmadi (PKR-Balik Pulau) dan YB Dato' Saifuddin (UMNO-Temerloh) secara konsensus bersetuju bahawa akta ini perlu dikaji semula kewujudannya sebagai undang-undang di negara kita.
Akta ini telah membawa kita dan negara kita ke belakang. Akta ini tidak melahirkan anak-anak muda yang kritikal dan analitikal untuk membina negara. Akta ini telah menjadikan negara kita ketinggalan jauh berbanding negara-negara maju di dunia. Hatta Zimbabwe kini telah mengatasi kita dari segi
Growth Development Index (GDI) mereka.
Demi memastikan Negara kita maju 50 tahun akan datang, golongan tua-old tai di parlimen mesti memberi ruang dan kebebasan kepada anak muda untuk turut sama menyumbang membangunkan negara. Mengapa siswa yang belajar di luar negara tiada AUKU tetapi boleh saja menyertai Kelab UMNO Luar Negara? Mengapa siswa dalam negara dibonsaikan pemikiran mereka? Bukankah pengajian itu sama dibiayai oleh
tax-payer kita juga? kan?
Ruang dan kebebasan ini mesti dipulangkan semula kepada anak-anak muda. Demokrasi dalam dunia pendidikan ini mestilah diserahkan kembali kepada mereka yang berhak dan layak untuk memimpin keunggulannya.
Dunia intelektual hanya akan membangun apabila proses pembangunan insan ini bukan hanya syok didebatkan di Parlimen, tetapi yang paling utama ialah kepercayaan penuh yakin tanpa prasangka dan prejudis pada kemampuan anak muda Malaysia.
Anak muda Malaysia kini telah matang dan berani berubah. Mereka mahukan suasana sekeliling mereka juga turut berubah. Mereka mahukan akta lapuk seperti AUKU tidak lagi diambil pot selepas ini kerana ianya membuang masa.
Sebarang idea untuk kekal bersama sesuatu yang masih lapuk dan usang adalah usaha kembali berpusing ke belakang ibarat mengharapkan Altantuya hidup semula.
Lupakan tentang AUKU. Mari kita terus maju membina diri dan membangunkan negara. Anak muda tidak perlu ambil pot lagi pasal AUKU. Jika tidak kerana AUKU, sudah tentu universiti negara kita hari ini setaraf dengan Harvard dan NUS.
1 comments:
forget about the law?
hm...
pending...
...
...
....
.....
....
owh! ok! entah pape hehe
Post a Comment