Saya Cuma Seorang Insan Biasa Yang Tidak Punya Apa-Apa

Saya cuma insan biasa yang tidak punya apa-apa. Saya miskin, tidak berpelajaran tinggi, tidak kacak dan tidak pandai mengorat awek cun. Saya insaf dengan segala kelemahan yang ada pada diri saya. Mulai hari itu saya berhenti dari bercinta. Sudah muak dan bosan. Tidak mahu lagi ambil pot terhadap apa yang berlaku pada 1Malaysia. Saya mahu fokus. Fokus pada ibadah di akhir ramadhan bulan yang mulia. Akhirnya kita berjaya dengan impian dan cita-cita. Kita adalah kita. Ibu saya kata kita perlu sentiasa merendah diri. Ibu kata jangan angkuh dan sombong. Pesanan ibu saya sematkan di dada. Anak yang baik mendengar kata.

Satu soalan je nak tanye. Dah beli baju raye ke? Kalau belum beli baguslah. Jangan sibuk nak sambut hari raya tapi pose tak penuh. Ada yang kong kali kong menipu puasa tapi sebenarya tidak. Tidak baik macam tu. Kita perlu ikhlas. Kita perlu berterus terang. Jikalau sudi katakan sudi. Jangan ada orang ternanti-nanti. Tidak perlu dakwa dakwi lagi. Sudah terang dan jelas warga seluruhnya menolak rasuah. Kita tidak perlu memberi undi pada mereka yang makan rasuah. Segala yang berkaitan dengan rasuah perlu diperangi dan dibanteras sehabisnya.

Sebelum melewati umur 25 tahun nanti saya memasang niat untuk membeli sebuah kereta F1. Warga 1Malaysia wajib memiliki benda alah ini supaya kita boleh berlumba di Litar 1Malaysia Sepang. Pakcik dan makcik Felda pasti gembira dengan khabar dari Perdana Malaysia 1Malaysia ini. Paling kurang bagi pakcik dan makcik Felda jika tidak sempat ke Sepang, boleh gunakan kereta F1 ini untuk ke kebun pisang atau angkat buah sawit. Alangkah bertuahnya kita hidup di Malaysia. Duit kita banyak sehingga tak tahu nak buat apa. Petrol, minyak masak, air, api, dan perkhidmatan kesihatan semuanya free.

Apabila semua kita kaya maka tidak ada lagi warga yang miskin. Benarkah di 1Malaysia ini tidak ada lagi orang miskin sehingga kita membuang wang daulah ke Litar F1 Sepang. Mengapa hari ini kita masih perlu membayar zakat fitrah RM6.50. Untuk apa duit zakat ini? Apakah ini untuk warga yang miskin atau untuk kita anjurkan lagi perlumbaan F1. Warga Penan di Sarawak tidak perlukan F1 ini. Mereka hanya mahu balak tidak ditebang dan mereka tidak dihalau keluar dari hutan. Tidak cukup merogol hutan balak dirogol pula anak warga Penan.

Tiada maknanya Hari Raya jika warga masih dalam kesusahan dan kegelapan. Setiap hari setiap masa kita merayakan kehidupan. Hari Raya bermaksud kita kembali kepada fitrah yang asal. Dulu kita tidak punyai apa-apa sewaktu lahir. Kita hanya berboleng dengan segala pancaindera kurniaan Tuhan. Selepas sedekad hidup kita disibukkan untuk membeli kereta, rumah dan mencari seorang isteri yang chic dan trendy. Hujung bulan kita mula menggaru kepala berfikir untuk membayar hutang kereta, rumah dan bill streamyx.

Akhirnya saya dan kita semua tidak punya apa-apa. Kita hanya perlukan udara untuk hidup selesa ~

7 comments:

Anonymous said...

Salam akh Hazwan...
siapa kata akh tidak punya apa2???
Sekurang2nya akh masih punya family yg bahagia...akh masih punya semangat juang yang jrg ada pada jiwa anak muda sekarang nie...bersyukur je dgn apa yg ada...rupa, harta mahupun pangkat semua x kkal mana...nk baju raya bole???hehe...

Hazwan Mohd Nor said...

Wslm.ye dik. trimas atas ingatan. nak baju raya bole, tapi lepas raya la , skrg dah x sempat nak gi shopping beli.

apepun, selamat berbuka!

Hazwan Mohd Nor said...
This comment has been removed by the author.
[amiza malik] said...

sinis.

kekayaan negara tak dibahagikan sama rata.

teruskan berdoa. semoga allah gulingkan pemimpin2 yang zalim.

selamat hr raya abg hazwan!

Hazwan Mohd Nor said...

bukan gulingkan.

cuma tukar scra gentlemen.

hehe.

selamat hari raye ayu!

Bisa Biasa-Biasa said...

Bro Hazwan..Tq atas pencerahan yang bermakna..

Hazwan Mohd Nor said...

sama2

bisa saja dong!