Ulama' atau Profesional; Satu Malaysia Gelita



Kita sebenarnya hidup dalam gelita. Satu Malaysia Gelita. Rasa hairan bin ajaib mengapa isu Mat Rempit menjadi mauduk utama akhbar dan berita. Rasa sangsi dan berfikir adakah ini satu cara untuk pastikan kerajaan rampasan DUN Perak berkuasa. Satu Malaysia kini menonton cerita lawak dan lucah yang berlaku di DUN Perak. Kerajaan yang tidak kompeten dan konsisten adalah kerajaan yang lemah.

Jangan mengkambing-hitamkan mat rempit hanya kerana melabon gilakan kuasa. Mat Rempit ini adalah hasil nilai dan dasar sosial yang kita sendiri. cipta Kita sendiri yang memulakan dan melahirkan budaya ini. Jangan sesekali marah apabila anak-anak Muda Melayu menjadi bohsia dan bohjan. Budaya ini juga kita yang mulakan. Kita membina pusat hiburan dan kompleks pasaraya tanpa kawalan. Kita tidak mengisi anak-anak muda dengan keimanan pada Tuhan. Kita sibuk berpolitik sakan. Inilah akibat tidak mengajar Sains dan Math dalam Bahasa Inggeris.

Hari ini kehidupan anak-anak muda Melayu dirampas dan dirogol sepuas-puasnya. Dasar kapitalis memaksa anak muda untuk bertarung dalam hidup. Semua hak dan kebebasan anak muda dipersoalkan dan dijadikan projek swasta. Ruang-ruang yang semakin sempit ini ditambah lagi dengan kegilaan politikus yang gilakan kuasa dan kekayaan. Padang awam dan kawasan lapang untuk anak muda beriadah dijadikan parking persendirian. Kemudahan untuk anak muda beridealisasi dikenakan bayaran tinggi macam cipan. Dasar Belia dan Rakan Muda hanya muluk politik seolah-olah susuk daulah ini prihatin terhadap masalah dan keperluan anak muda.

Golongan tua atau old-tai ini tidak pernah bertolak ansur dengan anak muda. Jika bersungguh untuk membanteras Mat Rempit dan Bohjan mengapa memberi peluang baru towkay Cina menjual motosikal pada harga yang murah. Dasar kapitalis dipaksakan ke atas kita apabila ia boleh dibayar secara ansuran bulanan untuk memastikan produk mereka terjual. Iklan-iklan tentang kehebatan enjin dan kelajuan ditembak ke atas kita kiri dan kanan setiap masa. Anak-anak muda yang tinggal di rumah pangsa sempit memilih jalan raya untuk merayakan kehidupan muda mereka.

Soalnya mengapa terlalu obses berlabon soal ulama' atau professional yang patut menjadi pemimpin. Isu ini isu lapuk dan bukan fundamental kepada masalah yang ada di depan kita hari ini. Menjadi pemimpin tidak dapat tidak mestilah menguasai ilmu agama dan profesional. Jika tidak ada kelayakan ini maka lebih baik memohon PTD kontrak di Putrajaya. Tidak perlu hu-ha satu kampung bercerita tentang pangkat dan jawatan. Selesaikan dahulu masalah yang ada di hadapan kita. Tanah orang kampung di Johor dan Melaka yang dirampas towkey kroni untuk dijadikan projek perumahan. Rakyat diutamakan dengan merampas tanah rakyat.

Kita patut merubah cara berfikir dan cara bertindak. Tiba masanya untuk tidak hanya membaca Utusan Malaysia. Bacalah bahan dan sumber-sumber yang boleh membina kritis dan kritikal dalam pemikiran. Berapa kali saya sudah nyatakan bahawa dunia ini milik kita. Kehidupan ini bukan hanya untuk bekerja 9-5, membayar installment WAJA atau beristeri cantik. Kehidupan patut merentasi lebih daripada dasar kapitalisme yang dipaksakan ke atas kita. Cerita Mat Rempit dan Ragut adalah cerita yang hari-hari berlaku dan tiba-tiba ditembak ke atas kita untuk berfikir.

Kita tidak perlu berfikir terlalu mendalam kerana jenayah berlaku di mana-mana dan setiap kita. Ini fitrah dunia. Dalam keadaan terdesak manusia akan bertindak di luar norma dan batasan. Kejatuhan ekonomi memburukkan lagi keadaan. Ini bermakna dasar negara yang kita ada hari ini terlalu banyak kelompangan dan kelemahan. Kita tidak berlaku adil saksama kepada warga daulah yang kini dalam kesesakan dan kesempitan.

Tidak perlu belajar jauh sehingga ke Durham untuk menyelesaikan masalah ini. Kita sebagai warga wajib sedar dan berkerjasama untuk mencari solusi. Ini bukan cerita pilihanraya yang kita rayakan 5 tahun sekali. Bukan juga cerita hiburan, seram, misteri. atau bini siapa yang lari Ini soal pilihan yang kita buat sendiri di peti undi.

3 comments:

Akh Hakim said...

Abang Hazwan,

Kelakar tak kelakar, itulah isu politik Malaysia.

Bila saya meneliti lebih dalam, tak ada yang saya dapat melainkan mata yang sakit.

Seolah-olah saya BUANG MASA.

Tapi saya tak boleh cakap macam tu.

Nak tak nak kena TAHU.

Tapi alangkah bosannya isu sama diputarbelit.

Tak ada penghabisan!

Ah..

Apa perlu buat.

Negara lain, masalah ekonomi, berbondong-bondong pakar ekonomi memberi cadangan. Semakin meningkat produktiviti mereka.

Negara lain, masalah teknologi, berair yang datang mengisi lapangan teknologi.

Aduh,

Kenapa pulak negara kita, yang kecik, besar, gemuk, kurus, ramping dan sebagainya, apa-apa isu sekalipun, the only focus is politic,

AND THEY DON'T EVEN MAKE OUR POLITIC CHANGE~

Siapakah yang rakus di sini?

Ahli politik?

Anak muda?

Abang Hazwan dan isteri-isteri cantiknya?

haha.

Gurau.

Entahlah apa yang saya ngarut ni.

Just a piece of opinion.

Hazwan Mohd Nor said...

bagus akim

mana ada BUANG MASA

ISI MASA laa

lepas ni abang akan tulis satu buku

PANDUAN MENGORAT MODEL INDONESIA

Deck Contractors Toledo said...

Appreciate youur blog post