saya juga melayu


Kebiasaannya dalam sesi motivasi saya akan menyelitkan kepentingan kita untuk bersaing dan mengatasi bangsa bukan Melayu. Ianya mirip kepada fahaman racisme atau perkauman. Saya akan menyentuh dan memberi penegasan bahawa bangsa Melayu perlu bangun dalam ekonomi dan pendidikan. Saya akan membandingkan-bandingkan dengan kaum Cina dan India yang kaya raya, memiliki perniagaan yang besar, kereta mewah serta isteri besar. Doktrinisasi sebegini biasa saya lakukan dalam slot cetusan motivasi dan program pembangunan insan.

Rupanya perlakuan sebegitu adalah silap dan menyeleweng. Membaca buku Datuk Zaid Ibrahim- Saya Pun Melayu sedikit sebanyak mengubah persepsi saya. Paling tidak saya menghargai point-point penting yang mengimbas kembali sejarah negara 50 tahun yang lalu. Memang kita perlu menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum lain terhadap kemajuan dan pembangunan di negara kita. Selama ini kita tidak pernah berlaku adil dan saksama terhadap kaum lain. Susuk daulah menyalahkan gunakan kuasa dan ISA untuk kepentingan politik sempit dan perkauman.

Baru saya sedar dan faham betapa teruknya parti UMNO Baru itu. Baru saya insaf dan mengerti bahawa ada yang tidak kena pada pentadbiran dan perundangan negara kita. Anak-anak muda selama ini tertipu dalam ilusi dan fantasi ciptaan susuk daulah yang ingin mengekalkan kuasa dan survival politik berkepentingan. Patutlah anak-anak muda disibukkan dengan hiburan dan hiburan. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi dan berfikiran kritikal terhadap establishment. Kita mesti menjadi pak turut. Jangan risau dan bimbang kerana kita ada hak istimewa dan ketuanan Melayu. Jangan gusar dan khuatir kerana susuk daulah telah menyediakan peluang PTD kontrak di Putrajaya.

Bercerita sebegini menjadikan saya termenung jauh dan berfikir panjang tentang masa depan dan anak-anak muda di sekeliling saya. Bertanya kepada adik-adik bijak pandai di sekolah semuanya ingin menjadi doktor dan engineer. Saya katakan bahawa menjadi peguam, doktor atau engineer tidak akan menjadikan kita towkey atau tuan. Kita tidak akan berjaya jika tidak jadi usahawan. Jika ingin berjaya kita mesti ada azam, cita-cita dan semangat untuk jadi usahawan. Saya katakan bahawa UMNO, PKR atau PAS tidak akan pedulikan nasib dan masa depan mereka. Mereka terdiam dan terkesima. Agaknya terfikir sia-sia saja belajar bagai nak gila untuk dapat A berjela-jela.

Saya juga Melayu. Oleh itu tidak lama lagi saya akan bekerja di Singapura kerana di situ juga dulu Tanah Melayu. Saya cuma ingin merasai bagaimana tidak menjadi Melayu.

8 comments:

AFITI said...

salam ziarah..suka sy mmbaca blog saudara..teruskan ketelusan pemikiran saudara..

Hazwan Mohd Nor said...

terima kasih AFITI.

sy juga suka baca komen saudari

duha said...

erm..kalau bergantung pada hak istimewa sje..mmg akan merosakkan kaum melayu tu sndr..terlalu selesa dengan posisi sehingga tak mahu berusaha atau bersaing lebih tinggi..

mahu senang, tapi jarang mahu menempuh kesusahan sebelumnya..

saya juga org melayu..tapi saya lebih bangga menyatakan saya adalah seorang muslim..

islamlah yang memuliakan sesuatu bangsa..bukannya kita dipandang tinggi kerana bangsa~

keep up the good work :)

Paan Lee said...

ok, salam,

baru jumpe blog ni, and i find it very interesting... yeah, am i malay enough? - question yg org selalu tanya sy, haha, maybe sy malay celop, haha :D

Syukri Sapuan said...

salam ziarah.

sy suka entri saudara yg ini.

membuatkan saya terus berfikir & berfikir.

Hazwan Mohd Nor said...

duha,

btul tu. saya juga islam.

paan lee,

malay celup? celup dgn apa ya?

haha

syukri,

teruskan berfikir.

berfikir asas kemajuan.

Anonymous said...

Saperkara yang saya amat bersetuju dengan Dato Zaid Ibrahim ialah membaca Utusan Malaysia sahaja tidak akan membuka kotak pemikiran Melayu. Mereka harus didedahkan dengan kepelbagaian karya dan ilmu dari bidang sastera, falsafah, ekonomi dan perundangan.

Seperkara lagi yang selalu terselit dalam pemikiran kita ialah apabila dituduh mendapat kelebihan kerana MELAYU. Apakah kita tidak berusaha mendapatkannya? Adakah kita duduk sahaja tengok-tengok dapat kelebihan itu?

Adakah dengan hanya menadah doa ke langit tanpa berusaha menyebabkan kita mendapat kelebihan itu? Pokok pangkalnya ialah usaha tanpa henti dan kecekalan menghadapi cabaran mendatang.

Teruskan membaca dan berfikir.

Hazwan Mohd Nor said...

abg ikmal,

saya suka membaca Utusan Melayu

kalau tak tak ketawa hari tu

haha

skrg saya nak mulakan REVOLUSI MELAYU BARU