penanti yang menanti swine influenza



Setiap kali datang pilihanraya kecil sayalah orang yang paling seronok. Ini kerana saya dapat melihat susuk mangkuk dengan kenyataan media dan keyakinan untuk menang. Sebetulnya warga sudah bosan dengan janji-janji politik. Berapa kali kita dengar desakan demi desakan. Kembalikan hak demokrasi kepada rakyat. Bubarkan DUN. Kenapa bengap dan tengong sangat. Warga tidak tahan dengan berita dan uuh aah yang dibaca dan didengar setiap hari. Warga mahukan tindakan. TINDAKAN.

Politik tetap selamanya politik. Timbul pula isu Ulama' merasuah. Ini semua karut. Ini cerita cherooi laaa. Setakat beri hadiah tak payah bising la. Itu satu hakikat. Jawatan dan kuasa bertitik tolak pada pengaruh. Bila ada pengaruh maka ada pembodek. Bodek projek sana. Bodek projek sini. Ini semua ciput punya hal. Tak payah kecoh-kecoh. Tak payah nak timbulkan isu perlembagaan kat sini. Ini semua tiada kaitan dengan wahyu Yang Maha Esa. Jangan cuba merekrut al Qur'an dan Al Hadis untuk kepentingan peribadi. Ini EKPLOITASI.

Setiap kali saya menyelak akhbar melayau dan hairan rasa begitu meloya. Mengapa hari ini saya lahir di Malaysia tidak di New Zealand. Percayakah kita virus Influenza A itu sengaja dicipta untuk menghuru-harakan dunia. Hahaha. Ini semua agenda kapitalis moden untuk meraih untung semaksimum mungkin. Warga satu dunia gelabah. Seperti biasa BABI dipersalahkan. Mengapa setiap virus wabak yang membawa kematian dikaitkan dengan BABI. Mengapa BABI sering dipersalahkan setiap kali huru-hara berlaku dalam dunia dikaitkan dengan BABI. Selsema BABI. Swine Influenza. Kesian BABI. Apa yang berlaku di Perak lebih teruk daripada BABI.

Selamat Datang ke Penanti. Kita akan terus MENANTI sehingga ke pengakhiran episod ini.

10 comments:

amar husaini ismail said...

kesian babi urban..


apa pun ternanti2 lah kita sebagai rakyat apakah kesudahannya

Hazwan Mohd Nor said...

amar,

tak baik sebut babi

"dose"...

sebutla khinzir

berbudaya Melayu sket

tak yah ternanti2

dah tau

khinzir gila kuasa..

amar husaini ismail said...

ok,khinzir....:)

Hazwan Mohd Nor said...

kau tau tak anak khinzir kita panggil ape?

haha

ingat dulu aku kelentong muslimat kat johol kate '______tu' anak kucing

diorang 110% percaye!! hahaha

amar husaini ismail said...

selalu org kampung memanggil nya dgn 'nangoi'..

mcm tu lh bunyi nya..



wah biar betul tu wan?


nasib baik anta x cakap '_____' tu tenuk..


hehehehehe

Ahmad Taufiq Redzuan said...

Singgah jap,

ish3x..apa sebut2 pasal babi dgn khinzir ni..x baik tau..kita sama2 sebut..SWINE..

Bang, abg silap tulis lah, bukan tengong, tapi tongong..

Hazwan Mohd Nor said...

amar,

haha tenuk!

woit bila mau jamming?

boring ni takde event

taufiq,

swine. bukan pig flu la.

BABI itu HARAM

KERAJAAN PERAK itu HARAM

sama kan?

The Swine State. Tengong.

haha.

amar husaini ismail said...

jamming?

anta di mana?

ana start jdi singer song writer je..
jamming pun kurang,sbb aktiviti kwsn byk

Anonymous said...

Salam ziarah,ya akhi.

Marah nta,nampaknya. :)

Marah kepada kebatilan jua,tanda beraninya diri.Bukti lahirnya IMAN.

Kirim salam pada keluarga nta di tanah Felda.Semoga sehari pertemuan yang bertamu,moga akan ada ruang untuk pertemuan kita yang seterusnya,insyaAllah.

Hazwan Mohd Nor said...

salam akh duang,

syukran.

org yg bijaksana ilaah org yg mampu mengawal dirinya apabila marah :)

terima kasih atas ingatan. smg ukhwah dibuktikan dengan eratnya persahabatan.

ameen