Mungkin ramai di antara kita terutama anak muda tidak begitu mengenali Pak Samad a.k.a Tan Sri A.Samad Ismail. Sebagai anak muda awal 20-an, saya secara peribadi pun tidak mengenali beliau. Cuma ada sesekali membaca blog anak beliau-
Kak Ena- bekas wartawan NSTP dan journalis tempatan. Pak Samad, jika disorot kembali sejarah era penjajahan, tidak boleh dinafikan sama sekali perjuangan beliau menentang penjajahan Jepun dan British melalui Kesatuan Melayu Muda, disusuli peranan beliau mendrafkan Perlembagaan Rakyat bersama-sama Pak Sako dan Ahmad Boestamam.
Allarharyam A. Samad Ismail adalah wira yang melalui perbagai ranjau politik yang sukar dan payah. Saya difahamkan Allahyarham telah beberapa kali dipenjarakan oleh kerana ketajaman pena dan aktivisme menentang penjajah.
Ternyata Allahyarham adalah seorang pejuang kemerdekaan dan tokoh wartawan tanah air yang berwibawa. Sebagai anak muda saya melahirkan rasa kehilangan seorang tokoh negarawan negara kita.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya di bulan yang penuh rahmat ini.
Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment