Selamat Datang Tahun 2014


Hari ini sudah masuk hari ke-13 di tahun 2014. Apa ada pada nombor. Apa ada pada nama. Yang penting kita tetap kita. Selagi kita tidak berubah kita tetap kita. Tetap melalui hari-hari penuh ceria. Hari-hari penuh ujian dan cabaran. Tahun penuh dugaan. Bulan penuh ujian. Minggu penuh dugaan. Hari yang berputar sepantas putaran bumi mengelilingi matahari. Anak-anak muda tetap terus berdiri dan melawan. Melawan arus kangkung dan kangkang yang trendy di permulaan tahun baru ni. Kerajaan Barang Naik tidak mampu lagi menanggung subsidi akibat pembelian jet peribadi dan kapal selam. Kerajaan terpaksa rasional dengan menyuruh anak-anak muda menanam kangkung dan bendi di tepi highway PLUS. 58 tahun kita merdeka tangga gaji anak muda tetap sama. Tiada peluang untuk jadi kaya. Tiada peluang untuk jadi taikun macam YTL. 

Seni terbaik untuk menjadi kaya adalah dengan menyaman orang. Cara terbaik menjadi populis, selain buat muka lawak bodoh di YouTube adalah dengan memberanikan diri naik turun mahkamah. Anak-anak muda jangan jadi bodoh dan bahlul. Kita semua adalah binatang politik yang menagih simpati kepada ahli politik. Sumber kekayaan dipegang oleh orang politik. Sumber hasil bumi adalah dalam lingkaran manusia politik. Kita adalah political animal. Kita adalah fighter yang berjuang untuk terus berpolitik sehingga negara Malaysia ini menjadi negara berpengaruh dalam kuasa politik dunia ketiga. Hentikan Maharaja Lawak Mega dengan mengatakan syukurlah negara kita aman. Wang simpanan rakyat Malaysia mustahil dapat mencapai 1 juta. Ini adalah bobrok masyarakat yang poyo kononnya hidup di bawah kerajaan Barang Naik adalah senang. Kita terlalu baik sehingga tidak mahu dan mampu untuk melawan. Orang baik duduk di universiti dan surau terus ber Yahanana sehingga lupa, tahun 2015 nanti adalah permulaan ekonomi dunia merudum. 

Ya benar kita tidak boleh mengubah apa-apa pun dalam sistem masyarakat hari ini. Kuala Lumpur tetap bandar paling hodoh dengan traffic jam nya. Pergi kerja jam balik jam dengan gaji 3000 ringgit sebulan. Campur tolak tinggal 100 ringgit untuk membiaya kehidupan. Begitulah hodohnya hidup anak-anak muda Malaya hari ini. Tidak mampu simpan hatta 1000 ringgit pun sebulan. Namun masih lagi selesa dan berbangga dengan menyusun donut dan menari 58 jam tanpa henti. Namun kita masih berbangga dengan ramainya Dato' dan Datin di kementerian. Adik-adik yang baru bersekolah dipaksa membeli uniform baru sedangkan boleh sahaja pergi sekolah memakai baju t-shirt biasa. Owh lupa pula ilmu itu diukur dengan tajamnya side di kemeja sekolah dan betapa tebalnya tali leher guru-guru lulusan Sintok. 

Jesteru apa yang anak-anak muda perlu buat sekarang selain masuk PAS dan PKR menjadi balaci politik. Apa yang kita perlu buat sekarang untuk mampu membeli kondo 3.1 juta di New York. Membeli reban ayam pun tidak mampu inikan mahu membeli kondo 380,000. Jangan jadi Sabtu dan jangan jadi Ahad. Bukankah Ahad itu maksudnya nombor Wahid atau Satu yang bermaksud permulaan hari atau minggu. Nak jadi pandai jangan jadi menteri nanti statement kita bodoh. Pesanan kangkung ini sudah lama. Profesor Kangkung berlambak di Downtown Batu Caves. Apalah alasan anak-anak muda untuk tidak bangun berjuang. Adakah kita lupa kekasih sudah melupakan kita kerana gagal menghadiah Volkswagen Golf sewaktu hari kelahirannya. Apakah kita lupa Hugo Caves bukanlah jenama minyak wangi. Kita semakin tua dan anak-anak muda menjadi anak-anak tua. Hakikatnya kita perlu terus berjuang. Hakikatnya kita bukan anak orang kaya. Hakikatnya kita dapat gaji untuk dibayar kepada orang lain. Hakikatnya kita cuma memiliki lubang kubur 6 kaki 5 inci suatu hari nanti. Sekiranya Nabi SAW masih hidup pun malu melihat kita umatnya. Adakah kita yang teruk atau ada yang lebih teruk dari kita. Salam Maulidurrasul 1435H. 

0 comments: