Lama tidak menulis. Kemahiran menulis semakin tumpul. Tiada nafsu mungkin untuk melontarkan idea pencerahan. Sibuk dan sibuk mengejar duniawi yang tidak pernah tamat. Selagi hidup kita akan disibukkan dengan urusan-urusan ini. Urusan yang tak pernah padam dan habis. Selagi kita hidup kita mesti mencari kesempurnaan. Kita mesti berusaha untuk mencapai impian. Kebebasan kewangan katanya. Apabila sampai masa kita akan tua juga akhirnya. Tetapi waktu muda harus dimanfaatkan semaksima mungkin. Pergi ke pelusuk dunia mana yang kita mahu. Jangan sia-siakan usia muda dengan bekerja menjadi macai.
Tanggal malam 7 Mac 2014 itu kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat terbesar di muka bumi MH370. Kena pada waktunya, konspirasi tertinggi ini menjadi semakin poyo dan bosan. Tidak pada awalnya sibuk diadakan solat hajat dan membaca surah Yasin, tetapi akhirnya warga rasa tertipu dan bingung. Di mana MH370 hanya Ronald Reagen sahaja yang tahu. Rumah terbakar nampak asapnya. Hati terbakar di mana asapnya. Kapal terbang hilang di mana mayatnya. Hanya nelayan Maldives yang mengetahui di mana pesawat terbang rendah itu. Melintasi Lautan Hindi nak pergi ke mana. Bawa buah manggis atau bawa rambutan, tidak pasti adakah buah-buahan tempatan itu boleh dimakan. Mungkin daulah boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke Diego Garcia.
Akhirnya Kajang kekal milik Anwar Ibrahim. Apa-apapun di mana-mana politik tetap tentang wang, kekayaan, projek dan perempuan. Di Kajang kita lihat bagaimana usaha pembangunan ingin dijalankan. Jalan sempit bersimpuh lutut kedai Apek dan kedai Muthu, sate kajang pula semakin kecil dan menipis. Hujan turun mencurah-curah tapi air dicatu. Jalan berlubang serupa bentuk muka bumi planet Musytari Trafic light bersimpang siur di sana sini. Apa lagi yang Cina mahu. Kuasa ekonomi di tangan siapa. Siapakah yang boleh pastikan anak-anak muda Melayu boleh berniaga bundle di Metro Point. Akhirnya kajangmove menjadi kajangundo.
Di sana dan di sini Isu Hudud itu berlegar lagi. Hukum Ilahi wajib dilaksanakan tak kira merah atau hijau bendera kita. Takut Hudud sebab banyak sangat harta negara yang dirompak. Takut kena potong tangan dan anu. Takut kerana potong tangan itu zalim. Death penalty - gantung sampai mati akibat kesalahan 39B tidak zalim. Rotan sampai pecah tisu dubur itu tidak zalim. Orang Cina orang India semua sudah faham apa itu hudud. Namun harus dilihat apakah warga benar-benar boleh menerima dan bersedia. Apakah warga boleh hidup aman dan tenang dengan gaji RM3,000 sebulan. Demi Mat Rempit dan Minah Bohjan duit dipoket ada 2 ringgit. Cukup tambang untuk balik ke Kampung Chincin di Gombak. Cukup untuk balik tidur di Pangsapuri Tun Razak. Warga tertekan dengan GST. Cukai ini adalah pendapatan Kerajaan Najib. Pandaikah kerajaan hari ini 'government of the day' berbelanja. Daripada memikirkan Kak Ros lebih baik bermain Fun Run. Daripada menyalak bukit lebih baik memanjat Gunung Broga. Daripada kita sibuk cerita pasal Anwar baik kita usahakan perniagaan demi masa depan kita sendiri. Kita adalah fighter.
0 comments:
Post a Comment