Di Persimpangan Dua Jalan; Pertembungan Dua Idea

The man who removes a mountain begins by carrying away small stones - Chinese proverb

Di sana kita melihat pertembungan dua idea. Satu mempertahankan status quo. Satu lagi berjanji untuk memberi sinar harapan. Warga di tengah-tengah menjadi kebingungan. Dua gajah besar bergaduh sakan. Anak gajah mati kelaparan. Walau apapun anak gajah perlu menjadi penonton setia. Dunia ini hanya untuk mereka yang celik dan prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling. Membaca dan melihat. Berfikir dan bergerak. Kita tidak akan memiliki kebijaksanaan jika membaca Mangga. Sekali sekala bacalah juga Utusan Malaysia sebagai bahan bergelak ketawa.

Apa yang kita cuba selindungkan selama ini habis terbarai. Jangan salahkan sesiapa apabila anak kecil berusia 5 tahun boleh berkata "Can I Fuck You Now". Jangan marah. Ianya bukan lagi ayat mencarut. Ianya ayat umum yang digunakan oleh hampir seluruh media massa hari ini. Ada lagi. Liwat, Sodomi, Dubur, Air Mani. Semua ini akan menjadi perkataan yang biasa di bibir warga. Akhirnya pembudayaan bahasa jiwa bangsa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu menjadi. Akhirnya kita benar2 berjaya menjadi warga berfikiran kelas pertama. Tahniah semua.

Anak-anak muda itu tidak pernah berputus asa. Sentiasa mencari ruang dan peluang. Jalan yang berliku perlu ditempuhi. Pedulikan mereka dengan agenda mereka. Semua itu perebutan kuasa. Semua itu retorik menipu warga. Semua itu adalah dengan niat merebut punca-punca ekonomi yang ada dalam hasil mahsul negara. Anak-anak muda masih tidak bekerja. Anak-anak muda membuka blog untuk mengkritik sosio-budaya yang tidak adil kepada mereka. Anak-anak muda itu bangun untuk menyatakan pandangan dan idea mereka. Jangan di patahkan sayap burung yang mahu terbang.

Pendakian menuju puncak itu sungguh memeritkan. Tiada yang mustahil bagi jiwa yang mahu. Sejarah perjalanan ini akan terus dan terus berlalu. Pedulikan Nasir Safar dengan agenda rasisnya. Pedulikan Isteri Rosmah yang suka bergaya. Pedulikan Saifool Bukhari Azlan. Tidak satupun yang berubah sekiranya Anwar Ibrahim disumbat semula ke Penjara Sungai Buloh. Anak muda itu akan terus bekerja dan bekerja. Demi sesuap nasi. Sebuah harapan dan impian sendiri. Cita-cita untuk membangun jiwa pencerahan anak segala bangsa. Pencerahan untuk anak muda Malaysia.

0 comments: