Stereotaip Kepala Babi, Apco Worldwide dan Anti Anak Muda

The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn.

Melihat kepada apa yang berlaku di sekeliling kini, begitu membosankan. Paparan yang kita baca saban hari dan waktu membawa kita 10 tahun kebelakang. Isu kalimah Allah, Zulkifili Nordin dan insiden membakar gereja cukup untuk menjadikan warga tidak membuang air besar selama beberapa bulan. Warga terkena buasir dek kerana isu susuk remeh yang leceh lagi melecehkan. Sampai satu tahap kita terpaksa untuk tidak membaca akhbar dan blog2 tempatan. Akhirnya anak-anak muda itu juga yang berpeleseran. Akhirnya warga tetap hidup serba serbi kekeringan. Tidak cukup dengan bakar, kini kepala babi menjadi bahan permainan politik murahan.

Orang yang tidak belajar akan sesuatu tidak akan memahami sesuatu. Kita memahami bahawa isu perkauman dan sentimen agama ini taktik lama. Taktik untuk meraih simpati dan menjadi hero kampung dusun. Taktik agar warga kembali mencari payung untuk berlindung. Taktik agar warga berasa takut dan cuak kerana ada bangsa lain yang akan cuba menganggu gugat keselamatan dan kesejahteraan. Lupakanlah taktik lama ini. Budak 4 tahun yang mempunyai facebook pun boleh menilai yang mana kaca yang mana permata. Apco Worldwide sepatutnya tampil dengan idea dan cara yang lebih terkini, segar, baru dan canggih di mata rakyat.

Budaya patronising yang kita ada pada hari ini nampaknya tidak begitu mesra pada anak-anak muda. Sekali lagi anak muda itu ditahan dan dipersalahkan. Sekali lagi anak muda itu dituduh derhaka kepada Sultan. Tidakkah sebelum ini begitu ramai susuk yang durhaka kepada Sang Raja. Tidakkah selama ini begitu ramai yang mempertikaikan hak keistimewaan Sang Raja. Akal panjang tiang berseri. Anak muda itu lahir kerana manifestasi budaya yang dicipta dan diasoh oleh golongan tua. Mereka derhaka kerana diajar golongan tua. Mereka merempit dan melabon juga kerana dibenarkan dan digalakkan oleh golongan tua. Mereka disaman juga kerana rasa iri hati golongan tua terhadap mereka yang sedang merayakan masa muda mereka.

Arakian demikian lah cerita tentang kita, tinggal di sebuah negara bernama Malaysia. Isu-isu politikas tidak berkesudahan. Tangga gaji dan pendapatan tidak dinaikkan. Harga barang dan perkhidmatan naik macam harga belacan. Kita menunggu bilakah akan berlakunya perubahan. Adakah anak-anak muda itu terlalu lemah dan lesu untuk berani ke hadapan. Apakah anak muda itu takut dengan ancaman water cannon dan gas semburan. Anak-anak muda itu rupanya berani. Ruang untuk membina sejarah ketamadunan adalah dengan segenap tenaga dan idealisme mereka. Anak-anak muda itu tidak pernah putus asa untuk memperbaiki kehidupan. Antagonis terhadap idealisme anak muda bererti kita sedang berpaling semula ke belakang.

7 comments:

amar husaini ismail said...

surau membe den kt bndr tun razak pun kono lotak kepalo babi

Hazwan Mohd Nor said...

pelik bro.

tak pulak letak kat surau country heights atau bukit tunku.

amar husaini ismail said...

maha polik...macam ado sesuatu??

Hazwan Mohd Nor said...

apco worldwide bro. apocot worldwide ni sedang menguasai kito.

helang timur said...

wah dahsyat..kalau kat ukm pulak,,

http://4.bp.blogspot.com/_7WxQtfcXBuQ/S2B5wObFdmI/AAAAAAAAAdQ/V4TpFolsljM/s1600-h/SDC12406.JPG

letak kat surau jugak. ni baru politik dalam kampus. huhu

Dr Afifah said...

"diasoh oleh golongan tua"

diasoh tu sama dgn diasuh ek?

dah tuka ke?ke mmg due2 tu wujud.?

p/s: sory,t'tanya soklan ni.nak dpt bm A+ la katakan.:D kagum dgn penggunaan bahasa melayu dlm blog ni.Maintain jer.Hebat2..

Hazwan Mohd Nor said...

adik nur afifah sidek,

bila tahap geram, tu sampai jadi 'diasoh'.

abg suke old skol yg guna bahasa sanskrit melayu lama.

haha.