Masa Depan Kita Di Tangan Siapa?

Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure.

Kondisi kita semakin menjadi kacau bilau. Hari-hari yang kita lalui semakin kelam lagi gelita. Pencerahan yang kita harapkan menjadi semakin malap. Apakah punca semua ini, saya pun tidak pasti. Apa yang pasti kita sedang mengikuti kes liwat II Anwar Ibrahim. Drama ini berulang kali ditayangkan hingga warga naik muak. Akhirnya 30 juta rakyat Malaysia bergantung kepada lubang jubur Saiful. Naik turun ekonomi juga bergantung betapa kuatnya lubang itu berkemut sehingga 2 hari tidak buang air kencing.

Apa yang dihidangkan pada mata dan telinga kita hari ini semuanya lekeh. Bayi dibuang di depan pagar masjid. Janin dibakar dalam tong. Apa jenis berita semua ini. Setakat bayi dibuang merata-rata itu semua orang tahu. Lebih penting untuk kita bincangkan mengapa anak muda itu membuang hasil projek mereka. Sudah pasti keadaan sekeliling menekan mereka. Tung tang tung tang semuanya berbalik kepada punca ekonomi. Anak-anak muda membuang bayi mereka kerana sumber ekonomi yang terdesak. Gelojak nafsu tidak mampu bertahan. Akhirnya tewas di tengah jalan. Sekali lagi hal ini tiada kaitan dengan Zul Noordin atau Lady Gaga. Hal ini adalah kesan manifestasi budaya yang kita sama-sama reka dan cipta.

Mata kasar kita melihat apa yang dipaparkan di dada akhbar. Otak fikiran kita ligat berfikir. Apakah harga petrol akan naik lagi. Apakah cukai akan terus dipaksa kepada rakyat. Apakah wujud lagi peluang pekerjaan untuk anak-anak muda yang baru bergelar graduan itu. Masa bergerak dan berlari. Sepantas fikiran kita. Apakah 5o Ahli Parlimen Australia itu mampu menawarkan peluang pekerjaan yang baik untuk anak muda kegersangan. Apakah Perkasa berkemampuan untuk memberi peluang anak muda itu menjalankan perniagaan sambal belacan.

Kita seharusnya berusaha dan bukan hanya menanti peluang. Memang benar kita mempunyai ketuanan. Tetapi ketuanan itu bukan hanya berarak di tengah jalan berselawat sempena Maulidur Rasul. Ketuanan sebenar semangat dan iltizam untuk membina kekuatan ekonomi. Ketuanan sebenar adalah dengan membugar semangat dan memetik ilmu. Ketuanan sebenar adalah prinsip demokrasi dan budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ketuanan yang ada hari ini adalah untuk meng-kaya-kan kroni agar termasuk dalam senarai 40 terkaya di Malaysia. Yang miskin, melarat dan terhina di bumi ketuanan ini ialah anak-anak muda yang baru hendak mengenal dunia.

1 comments:

PenMataTajam said...

mase depan di tangan kita sndiri.=)