mengapa saya lambat kawen


Dahulu saya mengimpikan sebuah kerjaya yang membolehkan saya membantu warga untuk membangun pemikiran baru. Saya tidak bercita-cita menjadi negarawan. Saya juga tidak bercita-cita untuk menjadi ahli politik. Menjadi ahli politik kini tidak lagi platform untuk hidup bebas dari bebanan masalah.

Lihat saja PM baru kita. Saya rasa hidup ini tidak tenang jika diselebungi bayangan Cek Mek Molek Mongolia yang telah tiada. Bayangkan setiap kali wakil rakyat mampus akan disebut berulang-ulang kali nama Altantuya. Tak ke gila jadinya. Ahli politik jugak kena declare jumlah harta milikan di laman web. Ini lagi cheroi. Susah2 kerja kena declare harta pada warga. Jesteru saya menolak untuk jadi ahli politik sepenuh masa.

Kadangkala saya berfikir mengapa saya tidak dilahirkan di kalangan kerabat di raja. Jika tidak sudah pasti hari ini saya akan mengorat model dari Indonesia. Sudah pasti awek saya akan menjadi perhatian media. Di majlis keramaian atau bersama Pak Menteri atau menonton bola final piala FA saya akan menjadi perhatian lensa kamera paparazzi Malaysia. Tidak perlu susah payah bekerja. Tidak perlu jumpa klien. Tidak perlu bangun awal pagi mendengar kuliah profesor yang membosankan.

Kehidupan ini tidak pernal adil untuk anak muda seperti saya. Saya menempuhi beribu peperiksaan. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Saya redha dan pasrah pada takdir yang berlaku. Saya berdiri semula selepas terjelepuk jatuh. Saya tabahkan hati dan kuatkan jiwa. Saya teruskan berusrah dan bertamrin. Saya tidak cari awek lain yang lebih seksi. Saya setia pada yang satu. Saya juga tidak mengadu pada mana-mana ahli politik untuk dapatkan biasiswa. Saya mahu menjadi Melayu Baru dan Melayu Berdikari. Saya tidak akan memohon jawatan ketua pemuda UMNO cawangan.

Melihat kepada apa yang berlaku di serambi kita membuatkan saya gerun dan risau. Dunia yang kita diami kini sudah usang dan tua. Alam kini sedang mengamuk. Kepanasan sedang membahang. Cuaca panas ini tidak selesa untuk anak muda keluar bercanda dan berasmara. Cuaca panas ini ditambah lagi dengan keputusan di Penanti setelah lama menanti. Selepas ini kita tunggulah pula manik terburai-burai di Kelantan.

Jangan beranggapan tidak berkahwin itu tidak produktif. Masih banyak cara dan jalan menjadi aktif dan produktif. Jalan perkahwinan bukan satu-satunya jalan untuk berjiwa bebas. Melihat kepada rakan-rakan di sekeliling yang di ambang kegagalan rumahtangga akibat gagal merancang. Gagal dalam menghadapi cabaran hidup semakin menggila. Harga ayam mahal, minyak kereta WAJA, tol bakal naik bulan depan. Harga lampin anak dan buaian movable tak payah cerita. Tidakkah itu sesuatu yang berserabut. Saya membenci dunia penuh serabut ini.

Tiba masanya kehidupan dilihat untuk menjadi individu merdeka, menguasai pasaran bebas, kerajaan terhad dan menjunjung semula kedaulatan undang-undang.

6 comments:

amar husaini ismail said...

Rileks bang,se pun bolum nikah yo..


dan ramai laie kengkawan yg bolum nikah

Ahmad Taufiq Redzuan said...

assalamualaikum abg hazwan..

abg nak tau x knapa abg lambat kawen? hehe, bukan itu jawapannya, jawapannya sebab abg x approach..=)

DAMAI said...

salam ziarah ^^

memandang sesuatu pada mata yang negatif akan mendatangkan hasil yang negatif juga...perkahwinan adalah suatu sunnah Rasulullah SAW,jadi masakan Baginda SAW hendak memimpin umatnya pada jalan keserabutan ^^

yang salah bukanlah pada hal perkahwinan itu,tetapi pada pengendalian perkahwinan itu...dalam erti kata lain,kitalah yang menjadikan ianya serabut atau tidak ^^

hmm jangan dirisaukan pada jodoh yang masih tidak muncul...kerana janji Allah itu adalah benar...setiap jiwa dijadikan berpasang2an...cuma,datangnya lambat atau cepat sahaja...berdoa dan teruslah berdoa...moga2 insan yang hadir dalam hidup kamu nanti adalah insan yang solehah dan mampu memberi ketenangan dalam hidup kamu...insyaAllah ^^

Hazwan Mohd Nor said...

amar,

haha

taufiq,

patut ke aku approach?

damai,

sdri memang mendamaikan..=)

riduzan said...

salam ziarah akhi,

bagaimana perkembangan disana?

kirim salam kerinduan ana pada ustaz muhammad.

banyak sungguh video motivasi yang nta bagi.kami pun ada jugak sikit modul.tak segan untuk ana kongsikan bersama nta.rindu untuk ke rumah nta lagi,ingin melihat koleksi motivasi nta.

kini,ana sedang bertarung dengan exam kemasukan ke universitas di jepun.doakan ana ya akhi,dalam doamu.

InsyaAllah,ana juga senantiasa mendoakan kebahgiaan sahabat-sahabat didunia dan diakhirat.

rujuklah kata hati,menurut panduan dari kalam Ilahi dan bicara sunnah,pilihlah isteri yang solehah.suka ana kongsikan, ana juga cukup menitikberatkan isu ini.namun,jika ada yang hati ini terpikat,trus ana ajukan pada ibu.

malu lelaki,adakalanya bertemapat,bukan begitu akh hazwan ..:)

air mata lelaki juga bisa lebih mengalir berbanding wanita,jika kena pada tempat dan ketika nya.
Salam Perjuangan,salam rindu sebuah ukhuwah pada pertemuan.

Hazwan Mohd Nor said...

ridzuan,

syukran jazilan.

terima kasih atas catatan pena yang bernilai.

smg ukhwah terus dipersada.