Mulai hari itu saya haramkan guna perkataan perpaduan. Jangan sesekali sebut perpaduan kerana ia haram dan sensitif. Menyebut perpaduan samalah seperti makan babi yang haram. Minyak tidak boleh bercampur dengan air. Parti mainstream Islam tidak boleh bercampur dengan parti secular-based. Ini bersalahan dengan prinsip organisasi. Tidak ada perundingan. Tiada kompromi.
Samaada kita bersunat atau tidak kita perlu terima hakikat bahawa politik adalah alat untuk mencapai keuntungan ekonomi maksima. Politik adalah seni yang tiada mustahil. Apa saja boleh berlaku dalam politik. Hari ini parti ini esok boleh berubah ke parti lain. Kepentingan ekonomi dan kapitalis ini wujud sampai bila-bila. Sebenarnya hampir tiada yang mustahil dalam politik hatta dalam parti yang memperjuangkan Islam sekalipun.
Walau apa jua yang terjadi kita perlu melihat kepada permasalahan yang wujud di sekitar kita. Sehingga ke hari ini kita masih jauh tersasar dari landasan agama yang membawa kepada pengabdian. Lihatlah akhbar dan filem Melayu. Semuanya bertemakan perkauman dan cinta songsang yang menyesatkan anak muda. Hiburan ala anak wayang menjadi stigma masyarakat Melayu yang sukakan filem tahyul, hantu dan jembalang yang terbang di belakang jamban.
Kini kita perlu berusaha untuk menawarkan alternatif bagi menggantikan gerombolan. Kita perlu berusaha sekeras mungkin untuk menjadikan warga mendapat akses maklumat dan pengetahuan yang benar lagi sahih. Kita perlu membawa gelombang pendidikan media, hak asasi dan ekonomi pada warga kelas bawahan dan pertengahan. Kita perlu mendidik warga agar boleh berfikir secara analitikal dan kritis. Makcik Felda harus memiliki facebook dan twitter.
Soalnya bagaimana kita ingin membawa gelombang perubahan itu. Tidak lain tidak bukan ia bermula dengan ilmu. Berusaha dengan menyiapkan pasukan anak muda yang tegar, bertauliah dan tidak ceroi. Berusaha mendidik jiwa agar dekat dengan tarbiyah asasiyyah oleh tuan guru. Berusaha untuk mewujudkan nukleus influenza yang membawa misi perubahan kehidupan rakyat. Habis bermuktamar tidak bermakna kita sedap tidur dibuai mimpi lena.

4 comments:
Assalamualaikum, x kan mak cik Felda je kena ada Facebook dan twitter, habis, Ust Rahman dgn Ust Esa nak letak kat mana!! abg ARIF??
hazwan..
salam ziarah...setuju dgn artikel ni..keadaan negara memang teruk..sgt teruk...nak lagi berpadu dgn kerajaan yg zalim ni...kang semua terpalit najis!!!!
taufiq,
takpe kita akan bebaskan mereka daripada ceroi2 sekeliling
kak ummu asiah,
saya suka perpaduan =)
Post a Comment