“ Corruption in the inner circle is growing. Even average Tunisians are now keenly aware of it, and the chorus of complaints is rising. Tunisians intensely dislike, even hate, first lady Leila Trabelsi and her family. In private, regime opponents mock her; even those close to the government express dismay at her reported behaviour. Meanwhile, anger is growing at Tunisia's high unemployment and regional inequities. As a consequence, the risks to the regime's long-term stability are increasing." - TT @ Wikileaks.
Membaca apa yang berlaku di Tunisia hari ini begitu memilukan. Akhirnya warga itu bangun dari tidur yang lena. Daulah yang menzalimi warga tidak berdosa akhirnya akan jatuh jua. Daulah yang tidak kasih pada warganya akan dibenci dan dijatuhkan. Daulah yang berbuat sesuatu yang bukan-bukan akan dipertikaikan kredibiliti dan integritinya. Maka dunia hari ini adalah dunia para cerdik pandai bersuara dan melakukan perubahan. Warga mahukan kehidupan yang lebih baik. Pendapatan yang baik serta pekerjaan yang baik. Anak-anak muda itu perlukan nasi dan wang bukan senjata. Anak muda Mohamed Bouazizi itu cuma mahu mencari sesuap nasi berniaga. Daulah membencinya dan memaksa untuk memiliki lesen berniaga. Akhirnya kuasa itu kembali ke tangan mereka yang memilih mereka untuk berkuasa.
Syahdan, kita melihat daulah di puncak kuasa itu melarikan diri. Dikecam dan dihambat warga yang tidak lagi tertahan melihat kemiskinan dan pengangguran. Kos sara hidup yang tinggi serta hutang di keliling pinggang. Maka negeri di pesisiran Laut Tengah yang indah permai itu bergolak hancur. Kebenaran ingin muncul selepas 23 tahun kegelapan. Cahaya ingin menampakkan sinarnya tatkala selama ini hidup dalam kebungkaman. Harta berpusing di kalangan mereka yang berkuasa. Tiada lagi kebajikan kepada warga yang terpaksa menjadi imigrant. Maka lari lintang pukanglah si Zineal dan Leila. Maka tiadalah lagi apa yang tinggal melainkan jongkong emas sebagai bekal. Maka larilah sang Zineal dan Leila ke Saudi Arabia.
Maka benar kata pepatah lama hidup ibarat roda. Tidak selamanya kita berada di atas. Ada masanya kita perlu turun ke bawah. Hakikat yang pasti kezaliman tiada tempat bagi mereka yang cintakan keadilan. Kita melihat kiri dan kanan. Kita membaca apa yang berlaku di akhbar harian. Kita hidup cuma inginkan kedamaian dan ketenangan. Ada orang hidup mengejar Seri Utama dan Amar Diraja. Ada orang hidup mengejar pangkat dan harta. Ada orang hidup dengan bertilamkan emas berlantaikan berlian. Maka ukuran hidup adalah kepada harta terkumpul. Maka kehidupan tidak lagi melihat kepada siapa tetapi kepada apa.
Tunisia mempertontonkan kepada kita daulah yang menutup mata pada warganya akan didobrak dan dicerca. Tunisia adalah satu medan untuk kita belajar agar menjadi sederhana dan tidak melampaui batasan norma terhadap warga tidak berdosa. Tunisia mengajar kita bahawa undang-undang ciptaan manusia itu terlalu banyak kekurangan dan kelemahannya. Memang benar undang-undang itu adalah mulia dan kedaulatan. Tetapi jika pelaksanaannya sampai tiada budi bicara terhadap warga yang lemah lagi miskin, menindas kaum peniaga yang mahu mencari sebuah kehidupan, sedang kaum pemodal terus menjadi kaya-raya, maka apakah kita belajar bahawa kuasa isteri itu lebih daripada kuasa suami. Tunisia adalah 'tazkirah' buat mereka yang alpa dan lupa, bahawa kuasa itu tidak selamanya ada. Tunisia adalah bukti anak-anak muda itu mampu memberi pencerahan buat dunia.
3 comments:
Tunisia dah berjayo..kito ni agak2 bang pada pandangan abg sebagai seorang peguam, bila Malaysia ni plak nak berjayo? lotih menunggu
Menukar kerajaan itu bukan semudah menukar baju. Kerajaan yang baik berjiwa rakyat. Tidak memprejudiskan kebajikan rakyat. Paling penting, menjiwai aspirasi anak-anak muda.
kemungkaran sentiasa berleluasa....kezaliman sentiasa di sanjung...keadilan sentiasa di sorok....laungan demokrasi mampu membunuh sejuta gajah,tp menjalan kan demokrasi yang adil kuman serta bakteria mampu mentertawakan kita...itu lah malaysia...
Post a Comment