prosperous chinese new year


1. Kadangkala saya cemburu dengan orang Cina. Orang Cina meskipun berasal dari Negara China ada di mana-mana. Perhatikan di setiap pelusuk negara maju ada saja orang Cina yang tinggal di tengah kesibukan kota. Chinatown, Petaling Street dan Lubuk Cina adalah pot-pot yang biasa diduduki dan didiami oleh orang Cina. Sebut saja Petaling Street semua kita maklum bahawa ia pusat perdagangan dan persamsengan yang terkenal di tengah Bandaraya KL.

2. Tidak cukup dengan itu, Cina Singapura juga mengambil peluang berniaga di negara kita. Sebelum ini saya pernah coretkan bahawa saya melihat terlalu banyak plat kereta warga Singapura di negara kita. Rutin saya berulang dari Seremban ke Kuala Lumpur diganggu dengan persoalan mengapa terlalu banyak kenderaan Singapura di sebelah kanan lebuhraya. Adakah ini petanda bahawa negara kita semakin maju? Atau ini petanda bahawa ekonomi negara kita dikuasai oleh pihak asing. Di zaman Tun Dr Mahathir kenderaan Singapura tidak sebanyak ini.

3. Satu sikap yang saya suka pada orang Cina ialah mereka suka berusaha. Bangun pagi yang difikirkan kerja dan kerja. Di pejabat saya perhatikan oleh Cina keluar bekerja lebih awal sebelum azan Subuh. Kalau si apek ni Islam tentu terserlah keislamannya dengan semangat bekerja yang tinggi. Sudah tentu solat sunat qabliyah Subuh tidak ada masalah baginya. Orang Islam bangun subuh pukul 7 pagi dan mula kerja jam 10 pagi. Kata bos saya orang Cina ambil semua yang baik pada Islam kecuali tak mengaku Tuhan Allah dan Muhammad Rasulullah. Lagi satu dia tak potong lan**u (itu bos saya kata). Kalau tidak macam mana orang Cina boleh sukses jual produk Islam. Kalau ada produk Buddha mungkin orang Islam juga akan sukses.

4. Hairan melihat anak muda Melayu hari ini terlalu asyik dengan perkara yang tidak penting. Mengapa pada hari ini kita terus miskin dan terhina. Tahun baru Cina ini memperlihatkan kepada kita akan siapa yang terus menguasai ekonomi negara kita. Tanglung merah yang dipasang lampu menerangi malam di bandar Seremban, Tampin dan Bahau. Rasanya kalau Hari Raya Aildilfitri tidak semeriah ini. Kita lupa bahawa siapa yang menguasai ekonomi dialah yang layak menjadi tuan. Menyebut tuan jangan disamakan dengan ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu kini telah hilang di Negeri Selangor dan Perak. haha.

5. Sampai bila anak Muda Melayu ingin terus melihat semua ini saya tidak pasti. Bagi saya ini bukan persoalan kita kaum yang lemah atau bodoh. Soalnya cuma kita malas dan takut gagal. Sebab itulah kita lebih suka kerja gomen dan jadi guru J-Qaf. Kerja 9-5 ini menjadi budaya anak muda Melayu yang menang plilihanraya kampus. Mungkin Preseiden GAMIS boleh fikirkan bagaimana mengatasi masalah menganggur di kalangan siswazah Melayu. Tahun 2009 adalah tahun recession di mana kita menghadapi suasana ekonomi merudum. Ini bukan masalah yang ditimbulkan oleh Kugan tapi ini masalah kesan ekonomi kapitalis. Siapa tidak kenal Kugan sila tanya pada Ustaz Google.

6. Whatever the mind conceive and believe, it can be achieved! Happy Chinese New Year pada semua pembaca mycompletemastery. Tahun ini tahun lembu. Jangan berperangai macam lembu. Jangan juga banyak makan daging lembu masa kenduri kawin.

redifining campus activisme


1. Cara kita merayakan demokrasi di kampus kadangkala persis kaum yang tinggal di Hutan Amazon. Kedangkalan fikrah kita kini menyebabkan kita tiada pilihan melainkan mengikut arus politik di luar kampus. Ini seolah-olah menunjukkan apa yang dilakukan oleh politikus di luar maka itu jugalah yang membayangi anak-anak muda di kampus. Bagi saya politik kampus dan politik kepartaian di luar begitu besar bezanya. Politik kepartaian adalah soal memiliki kuasa dan menjarah kepentingan ekonomi. Sebaliknya politik kampus adalah penghayatan sebuah ideal.

2. Sudah hilangkah idealisme tulen anak muda Malaysia. Tiada lagikah idea dan pendekatan baru yang memanisfestasikan tindakan anak muda di negara kita yang konstruktif. Apa yang pasti obsesif kepartaian PAS, UMNO-BN, PKR dan DAP masih lagi menebal dalam jiwa dan sanubari anak-anak muda di kampus. Kampus tidak lagi menjadi lubuk yang membincangkan soal keilmuan yang boleh mengubah realiti masyarakat. Kampus kini menjadi tipikal dan stereotaip yang suka bermain dengan kepala babi-binatang yang halal dimakan ketika darurat.

3. Aktivisme kampus sering menjadi perhatian mainstream media dari dulu hingga kini. Kampus selain pusat perubahan minda rakyat, juga melahirkan barisan hadapan pimpinan negara masa depan. Sejarah gerakan aktivisme pelajar 70an, 80an membuktikan fakta ini. Kampus adalah medan strategik untuk membina kemahiran dan jalur pemikiran seorang pemimpin. Jika kita membaling batu ketika sidang Parlimen di Dewan Rakyat, saya yakin dan percaya antara mereka yang terkena batu pernah melibatkan diri dengan aktivisme di kampus.

4. Palu dan gendang pilihanraya kampus setiap tahun menjadi signal kepada munculnya idealisme anak-anak muda ini. Selain berperanan memilih Majlis Perwakilan Pelajar, pilihanraya kampus juga satu turning point kepada aktivisme anak muda bagi menonjolkan bakat dan pencerahan kepimpinan mereka.

5. Malangnya pada hari ini kita jarang melihat adanya anak muda yang berani menerjah idea-idea baru seperti menghantar Mat Rempit dan Mat Pet di Penjara Kajang ke Palestin. Selalunya kenyataan dan ucapan dilihat seolah-olah bias kepada parti politik tertentu. Tiada lagi idealisme yang benar-benar tulen lahir daripada pembacaan dan penyelidikan anak muda. Mungkin ada yang tidak pernah tahu apa itu CLR dan VCLT.

6. Kebanyakan mereka yang aktif di kampus pula tidak meneruskan aktivisme mereka selepas tamat belajar. Idealisme di kampus tenggelam dengan gaji 2-3 ribu sebulan di jabatan kerajaan. Menjadi PTD atau guru J-Qaf adalah jalan selamat. Segala idealisme yang diperjuangkan di kampus hilang begitu saja. Jenis tipikal dan stereotaip ini banyak yang kita boleh lihat di kampus-kampus.

7. Generasi tua yang old-tai pula lagi banyak kerenahnya. Sikap patronising generasi tua yang tidak supportif terhadap aktivisme pelajar melambatkan kematangan anak-anak muda di Malaysia. Sehingga ke hari ini saya mencari-cari sebab mengapa isu mansuhkan ISA tidak oleh digunakan sebagai manifesto kempen. Mungkin YB2 dan ahli2 Parlimen hanya dipilih oleh makcik dan pakcik Felda di kampung.

8. Bagi saya mahasiswa yang belajar di dalam negara wajib terlibat dalam aktivisme di kampus. Di sana terdapat advantage yang tidak ada pada mahasiswa yang belajar di luar negara. Kemahiran mengurus dan mencatur perjalanan gerakan di kampus adalah wasilah bagi membina jiwa kritis. Minda kritikal ini perlu sekiranya kita ingin melihat perjalanan Malaysia bagi 5o tahun akan datang.

9. Jarang kita lihat bekas pimpinan siswa yang boleh menjadi CEO pada syarikat multinasional yang dirintis olehnya tanpa bergantung pada kontrek gerombolan. Sekiranya aktivisme kampus dilihat lebih jauh dan lebih mendalam, saya yakin tidak ada istilah menganggur bagi graduan muda. Terlalu banyak peluang dalam perniagaan yang ada di Malaysia. Jika tidak masakan rakyat Singapura berulang-alik ke Kuala Lumpur, Penang dan Genting menjalankan perniagaan mereka. Di Lebuhraya Utara Selatan kini saya lihat banyak kereta yang berplatkan Singapura.

10. Selamat merayakan demokrasi buat semua anak muda Malaysia. Dunia ini sememangnya milik kita.

looking through the smoke screen


1. Hari demi hari saya rasakan dunia ini semakin gelap. Asap kelam menyelubungi kita semua. Keadaan ini membuatkan kita tidak begitu selesa menjalani kehidupan penuh kebahagiaan. Bumi Palestin terus menjadi sungai darah syuhada' yang tak mungkin dapat kita lupakan dalam peristiwa hidup kita. Hamas akan terus berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka. Undang-undang antarabangsa tidak mampu menyekat kezaliman dan kerakusan tentera Israel. Mahkamah Antarabangsa ICJ di The Hague, Belanda menutup pintunya untuk membicarakan Ehud Olmert atas perbuatan jenayah perang homicide atau pembunuhan beramai-ramai.

2. Kewajipan mempertahankan tanah air adalah tanggungjawab warganegara sebuah negara. Anak muda di Gaza kini berperang menuntut hak mereka. Tanah dan harta benda mereka dirampas oleh pendatang yang mengaku tanah itu milik mereka. Pendatang ini berpandukan kitab suci mereka dan percaya bahawa hanya bangsa mereka sahaja yang mulia. Pendatang ini mengklasifikan bangsa lain sebagai anjing dan unta walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

3. Jika kuasa Nazi masih wujud mungkin bangsa Yahudi hari ini tidak sebongkak dan seangkuh kini. Kita wajib mengambil semangat dan kekuatan yang ada pada mereka untuk berfikir di luar kotak hari ini. Hakikatnya bangsa Yahudi bukan berasal daripada tanah Palestin. Ayah Ariel Sharon sendiri kuburnya terletak di selatan negara Rusia hingga ke hari ini. Merekalah yang bergelar pelarian kerana tiada tanah di bumi ini untuk mereka.

4. Sungguhpun kita mengutuk Yahudi tapi janganlah juga berperangai seperti Yahudi. Mengarah warganegara untuk keluar dari negara ini, merobohkan rumah dan tempat ibadat juga merampas tanah milik pribumi juga persis sikap dan tabiat Yahudi. Yahudi hakikatnya bukan lagi satu bangsa dan ideologi tapi satu sikap yang merasakan diri lebih hebat dan mulia - lalu melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain. Menahan orang lain tanpa bicara dan menyeksa dalam bilik rahsia juga mirip kepada perangai Yahudi.

5. Soalnya wujudkah manusia yang berperangai seperti Yahudi di negara kita?

paving a way towards a success


1. Kelmarin saya dan rakan-rakan di Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS) bermesyuarat dan berbincang tentang agenda dan projek bagi Tinta Strategi Management tahun 2009. Syukur pada Allah kerana banyak sekali idea dan perancangan yang dikeluarkan. Semoga dengan semangat dan kesungguhan ini membuktikan bahawa kita anak muda Melayu yang tidak stereotaip dan hanya tahu berdemonstrasi. Kita harus buktikan dengan amalan dan tindakan. Untuk saya saya memilih membangunkan idea dan perancangan sendiri.

2. Dianggotai oleh anak muda berkelulusan tinggi - antara kami ialah jurutera Sime Darby, doktor di hospital kerajaan, peguam, arkitek dan pensyarah berkelulusan PhD, kami akan mengorak langkah membina sebuah kumpulan konsultan bagi mendidik dan melatih anak bangsa kami supaya menyedari hakikat dan peranan mereka hari ini. Suasana hari ini cukup mendesak untuk kita semua bangun dari tidur yang lena. Malam tadi saya bermimpi bahawa saya memakai baju perang.

3. Bagi saya kita semua bukan tidak boleh untuk membuktikan sesuatu. Cuma tiada insan yang boleh menasihatkan kita dan membimbing kita untuk lebih bersemangat. Saya bersyukur mempunyai mentor yang sangat bagus dan bersemangat baik di bidang guaman, perancang kewangan dan juga motivasi pembangunan insan. Saya sering diingatkan bahawa air yang jernih tidak akan mengalir dari telaga yang keruh dan air yang keruh juga takkan mengalir dari telaga yang jernih.

4. Dalam karier ini saya sering diingatkan supaya memilih untuk bergaul dengan orang yang positif. Saya dilarang untuk bercampur dengan manusia negatif kerana ini akan mempengaruhi pemikiran dan emosi kita untuk merasai lemah semangat dan berputus asa. Dalam sesi motivasi saya di sekolah asal saya di Seremban saya selalu mengatakan bahawa tiada orang yang gagal dalam dunia ini, cuma ada orang yang berhenti dan berputus asa (quitter).

5. Agak kecewa apabila anak muda Melayu mudah kecewa dan berputus asa dengan kegagalan. Tidak mahu jadi peguam kerana kerjaya ini suka menipu dan memanipulasi orang lain. Tidak mahu jadi engineer kerana kerjaya ini lasak dan bersentuh lelaki perempuan. Tidak mahu jadi doktor kerana kerjaya ini menuntut seseorang itu bekerja 40 jam termasuk on-call. Senang cerita pilih untuk jadi guru JQaf ataupun pensyarah di USIM.

6. Ini play-safe. Kita suka duduk dalam comfort zone. Sebab itulah sehingga hari ini umat Islam di Palestin masih diseksa dan disembelih. Sebab itulah sehingga kini kita umat Melayu masih di belakang kaum Cina dan India dari sudut pendapatan per-kapita. Sebab itulah anak-anak muda Melayu sibuk bekerja dengan towkey Cina India dengan gaji 2-3 ribu sebulan. Sebab itulah sehingga ke hari ini ramai yang sedar Islam dalam cengkaman tetapi masih leka dengan video games dan movie. Maafkan saya jika kenyataan ini berbaur kepoyoan.

7. Be gutsy. Pedulikan apa orang kata. Kita mempunyai kepercayaan terhadap apa yang kita lakukan. Jika ia adalah perkara yang baik dan bermanfaat teruskan. Meskipun ia kelihatan kecil, namun kesannya mungkin besar pada masa akan datang. Seperti paku di rumah kayu, kelihatan kecil namun peranannya ada dan penting.

8. Teruskan usaha kita dan semailah ukhuwah sesama kita. Kita kan bersaudara. Palestin tak dapat diselamatkan dengan hanya Pak Lah atau Tuan Guru Nik Aziz seorang. Setidak-tidaknya kita mesti bersama beriringan ke arah cita-cita mengembalikan khilafah itu. Ada pihak yang nak kembalikan khilafah itu kita sokonglah. Jangan berdolak dalik lagi. Jika ada yang tidak betul kita betulkan. Jangan jadi bystander atau symphatizer. Jadilah pioneer dan juga leader.

9. Kita belum lagi jadi negara maju. Oleh itu kita perlu kerja lebih kuat.