I heard from someone about this. Our 'Jalur Gemilang' was put upside down. The flag which reflects our national dignity was displayed as such simply because it is a sign of distress.
No matter what ever reason behind all these, the national flag belongs to the people. It is not something that we can mess with it.
Yes, we are a nation in distress, but we have not given up all hopes. To some people probably this might cause more stressful.
It's a pride of the nation. Please leave it as it is.
Sometimes it is not good to follow everything we seen from the .net, kan?
Billions of ringgit spent on courseware and teaching aids will be wasted if the Education Ministry decides to revoke the policy of teaching Maths and Science in English ...
I am not pretending to be hypocrites here. Amidst of this dilemma,Istrongly advocates this matter as regards to teaching Maths and Science in English is essential and important. In a long term mission we wants our future Malaysian to be well versed in English. No matter how misery it is, we must adhere that we are going no where without English proficiency.
As National Union of Teaching Profession secretary-general Lok Yim Pheng puts it in stark perspective: "It will be extremely painful for everyone. Billions of ringgit would have been wasted in teacher training, reprinting textbooks, and formulating courseware and teaching aids. It would all have been a sheer waste of money and time."
Yes. Turning back or to reversion would be wasted tax-payer money and there will be much complication that apparently put teachers and school administration in a mess. The Government particularly Ministry of Education must stick on this matter and trying to recover the loopholes as far as possible they can do.
Everybody knows that this is not a matter of ridiculous or a mockery. It would neither a political ambitious nor trying to get a sympathy from the Rakyat. This is all about the sake of our future generation who will running this country for years ahead. I hope our Education Minister will consider all these prudently and diligently.
Please do not put six years of hard work going practically "down the drain". Cheers.
my apology..this article is written in Bahasa..as requested by someone close to me.
Tamat sudah program Kem Nuqaba’ di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Selepas makan tengah hari di rumah makcik Luqman di Bahau, hantar shukri ke bus stand Bahau-aku terus bergegas ke rumah. Kemaskan barang, mandi, solat, cium tangan mak & abah lalu bergerak untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan itu tiba2 hati ini terasa hiba dan sayu. Tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini hatiku berasa begitu sayu. Mungkin selepas mak menelefon aku saat program tengah berlangsung memberitahu abah demam panas. Hatiku berasa tidak tenteram, gundah meskipun slot LDK pada waktu itu belum lagi selesai. Aku terpaksa pulang segera memandang hanya aku yang boleh diharapkan ketika itu- abang dan kakakku tidak pulang ke kampung. Tugas sebagai ketua Fasi aku serahkan pada adikku Taufiq.
Aku sampai ke rumah dan lihat abah tidur di atas sofa. Aku beri salam dan rasa tangan dan kepala abah. Memang agak panas. Aku segera tukar pakaian dan abah bersiap untuk pergi ke klinik. Inilah kali pertama aku hantar abah ke klinik. Sebelum ini aku yang dihantar ke klinik oleh abah. Meskipun kini aku seharusnya sedar bahawa aku telah meningkat dewasa. Kini aku memang patut memikul tanggungjawab terhadap kedua mak dan abah yang semakin meningkat usia. Anak bujang abah ini rupanya sedang bertatih untuk menjadi pemimpin keluarga.
Memang bercerita tentang ibu dan ayah sesekali mampu membuatkan kita menitis air mata. Setiap kali ada yang bercerita tentang mereka, aku percaya itulah satu saat dan ketika yang mampu buatkan kita tersenyum dan tertawa. Benar ada 1001 kisah antara kita dan mereka. Pengorbanan mereka, kasih sayang mereka mahupun doa mereka adalah perkara yang tidak dapat kita balas dengan wang ringgit ataupun kemewahan.
Aku hanya mahu berbakti kepada mereka sewaktu mereka masih berada di sisi. Aku tak mahu kehilangan mereka di waktu aku masih belum buktikan bahawa anak lelaki mereka yang berjaya. Jika boleh aku ingin menjadi anak bujang mereka yang lambat kahwin, kaya raya serta mampu memberikan doa yang baik kepada mereka.
Terkenang peristiwa dahulu sewaktu aku mendapat 4A dalam UPSR sekaligus menjadi pelajar mithali sekolah ,abah memeluk aku sambil mengucapkan tahniah. Pada waktu itulah aku dapat rasakan kasih sayang abah yang sebenarnya. Kehangatan pelukan itu 12 tahun dahulu masih aku rasakan sehingga kini. Pada waktu itu, hadiah basikal BMX hijau bukanlah satu yang aku begitu dambakan, tetapi cukuplah perhatian dan kasih sayang, itu adalah lebih bermakna daripada segala-galanya.
Pernah suatu hari aku terbaca diari abah di atas meja pejabatnya. Ternyata abah punya rancangan keluarga yang sangat terperinci dan sempurna. Yang paling aku ingati ialah abah mengharapkan agar kesemua anak-anak nya akan dihantar ke Insititusi Pengajian Tinggi. Ternyata harapan dan doa abah itu maqbul kerana kami semua 6 beradik semuanya ke university. Abah sseorang yang sangat teliti dalam soal perancangan dan perbelanjaan keluarga, bahkan abah punya rancangan masa depan yang begitu jelas.
Harapan abah untuk memiliki sebuah rumah batu yang selesa kini menjadikenyataan berbanding rumah kayu yang diduduki sejak mula menyertai rancangan FELDA Pasoh pada tahun 1975 dahulu. Sayangnya aku tak terlalu merasai keperitan itu kerana aku dilahirkan dengan penuh kesenangan dan dimanjakan...
Adakalanya ketika bersendirian aku terfikir..mampukah aku menjadi seorang lelaki sehebat abah? Seorang Imam pada masyarakat sekelilingnya, seorang suami yang mengambil berat ,seorang ayah yang tidak pernah mengeluh dan kalah pada masalah, seorang hamba Allah yang tidak pernah lalai meninggalkan kewajipan fardhunya.
Bolehkah aku menjadi seorang suami yang baik yang boleh membimbing dan menjadi contoh tauladan pada isteri dan anak2ku nanti. Perlukah aku fikirkan semua itu di saat rakan-rakanku kini seorang demi seorang menamatkan zaman bujang mereka? Bolehkah aku mewarisi segala sifat mulia yang ada pada diri abah?
Perasaan itu membuatkan aku berasa takut untuk menempuhi alam rumah tangga yang penuh cabaran itu.. Perasaan membawa hati ini melayang jauh daripada tanggungjawab yang maha hebat dan berat itu.......
Ya Allah teguhkanlah hati ini menerima ketentuanMu!....
Seorang anak muda yang lahir di Jelebu, Negeri Sembilan. Kini merupakan pemilik & pengasas firma guaman Tetuan Hazwan & Co., Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. E-mail:-amierwan@gmail.com