Rakyat Didahulukan, Jom Melompat Lebih Tinggi

"The lie I tell today will force me to lie again tomorrow "


Setiap sesuatu yang ingin kita miliki itu perlu dibayar. Setiap sesuatu itu ada tanda harganya. Kita perlu berkorban sesuatu untuk memiliki sesuatu. Manusia hidup atas apa yang diyakininya. Selagi kita percaya terhadap sesuatu yang kita usahakan, kita akan terus bergerak ke hadapan. Dunia ini ibarat roda. Mungkin hari ini kita selesa untuk berada di atas dan dijulang, esok lusa kita akan berada di bawah. Jika tidak sanggup menjadi pokok yang ditiup angin, maka bersedialah menjadi rumput untuk dipijak orang.

Tahniah kita ucapkan kepada Ahli Parlimen PKR yang melompat. Setidak-tidaknya itu membuktikan wang lebih penting daripada prinsip. Segalanya akan berbalik kepada perebutan punca-punca ekonomi. Menguasai kerajaan adalah untuk merebut punca-punca ekonomi. Ahli Parlimen yang bermasalah dengan hutang bank, ah long dan judi haram memang mudah untuk di jual beli. Mulai hari ini saya akan kumpulkan duit 25 juta untuk membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam. Siapa kata kapal selam KD Tunku Abdul Rahman itu tak boleh menyelam. Tujuan kapal selam untuk perhiasan bukan untuk menyelam.

Setidak-tidaknya kita tahu bahawa kepentingan rakyat tidak pernah didahulukan. Sebenarnya ahli politik baik kerajaan mahupun pembangkang tidak pernah telus. Masakan kita lihat di sekeliling warga berhempas pulas mencari pendapatan. Anak-anak muda terbunuh dalam kemalangan. Perkhidmatan kesihatan diswastakan dengan Skim Perkhidmatan Bayar Penuh. Tiada yang percuma untuk warga. Segalanya didesak untuk poket warga bocor setiap hari. Anak-anak muda tidak mahu berkahwin kerana tidak sanggup menanggung bebanan. Jalan keluar adalah terus bersekedudukan. Bayi kecil tidak berdosa bersepah-sepah di tepi jalan.

Tidakkah kita semua ingat bahawa kehidupan itu tidak semudah yang kita sangkakan. Keadaan itu mungkin menuntut kita berubah. Setiap saat, setiap detik, yang pasti berlaku adalah perubahan. Soalnya adakah kita telah bersama untuk perubahan itu. Ketika saat itu menjadi semakin lasak, hanya yang lasak dan kuat akan terus berjalan. Pedulikan Salehudin, Tan, Zahrain dan Mohsin Fadzli. Siapa mereka ini dalam membantu anak-anak muda tiada pekerjaan. Siapa mereka ini dalam membantu anak-anak muda yang kesempitan. Mereka hanyalah watak-watak wayang yang kita tonton untuk seketika sebelum beransur pulang.

3 comments:

mohd hanis said...

Mantap! 2 minggu lagi adik balik.

Anonymous said...

salam wbt.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.
insyaAllah, ana akan mula bekerja di syarikat jepun pada awal bulan 4 ini.
InsyaAllah. teruskan menulis. idea anta gabungjalinkan seluruh fakta, dengan nada tersendiri, suatu yang menarik.

InsyaAllah, ana bercadang untuk jemput abg hazwan berkongsi lagi dan lagi untuk kami. maaf, kerana dah lama tidak membalas komen. doakan, moga ana terus istiqomah dalam menjaga adik2 dan persatuan islam di jpn. ana juga mendoakan nta, dan sahabat2 seperjuangan yang lain.InsyaAllah.

Sama-sama kukuhkan generasi pintu tarbiyah. InsyaAllah.
Doakan juga, ana mampu terus berkongsi melalui tulisan seperti anta.

Jazakallah..

RyssA said...

Assalammualaikum
benar kepercayaan dan kebergantungan perlu dikaji. Sampai bila kita ingin harapkan suapan dari insan lain. Perlu membangun membina jati diri. InsyaAllah RyssA SDN BHD akan menyusul dalam megalas impian dan cita-cita muda-mudi