Mencari Isteri Solehah di Bagan Pinang

Setiap kali berlaku Pilihanraya Kecil maka saya antara orang yang paling gembira sekali. Menjadi anak muda menjangkau usia setengah suku abad, saya dapat melihat perjalanan politik Malaysia secara live dan percuma. Saya mempelajari kemahiran bagaimana melihat susuk-susuk politik dengan gaya kambing dan monyet. Saya mengikuti perkembangan parti politik yang berkuasa dan juga parti politik yang terlalu inginkan kuasa. Semua ini boleh dipelajari dengan mengikuti perkembangan politik semasa bukan dengan asyik membaca novel cinta Ahadiat Akasyah.

Malaysia ini adalah negara kita. Kita tidak akan berpindah dari tanah air ini atau cuba lari pergi ke Australia. Ini tanah tumpah darah segala umat yang lahir dan membesar di sini. Oleh itu tidak wajar untuk kita menafikan hak setiap warga untuk beribadat, bekerja atau berkahwin dengan janda. Peduli apa kita jika mereka gilakan kuasa dan harta. Kita tetap warganegara yang bangun setiap awal pagi mencari rezeki bagi mengisi perut kita. Sekali lagi susuk politik ini sebenarnya tiada niat ikhlas untuk berbakti apatah lagi menjaga kebajikan warga. Susuk -susuk politik ini hanya tahu membina rumah agam sebesar Istana.

Semua kita harus memahami bahawa sebenarnya tiada yang bersih dan suci dalam pilihanraya. Pusing punya pusing kita semua diperbodohkan sesama kita. Demokrasi yang kita jalankan sebenarnya adalah kong kali kong. Tiada yang mencerminkan ketelusan dan kebenaran. Semua yang berlaku di hadapan mata kita ibarat mencurah air ke daun keladi. Percaya kepada sistem demokrasi yang dianjurkan oleh SPR pada hari ini samalah seperti mempercayai bahawa babi itu boleh terbang atau kambing itu wajib bersunat.

Kekecohan yang berlaku di Selangor ini angkara siapa? Mengapa tidak ambil jalan yang baik. Musyawarah dan muzakarah adalah jalan terbaik. Meletakkan emosi dan kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah antara sesama warga. Binalah kuil dan masjid sebanyak manapun, jika pengikut sesuatu agama asyik menonggeng dengan Tiger Beer dan Heineken Valley maka tiada maknanya kuil dan masjid yang gah berkristal besar. Warga ditipu lagi dengan puak kepala lembu yang tidak pernah sekalipun membaca Doa Qunut di Masjid Shah Alam.

Mencari isteri solehah di Bagan Pinang umpama punggok rindukan bulan. Tidak akan kutemui wanita idaman yang sentiasa menjadi igauan tika di tengah malam hari. Tetapi saya pasti yang akan dijumpai adalah gadis-gadis chic lagi trendy memakai baju pink panther bergerak-gerak dari pagar ke pagar. Ketika itu pasti ada sesutau yang bergerak. Berfikir dan bergerak ini adalah norma-norma biasa bagi seorang anak muda yang hidup cintakan kedamaian dan keadilan.

Isteri solehah itu mungkin tidak kutemui. Tapi makcik-makcik yang bermanik-manik itu pasti.

4 comments:

amar husaini ismail said...

anak emas

Anonymous said...

entah ape-ape la abang hazwan oi.. tak memasal nak lari australia (terasa), nak add value je.. nanti datang sini what i get i give back..

abang nak cari chic trendy punya orang tunggula habis tanggungjawab kat muka bumi ni.. syurga tu lagi mengancam..

dah,dah, cari jugak yang solehah. silap-silap mulut basi, nusyuz baru tau.

Hazwan Mohd Nor said...

hehe

akim, terasa ke? bukan cakap pasal akim lah.

okla abg cari yg solehah jgk.klu ada nama solehah kt uia tu bgata ye.

adios~

[amiza malik] said...

semangat bagan pinang.hari2 ayu selisih ngan kereta2 bwk bendera.
susah nak ramal, bagan pinang kubu BN.kroni isa ramai, tukang kipas tegar berlubuk kat sini.

selepas siri2 kekalahan pilihanraya kecil semenjak PRU 12, ada harapan kah BN?