Memilih Yang Terbaik Di Kalangan Kita

Misi pencerahan ini akan terus berjalan. Tidak dapat tidak kita perlukan jalur pemikiran yang berilmu dan berkemahiran. Kita perlu berkorban masa, tenaga dan harta untuk bekerja. Mencari yang terbaik di kalangan kita bukannya mudah. Mencari yang rasuah dan makan suap mungkin mudah kerana ia ada di mana-mana. Pergi tersepak pulang terlanggar. Mencari yang bersih, putih lagi suci bukannya mudah. Ironisnya kita perlu memilih individu yang tergolong dalam individu terbaik.

Akidah apakah yang kita pegang dan amalkan ketika ini. Akidah Islam atau Akidah Melayu. Tiada persoalan pada akidah jika kita memahami hakikat sebenar kehidupan bukan untuk melabon demi kepentingan politik. Pilihanraya kecil tetap akan berlaku dan terus berjalan sehinggalah kita semua wafat meninggalkan dunia ini. Ke sana dan ke mari kita tetap akan berdiri di atas kaki kita sendiri. Setiap apa yang berlaku akan menjadi sejarah. Jawapan yang kita tunggu dari insan yang kita cintai masih tiada ketentuan.

Ketidaktentuan ini perkara biasa. Lupakan mencari isteri solehah di Bagan Pinang. Ada misi yang lebih besar dari itu iaitu misi pencerahan jiwa anak muda segala bangsa. Pendakian ke puncak kejayaan adalah onak duri yang perlu ditempuhi sebelum mengecapi kemenangan. Kalah atau menang itu bukanlah persoalan yang penting. Paling penting adalah perancangan, tindakan dan usaha yang sistematik, tersusun dan sistematik menolak hegemoni daulah yang telah pudar.

Jiwa anak muda adalah jiwa baru, suci, putih dan bersih. Takkan kita mahukan lagi susuk politik tua yang telah jelas terbukti rasuah, melabon tanah rakyat beribu ekar serta mengumpul harta segala umat atas muka bumi untuk jadi kaya seperti Qarun. Warga yang buta sahaja yang tidak nampak perompak dan penyamun sedang merogol segala harta jiwa anak bini di depan mata.

Apakah anak muda lupa bahawa susuk politik tua ini tidak pernah pun memikirkan betapa susahnya kita mencari wang untuk mengisi tong minyak Ex5 kita bagi merempit di Jalan Teluk Kemang. Susuk politik tua ini juga tidak pernah peduli seluar dalam yang kita pakai sejak 6 bulan dulu tidak pernah bertukar. Susuk politik tua ini juga tidak pernah peduli betapa susahnya kita mengisi form borang itu dan borang ini untuk memohon pekerjaaan. Lalu apakah anak muda buta mata dan tuli telinga berbuih mulut mengatakan pemimpin ini berjiwa rakyat.

3 comments:

Shazwani Mazuki said...

Apabila dunia lebih diutamakan daripada yang kekal abadi..Apabila yang fana membutakan yang pasti..Apabila iman sudah tercabut dari dalam hati..
Semua akan terjadi...

Hazwan Mohd Nor said...

shazwani,

thanks 4 general comment..

[amiza malik] said...

pentas politik dengan macam-macam gaya semakin membosankan.end up ramai anak muda meminggirkan diri untuk ambil pusing. banyak sangat komedinya politik kini sampai semua penat dan keliru. media arus perdana yang bias, media alternatif pula seakan-akan nak melaga-lagakan.