menghalalkan Sisters in Islam


Saya tidak terperanjat apabila usul muktamar PAS mengharamkan Sisters in Islam (SIS). Soal halal dan haram bagi saya tidak pernah timbul dan menjadi persoalan. Benarkah SIS ini halal sebelum diharamkan. Apakah pembawakan SIS ini. Siapakah anggota dalam SIS ini. Benarkah mereka berbahaya kepada aqidah dan kepercayaan umat Islam kepada Yang Maha Esa. Benarkah anak-anak bekas PM menjadi anggota SIS ini.

Hakikat sebenar hanya kita yang membaca dan mengikuti perkembangan sahaja yang boleh mengerti. Warga samaada bermandi hadas atau tidak sepatutnya celik terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Bukankah ini soal kehidupan kita warga 1Malaysia.

Pelik bin ajaib apabila SIS yang manifestonya inginkan pembebasan hak wanita Islam. Soal mudahnya mengapa pemimpin SIS ini tidak memakai hijab kepala. Bukankah hijab adalah perkara asas yang pelajar PASTI tahun 2 di Kg. Melekai pun tahu. Lagi pelik bin ajaib apabila kita mengkaji dan mendalami apakah dasar dan matlamat SIS sebenarnya. Perjuangan liberalisasi wanita mengikut suka hati anda. Panduan al-kitab al-hadis dibuang begitu sahaja.

Sungguh kebebasan bersuara dan berpersatuan itu dijamin Perlembagaan. Namun barang diingat tidak semua yang kita boleh vokal terutama perkara yang melibatkan aqidah umat. Saya berasa pelik mengapa tiada NGO wanita Islam yang bersuara. Adakah semuanya telah masuk pergerakan wanita UMNO.

Di mana mahasiswi yang sibuk berusrah dan bertamrin untuk bersuara. Kenapa tidak tubuhkan beratus NGO bagi mencabar dan menangani SIS ini. Kenapa tidak bersuara lantang seperti SIS membela dan memperjuangkan hak wanita Islam. Ah, saya terlupa yang mereka sibuk bercinta enta enti. Mungkin juga sibuk memilih lelaki soleh untuk dijadikan calon suami. Harus diingat lelaki zaman ini hanya memilih wanita yang chic lagi trendy.

Kepada PAS saya cadangkan selepas ini kita haramkan pula motosikal sebab motosikal penyebab suburnya budaya Mat Rempit dan Mat Ragut dalam negara kita.

20 comments:

From Me to WE said...
This comment has been removed by the author.
From Me to WE said...

setuju..tiada yg x setuju melainkan setuju..takut nk ckp lebih2 ni, risau t'kena diri sendiri..hrp2 kita smua x jd fitnah pd Islam. Ap yg Sisters in Islam nk p'juangkn agk'y ye? kn Islam da mmg m'bela nasib sister2 ni..

Ahmad Taufiq Redzuan said...

Hai! buat pe nak haramkan motosikal, baik haramkan kilang yg buat motosikal tu..kan lagi elok..hehe

AFITI said...

salam..nak tanya..SIS ni sbnrnya apa erk..saya kurang pgthuan ttg isu ni..

Anonymous said...

Backward.

They just put Islam as entity, but take it just on the surface.

I wonder, how long they will be last?

amar husaini ismail said...

budak pasti kampung molokai yg umo eh bolum berapo nak ado akal eh pon pandai pakai tudung,SIS yang graduate dan hebat2 ni ado akal ko tidak

Basuh Baju said...

tapi hendak mengharamkan SIS ni tidak Islamik bagi saya..

siapa PAS nak halal atau haramkan?

kalau kita tidak bersetuju dgn SIS, kita bincang..bukan haramkan.

fatah85 said...

benda yang salah terang2 perlukah dibincang? tak boleh ke terus haramkan? tolong terangkan ye siapa2 yang yakin boleh bagi penerangan yang telus..

qamarunnajmi said...

salam ziarah..
saya tertarik dengan tajuk nta..bukan untuk menyetujui atau membangkang..tapi renung dan fikirkan..kita dikurnia akal untuk berfikir jadi eloklah kita berfikir kenapa pas mengharamkan sis..kalau kita tengok sejarah sis apa matlamat ditubuhkan dan siapa pengasasnya..ada kaitan dengan amina hudud yaitu pengasas islam liberal..matlamat islam liberal memperjuangkan hak wanita dan menyamakan kedudukan dengan lelaki..begitu juga dengan sis..bagusnya sis kalau saya lihat dari konteks memperjuangkan wanita amat bagus..maslah mahkamh syariah dapat ditangani..kes penceraian yang sudah lama tertangguh dapat diselesaikan..memang bagus dan bijak wanita dalam sis..tetapi kita ingat bagusnya sis di malaysia, saya hairan kenapa mereka seperti menggalakkan penceraian??dan kebnyakannya memperjuangkan hak wanita..mereka lupakan dalam firman ALLAH "ALLAH telah meninggikan darjat mereka jika mereka beriman dan bertakwa"..jadi kenapa harus memperbelakangkan alquran dalam memperjuankan hak wanita?..bukankah ayat quran satu wahyu yang diturunkan untuk kita ikuti.. barangsiapa yang memperbelkangkan alquran maka ia mensyirikkan ALLAH..jadi??

mslh untuk berbincang dengn sis.sy rase sudah byk kali sudah bincag dengan sis..tetapi hasilnya??sebb itulah tertubuhnya nisa dimana matlmt lebih kurang sama dengn sis but lebih kepada mengikut ajrn alquran dan assunh..

haram atau tidak kita serah kepada para ulama..dalam pas banyak ulama yang dapat menginstibatkan hukum..

wallahualam..

Hazwan Mohd Nor said...

terima kasih rakan2 blogger yg memberikan komen.

SIS samaada kita setuju atau tidak dengan ideologue yg dibawa adalah sebahagian daripada warga daulah.

Soalnya adakah di pihak muslimah yang berfikrah sudah menghayun langkah untuk menjadi lebih vokal dan lantang daripada SIS dalam memperjuangkan hak wanita.

Benar dan sahih terlalu banyak hak wanita Islam dalam negara yang gagal diambil perhatian oleh NGO wanita seperti Nisa'.

Nisa' hanya heboh bersukan sesama sendiri dan membuat program motivasi.

Kebebasan bersuara itu dijamin. Oleh itu gunakan ia dengan sebaiknya.

Tini Gishamsuddin said...

salam nampaknya mmg hangat topik sis nih..elok dibincangkan secara lebih dalam..

cuma satu yg hendak di katakan kat sini..agak terkejut apabila di sebut muslimah2 hanya sibuk berusrah dan bermotivasi sendiri..apatah lagi bangkit pula soal cinta nte nti dan mncari jodoh..seakan muslimah tidak hirau lgsung mslh umat di sekeliling..hmmm..

tapi benarkah muslimah hanya berdiam diri?betulkah muslimah tak pernah bersuara?

Hazwan Mohd Nor said...

tini,

kalau ada kita bole share

atau ke bab yang seterusnya

Tini Gishamsuddin said...

pada pendapat saya, tak wajar ncik hazwan men'stereotype' kaum muslimah sebegitu..agak tidak selesa apabila ncik hazwan mention pasal cinta enta enti dan muslimah sibuk mencari jodoh..mungkin segelintir dr kami mmg begitu..tp msh ramai yg tidak..so agak terkilan apabila ncik hazwan mengeluarkan general statement tu..

tak bermakna jika kami x bersuara,kami tak buat pape atau tak hirau masalah nih..mungkin kami masih x punyai kekuatan untuk bersuara selantang sis..memandangkan kami hanya siswi2 kecil..

tapi saya percaya muslimah mampu bertindak kalau dibantu kaum muslimin..bukankah masalah ini masalah umat bersama? eloklah kalau kerajasama itu ada in order utk selesaikan mslh nih ngan lebih berkesan..

erm maaf kalau ada kata2 yg tak menyenangkan...

(^_^!)

Anonymous said...

Peliknya..kita lebih minat soal menghukum daripada berdakwah barangkali, jadi nak ambil mudah kita haramkan saja, senang kan tak perlu penjelasan, berdakwah, yang penting tutup mulut! Aduhai....

Hazwan Mohd Nor said...

cik tini,

btul kata cik tu. bukan semua muslimah spt yg ada pada general statement itu.

sbhgian muslimah sgt bagus apabila mereka berinisiatif membuka spa & butik muslimah, menubuhkan NGO yg vokal membela hak wanita.

di pihak saya sedia memberikan sokongan dan kerjasama.

abg ikmal,

wah agresif pandangan tu. teringat dlu kta ustaz kt sekolah

'kita ni dua't bukannya qudaat'

Anonymous said...

salam ziarah..

agak terkilan apabila NGO muslimah dipersalahkan dlm keadaan yg memalukan..
bukan lah apa, saya cuma tidak berkenan dgn statement mencari cinta ana enti tu..maaf, cuma pendapat saya..

pada sy, NGO muslimah sudah cuba utk membuat yg terbaik, mungkin masih lemah, tp perlulah juga difahami bahawa SIS ini dianggotai oleh VVIP, VIP dan isteri2 VIP.. manakan mampu anak bilis menentang jerung (terutama di MSIA yg 'bebas' bersuara ni)

NGO muslimin pun juga mampu utk mengambil tindakan..bukan mengharap muslimah sahaja..

sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan pun bagaikan tidak mampu berbuat apa2 bila SIS membangkang fatwa yg dikeluarkan, inikan pula NGO yg sekadar non government organization..

wallahualam..
semoga Allah mengembalikan mereka ke jalan yg benar..

Ahmad Taufiq Redzuan said...

Assalamualaikum, salam ziarah dari an,

> tajuk yg sangat hangat di perbincangkan di dalam ruangan ni..an sekadar nak memberikan pandangan kpd beberapa sahabat yg tidak berkenan dgn general statement yg mengatakan tentang cinta nta nti..bg an, apa yg di maksudkan oleh saudara hazwan bukanlah direct berkenaan cinta nta nti tersebut, tetapi merupakan sebagai suatu pencetus atau provokasi kpd sahabat2 muslimat yg berada di luar sana..SIS memang lebih sinonim memperjuangkan hak wanita di peringkat nasional mahupun antarabangsa..

persoalaannya di sini, sepatutnya, jika sahabat2 semua dah tahu tentang apa ajaran yg di bawa oleh SIS, sepatutnya sahabat2 semua bertindak! Kita sama-sama bertindak..Apa salahnya kalau NIsa' atau NGO2 yg lain2, bersama-sama turun padang dan berbincang dgn SIS dan apakah sebenarnya yg mereka mahukan..bg an, an x setuju kalau terus di haramkan, melainkan setelah di kaji bersama-sama..hak yg di perjuangkan mereka tidak salah, tetapi harus mengikut lunas2 syariah dan akidah ahli sunnah wal jamaah..sebab tu lah, NIsa' ataupun NGO2 yg lain seharusnya menjadi mastermind ataupun pemudah cara dalam membincangkan isu ini..usah di jadikan masalah samada mereka terdiri daripada golongan VVIP, VIP, VVVVVVVIP, sekalipun, yg penting kita perlu berusaha ke arah itu..kalau kita lihat di INdonesia, bagaimana kuasa mahasiswa di sana dapat menjatuhkan seorang presiden, tidak mustahil perkara yg sama boleh berlaku di sini..buat sahabat2, jgn mudah melenting dan emosi, fikirkan perkara di sebaliknya, insyaAllah,an yakin dan pasti, kalau kita semua ambik cakna dan berusaha dalam menangani isu ini, insyaAllah, ianya boleh di selesaikan..Yakinlah kpd Allah...

Anonymous said...

aik.... so ncik hazwan nyer taste calon isteri yang chic lagi trendy lah yerrrr............. ermmmmmmmmmmmm...

Nafsah Dulajis said...

panasss...

setuju dengan pencerahan saudara Ahmad Taufiq itu.

bukanlah tujuan penulis untuk merendah-rendahkan muslimah, itu sekadar provokasi supaya kita bertindak dan sedar situasi yang berlaku. knowledge without action has no power (copy paste ayat penulis)

alasan kita kecil dan masih belum mampu VS VVIP itu tidak boleh dipakai. apakah kita tidak mengambil pengajaran daripada perang Badar?

pertolongan itu daripada Allah, dan kita mesti bekerja keras dan berusaha.

Bangunlah Muslimah!!! (bakal ketua dewan Muslimat) ^_^

Hazwan Mohd Nor said...

anon,

chic and trendy? haha

saya carik yg suka berusrah dan bertamrin la.

khairaummah,

selamat datang.

bersemangat nampak ^_^