menghadkan 10 subjek dalam SPM


Pendidikan itu adalah apa yang tinggal setelah semua yang dipelajari dilupakan. Kita bersyukur mempunyai Menteri Pelajaran yang bijak bergeliga seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin . Cadangan untuk menghadkan 10 mata pelajaran dalam SPM adalah cadangan yang sungguh mengujakan. Selepas ini para pelajar boleh menumpukan kepada aktiviti ko-kurikulum katanya. Selepas ini para pelajar tidak lagi akan dilihat cerdik dengan memakai tali leher sebesar sejadah di tengah cuaca panas. Ini untuk menolak tanggapan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Hahaha.

Terbarai kahak di tekak apabila mendengar hujah Pak Menteri sebegini. Jika benar ingin menekankan pada pembangunan pelajar sepatutnya kita membuka ruang pendidikan ini seluas-luasnya bukan menghadkan. Semua kita tahu bahawa zaman ini bukan lagi zaman lam mim ba wau seperti dulu. Zaman ini ialah zaman twitter dan facebook. Tanya saja kepada cikgu Google maka akan keluarlah segala jawapan bagi tiap sesuatu persoalan. Dari dalam kain hingga ke atas langit, semua ilmu ini boleh didapati dengan hanya duduk di depan laptop atau PC sendiri.

Mengapa kita tidak membenarkan anak muda untuk mencabar diri mereka. Mengapa old tai hari ini suka untuk menyekat potensi dan abiliti anak muda. Biarkan mereka mengambil seberapa banyak subjek yang mereka suka kerana yang mengambil peperiksaan adalah mereka bukan Pak Menteri. Sekali lagi trend patronising ini menjadi asbab kemandulan anak muda Melayu. Mengapa sibuk sangat menghadkan subjek dalam SPM ini. Adakah tidak ada idea lain untuk membawa pendidikan negara maju ke depan.

Mungkin masih ada buta dan tuli tidak menyedari bahawa dalam negara ini ada hantu yang menghalang anak muda terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. Hantu ini dinamakan AUKU. Tak perlu bercakap soal pembangunan minda, pemikiran kritikal, pembangunan spiritual dan modal insan jika hantu ini tidak dimansuhkan. Berapa kali pihak daulah ingin GAMIS menghantar memorandum dan mengusung keranda ke SUHAKAM agar memansuhkan hantu ini. Sepatutnya isu inilah yang perlu didahulukan berbanding menghadkan 10 subjek SPM ini.

Jangan sampai nanti ada pula cadangan supaya semula pelajar dalam negara ini disunatkan sekali lagi.

3 comments:

Nafsah Dulajis said...

"Sekali lagi trend patronising ini menjadi asbab kemandulan anak muda Melayu"

saya juga salah seorang 'penentang' kepada sistem pendidikan negara yang sememangnya mandul, dan melahirkan generasi yang mandul.

jgnlah membodohkan rakyat di zaman makcik felda pun mempunyai twitter ini...(pinjam ayat saudara)

tajam dan berbisa artikelnya. syukran.

Fahmi Mahat said...

cayalah bro. sinis tapi intelek. i like~

AFITI said...

saya suka sgt bc blog ni..btul..fami..sinis tapi intelek..blh mncernakan pmikiran..dan blh buatkan org len bfikir..