inikah cinta?

sabarlah..

Dulu sewaktu kecil saya tidak pernah bercinta. Untuk apa bercinta. Saya tidak pernah mengenal erti cinta. Cinta saya hanya pada berusrah dan bertamrin. Pada perjuangan menegakkan kalimah Yang Maha Esa. Pada usaha membina daulah. Sekali lagi ayat ini berbaur kepoyoan. Sekali lagi saya keliru pada kehidupan. Kehidupan ini untuk apa sebenarnya. Kecintaan dan bercinta itu rupanya ilusi kehidupan. Lebih baik bercinta dengan wang dan harta kekayaan.

Sesekali cuba bercinta patah jua di tengah jalan. Rupanya pesan mama telah dilupakan. Utamakan yang utama. Lebihkan kecintaan pada yang telah banyak berkorban dan membesarkan kita. Membalas jasa budi dan penat lelah mereka membesarkan kita. Pada hari lahir mama saya hadiahkan satu ciuman. Tiada kecintaan pada wanita lain selain dia. Berapa kali mencuba sekalipun pasti tidak akan berjaya. Restu bonda itu cukup dominan dan berkuasa. Selama ini bukankah dia yang tidak putus berdoa untuk kesejahteraan kita.

Bercerita tentang cinta kadangkala menjadikan kita begitu naif. Falsafah sempit dan terkeliru. Kepuasan dan kenikmatan yang sementara. Hanyut dibuai mimpi indah yang buta lagi palsu. Hidup jadi tidak menentu. Melupakan matlamat yang dibina sejak dulu. Melupakan cita-cita dan impian. Melupakan hasrat menjadi anak muda jutawan yang kaya-raya, liberal dan independent.

Cinta itu palsu. Cita-cita itu kiasu. Jangan kalah pada fitnah dunia yang sentiasa ingin merosakkan. Siapa yang merosakkan siapa sekarang ini. Adakah PM yang baru menjadi punca kita semua menjadi rosak. Adakah Cik Mek Molek Altantuya menjadikan kita rosak. Adakah kita yang rosak. Orang yang mengatakan diri orang lain rosak sebenarnya dialah yang rosak.

Walau apapun kehidupan harus diteruskan. Sungguhpun tidak bercinta dan tidak berpunya. Ingin menyintai dan dicintai. Ini ayat poyo sekali. BMW lebih aku cintai daripada si Haryanti. Ini tiada kaitan samaada yang masih hidup atau yang telah mati. Saya hanya bermimpi setiap hari untuk bertemu seorang bidadari. Jangan bermimpi mendapatkan bidadari jika diri tidak secantik Saidina Ali. Kata-kata ini sentiasa disemat di dalam hati. Semoga sempat bertemu bidadari sebelum dijemput pergi. Al Fatihah buat sahabat baikku Allahyarham Syukri.

Rupanya kehidupan satu proses yang singkat. Halangan demi halangan. Ujian demi ujian. Setiap hari setiap masa kita diuji. Setinggi mana keyakinan. Sejauh mana kekuatan iman. Seutuh mana prinsip dan ketelusan. Pada rakan-rakan saya berpesan supaya lakukan persediaan. Kita bakal pemimpin masa depan. Pada peneraju pada perjuangan. Yang pergi biarkan pergi. Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan. Berulang kali saya ingatkan doa kita tetap sama bukan.

Cinta...tiada maknanya. Sekuat manapun chemistry itu kita tetap kita. Halatuju kita berbeza. Cara hidup dan tujuan kita berbeza. Saya memilih jalan perjuangan. Bertamrin dan berusrah setiap masa. Berdemonstrasi jalanan. Saya memilih untuk berada di zon selesa. Saya memilih untuk bekerja PTD di Putrajaya. Saya memilih untuk berkahwin dengan anak raja. Saya memilih untuk bersama mereka yang kuat berusaha. Mereka kaya, selesa, berkuasa, bertenaga dan tidak takut orang mengatakan mereka gila. Itulah namanya insan yang luar biasa.

4 comments:

Ahmad Taufiq Redzuan said...

Bukan itu yg di namakan cinta..cinta yg sebenar ialah bila kita berada dalam alam selepas pernikahan yg sah..

p/s- hehe. ni lain mcm jer ni? abg hazwan ok x ni..ni yg malas tinggal lelama ni? hehe

syira said...

hmm..masing-masing pasti mempunyai falsafah sendiri mengenai cinta,..
abg hazwan mungkin ingin memilih untuk jadi luar biasa...terpulang...tapi yang penting rasanya bila diri betul2 mencintai tuhan...InsyaAllah..semua makhluk mencintai dan menyayangi kita...ini hanyalah pandangan kerdil dari seorang insan yang pernah lalai bercinta...NAMUN..semoga abang hazwan bertemu dengan CINTA yang sebenar...CINTA TUHAN,CINTA UTAMA...walllahualam...

Hazwan Mohd Nor said...

taufiq,

abg ok je. ofis makin cantik.

bila hang nak balik ofis.

sibuk bertamrin je.

syira,

ye. CINTA TUHAN. sob.sob. =(

From Me to WE said...

Pendapat kerdil dr hmba kerdil..Cuk syira, kte spndapat..:) Bila kita melakukan segalanya bermodalkan Allah, Dia lebih tahu cne nk beri ssuatu pd hmbaNYA..ikhlas @ x..itu rhsiaNYA..
A.hazwan yg selalu syira cte pd sy..mmg sy kgumi pemikiran'y..luar biasa & kdg pelik..nway, i like ur blog..Alfu mabruk..

::Allah is d'supreme love..::